10 Tips Penyusuan Terbaik Untuk Ibu Berjaya Dengan Penyusuan Susu Ibu

Saya pasti semua ibu-ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing kan? Sebelum kelahiran si manja punyala ibu-ibu berkobar-kobar dengan penuh semangat nak susukan bayi sepenuhnya. Tak mau campur-campur susu formula dan nak pam susu buat stok banyak-banyak! Alhamdulillah betul-betul semangat seorang ibu kan? Eh saya pun sama 🙂

Minggu lalu borak dengan seorang makcik yang temankan anak dia checkup bayi di klinik. Dia cerita anaknya tak banyak susu, sudah 31 hari bersalin. Pam pun dapat sikit sahaja. Anaknya berpantang anak sulung.

Segala bagai jenis pam sudah dibeli, last-last campur jugak susu formula katanya. Bila cerita lagi anaknya ni tak boleh nak susah sikit. Anak menangis je mula nak bagi susu botol, lepas tu baru nak bagi susu badan mana mau budak tu susu badan kalau dah kenyang..(maknya membebel hihi) Haaa…ingat senang nak merealisasikan kejayaan susu ibu?

Exclusive Breastfeeding

Saya sendiri gagal dua kali dalam penyusuan susu ibu tapi saya akui pada masa tu ilmu tentang penyusuan saya belum cukup mantap. Tapi sebenarnya senang sahaja untuk berjaya dengan full breastfeeding, mungkin tips-tips ini boleh membantu.

Tips #1 : Jangan Set Masa

Susukan bayi kita sekerap yang mungkin mengikut kemahuan dia pada bila-bila masa yang dia perlukan. Jika kita dah siap-siap setkan masa untuk dia contohnya dia baru selesai menyusu pukul 2 makanya pukul 4 pulak baru bagi dia menyusu. Tapi pukul 3 dia bangun lagi dan menangis, setengah jam kemudian dia terjaga lagi dan mahu menyusu. Makanya si ibu mesti akan rasa stress. Perlu diingat susu ibu paling mudah dihadam oleh bayi, jadi ibu-ibu sentiasalah bersedia pada bila-bila masa sahaja diperlukan. Selalunya seiring dengan perkembangan usia bayi, dia akan mempunyai ‘jadual’ waktu sendiri nanti 🙂

Tips #2 : Abaikan Kata-kata Negatif

Pernah dengar tak kata-kata seperti ‘kurusnya anak awak macam tak cukup susu ni’ ‘eh masih menyusu badan lagi ke?’ ‘kurusnya awak, cukup ke air susu untuk anak awak nanti?’ dan lain-lain lagi kata-kata negatif.

Kalau orang sekeliling pernah berkata begitu pada korang, maka sila abaikan kata-kata negatif tersebut. Sila senyum sahaja kerana anda memang seorang ibu yang terbaik kerana berikan yang terbaik untuk simanja anda!

Tips #3 : Cari Ilmu Sebanyak Mungkin Tentang Penyusuan Dan Sertai Kumpulan Sokongan

Antara salah satu faktor kegagalan penyusuan saya sebelum ini adalah kurang ilmu tentang penyusuan. Salah tanggapan saya sebelum ini adalah seperti :

  • bayi asyik nak menyusu sahaja sebab air susu kurang
  • bila pam pada peringkat permulaan dapat air susu sedikit sahaja petanda saya memang kurang susu
  • bila lepas menyusu sahaja bayi asyik nak menghisap tangan, petanda bayi lapar dan air susu saya kurang
  • cukup ke air susu anak saya minum nanti kesian dia lapar
  • saya ibu yang kurus mesti air susu sedikit

Itulah pentingnya ilmu penyusuan, makanya semua tanggapan ini dapat ditepis dengan mudah. Kesemua ini sebenarnya adalah mitos dan mainan perasaan was-was seorang ibu sahaja. Allah dah jadikan setiap ibu adalah sama dengan mengurniakan air susu untuk disusukan oleh anak kita. Semakin tinggi permintaan bayi maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Kena selalu ingat tu 🙂

Beli majalah berkaitan tentang penyusuan dan sertai kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu sama ada melalui FB, emel, blog dan sebagainya. Banyak yang boleh kita pelajari disamping memberi semangat kepada ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan sekiranya berhadapan dengan masalah tertentu.

Tips #4 : Jangan Cepat Jatuh ‘Hukum’ Aku Tak Ada Air Susu

Bila letih dan bayi asyik menangis sahaja mulalah kita menyalahkan diri sendiri dan menyatakan ‘dah takdir aku memang tak cukup susu’. Tekadkan di hati walau apa jua cabaran yang bakal ditempuhi penyusuan susu ibu adalah yang paling terbaik!

Tips #5 : Minum Air Mencukupi

Jangan takut pulak nak minum air sebab kononnya korang akan gemuk air! Apabila tubuh kekurangan air, sedikit sebanyak ia akan mengganggu penghasilan susu. Air yang mencukupi penting untuk merangsang penghasilan susu ibu.

Tips #6 : Doa Dan Zikir

Amalkan membaca surah Al-baqarah ayat 60 atau surah Hujurat dan usap di kedua-dua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasa usap ubun-ubun bayi sambil berzikir Ya Latif sebanyak 1000 kali

Tips #7 : Makan Makanan Yang Berkhasiat

Selalunya kita di biasakan dengan menu orang berpantang seperti ikan kering, ikan bakar, nasi pula ditabur lada hitam tapi disamping menu ini kita juga boleh pelbagaikan dengan beberapa sajian yang berkhasiat asalkan yang tidak mendatangkan kemudaratan pada si ibu seperti makanan yang boleh menyebabkan kegatalan dan makanan yang pedas.

Makanan seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting untuk memastikan tubuh kita cepat sihat. Secara tak langsung juga dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Oh ya! Jangan lupa Amalan Nutrien Penting Dalam Menu Berpantang!

Tips #8 : Jangan Sesekali Simpan Susu Formula Di Rumah Untuk Kes ‘Kalau’

Tips ini sangat penting kerana apabila kita sudah menyimpan susu formula di rumah untuk ‘kes kecemasan’ maka sebenarnya kita akan lebih terarah dan tertarik untuk menggunakan susu formula walaupun bukan ‘waktu kecemasan’. Susah sikit, bagi susu formula, bayi menangis sekejap bagi susu formula sebabnya kita tahu susu itu ADA TERSIMPAN DI RUMAH!

Tips #9 : Jangan Menderita Seorang Diri. Dapatkan Bantuan!

Jika penat dan lelah menguruskan bayi, dapatkan pertolongan daripada suami, ibu, bapa atau ahli keluarga atau jika tiada yang boleh membantu sekurang-kurangnya dapatkan kata-kata semangat dari orang-orang yang korang percayakan seperti sahabat baik, rakan pejabat, jiran atau saudara mara.

Tips #10 : Jika Terfikir Untuk Mengalah Cuba Fikirkan Berapa Banyak Mampu Kita Berjimat!

Dengan keadaan ekonomi sekarang dan harga susu formula yang bukan murah untuk dibeli setiap bulan pasti akan membuatkan ibu-ibu berfikir panjang. Sekiranya anak anda menyusu dengan susu formula sekurang-kurangnya RM200-300 sudah dihabiskan untuk keperluan susu sahaja.

Banyak tau kita boleh berjimat kalau anak kita sepenuhnya menyusu dengan susu ibu!

InsyaAllah ibu-ibu semua pasti berjaya dengan “Exclusive Breastfeeding’ ini sekiranya tips ini dapat diamalkan 🙂

Semoga Bermanfaat, sekiranya perlukan bantuan sampingan untuk nutrisi terbaik sepanjang penyusuan saya sedia membantu 🙂

Aniey Yusoff

SMS/whatsapp : 013.777.3122

SID Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dan kawasan sekitar

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge