11 Jenis Makanan Warna Ungu Ini Tinggi Antioksidan Untuk Mencegah Kanser

Ungu sebenarnya adalah warna kegemaran saya tapi rupanya ada rahsia besar disebalik warna ungu ni pada makanan yang baik untuk kesihatan kita. Nak tahu tak?

Makanan berwarna ungu mempunyai ciri antioksidan yang kuat, berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan proses pencernaan. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangkan stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Makanan ini juga kaya dengan resveratrol yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Baca juga artikel Manfaat Resveratrol Pada Pesakit Diabetes

Kubis Ungu

5 Sebab Makanan Ungu Lebih Baik

  1. Ungu adalah makanan anti kanser kerana kandungan resveratrolnya yang tinggi
  2. Makanan ungu mencegah ulser. Satu kajian pada taun 2011 mendapati bahawa antosianin daripada beri hitam mengurangkan pembentukan ulser perut pada tikus. Penyelidik percaya bahawa ia adalah kerana antioksidan di dalam beri hitam mengelakkan pengoksidaan dan meningkatkan aktiviti antioksidan penting yang lain seperti gluthathione.
  3. Makanan Ungu Baik Untuk Hati.
  4. Ungu baik untuk jantung. Anggur ungu terbukti mengurangkan kolesterol ‘jahat’ LDL sehingga 13% dan meningkatkan kolsterol ‘baik’ HDL
  5. Makanan Ungu Mencegah jangkitan pundi kencing. Sayur-sayuran seperti kubis bunga ungu, lobak merah dan kubis ungu mengandungi pigmen tumbuhan yang sama, antosianin, yang bertindak melawan cranberry. Kajian makmal menunjukkan bahawa sebatian antosianin melawan H. pylori, bakteria yang menggalakkan ulser perut dan jangkitan saluran kencing

Antara Makanan Berwarna Ungu Termasuk :

1. Terung Ungu

Terung memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa seperti kalsium, mineral, serat, bioflavanoid serta vitamin K yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita.

Terung Ungu

2. Ubi Bit

Akar ubi bit merah kaya dengan antioksida dan mengandungi sejumlah besar gula, selulosa, pektin, panthothenic organik asid folik, vitamin dan pelbagai mikroelemen seperti besi, iodin, kalium, kobalt, magnesium, mangan, tembaga, fluorin, dan zink. Kajian membuktikan ubi bit merah mampu menurunkan kadar aktiviti sel kanser.

Ubi bit

3. Bawang

4. Ubi Keledek

Ubi keledek mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Ubi keledek kaya dengan vitamin B6, potassium, beta karotene, mangan, vitamin C dan juga vitamin E

Ubi keledek Ungu

5. Beri Biru

Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap strok, kanser dan banyak penyakit lain. 1 cawan beri biru mempunyai 81 kalori dan 4gram serat.

6. Kubis Ungu

Kubis ungu mengandungi vitamin dan mineral yang cukup baik iaitu Vitamin A dan C. Vitamin-vitamin ini bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan risiko kanser, diabetes, penyakit mata, tulang mereput, strok, serangan jantung dan penyakit buah pinggang.

7. Buah Plum

Buah plum adalah buah yang rendah kalori, rendah karbohidrat, glisemik rendah, kaya serat, mengandungi vitamin B, C, A dan K. Plum juga kaya dengan zat antioksidan flavanoid poli fenolik seperti lutien, cryptoxanthin, dan zeaxanthin yang berperanan membantu tubuh menentang radikal bebas.

Buah Plum

8. Manggis

Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Bahan aktif xanthone dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat. Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis

Manggis

9. Buah Prun

10. Lobak Ungu

Sumber terbaik Vitamin A dimana ia turut mengandungi phytokimia termasuk karotenoid, phenolik, polyacetylenes, isokumarin dan juga sesquiterpens.

Lobak Ungu

Lobak Ungu

11. Anggur Muskadine

Merupakan anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Anggur ini sangat kaya dengan sumber resveratrol, dan mempunyai kuasa anti-oksidan 40x lebih tinggi

Besar Sungguh Anggur ni kan

Besar Sungguh Anggur ni kan

Marilah kita banyakkan makanan warna ungu dalam menu kita. Semoga bermanfaat

Aniey Yusoff

Rujukan :

http://www.webmd.com/food-recipes/10-super-foods?page=1

http://www.chatelaine.com/health/diet/five-health-benefits-of-purple-foods/

http://www.doctoroz.com/article/power-purple-foods

You may also like...

2 Responses

  1. SaniYunus says:

    Bawang unggu saya tak pasti ada ka? Rupanya memang banyak makanan unggu ya, kita aje yang tak perasan khasiatnya..
    SaniYunus recently posted…Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet/ Online?My Profile

  2. Adzrif Sidek says:

    Buah manggis tu nampak sedappp 🙂

    Terima kasih sebab sudi berkongsi ilmu baru untuk saya.
    Saya suka!
    Adzrif Sidek recently posted…Kenapa kamu tak tegur silap saya?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge