12 Panduan Makan Secara Sihat Semasa Jamuan Raya Supaya Tak Menyesal Badan Gemuk Dan Kolesterol Tinggi

Semasa musim perayaan ni la kata orang masa untuk menikmati semua jenis makanan kan.. Antara makanan yang biasa dihidangkan adalah seperti lemang, ketupat, rendang, lontong dan pelbagai kuih-muih beraneka rasa. Memang kalau tengok rasa nak makan la semua tu. Tapi AWAS! cukupla kalau sekadar kita merasa dalam kadar sedikit dan makan secara berpada-pada jangan diikutkan sangat nafsu itu kerana disebaliknya nanti korang jugak yang menyesal.

Kita perlulah bijak dalam memilih makanan dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat ketika meraikan Hari Raya. Berikut tips yang boleh kita amalkan kalau tak nak nanti menyesal tak sudah berat naik sampai berkilo-kilo atau bila pergi checkup doktor menyatakan yang korang berkolesterol tinggi! Tau sajalah kalau dah kolesterol tinggi macam-macam penyakit tunggu nak datang. Mintak-mintak la dijauhkan kan…oleh lakukan pencegahan bermula dari kesedaran diri kita sendiri.

Tips Pemakanan Sihat Di Rumah Terbuka

11 Panduan Pemakanan Sihat Di Jamuan Raya

  1. Elakkan pergi ke jamuan rumah terbuka dengan perut kosong untuk mengelakkan makan secara berlebihan
  2. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  3. Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit
  4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol
  5. Ambil makanan berkalori tinggi dalam jumlah yang sedikit. Ketahui Kandungan Kalori Dalam Juadah Anda
  6. Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan
  7. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  8. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
  9. Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis untuk mengelakkan kalori cecair dari air bergas atau air bergula. Air bergula atau bergas hanya membuatkan kita menjadi lebih dahaga. Oleh itu, sebaik-baiknya minumlah air kosong. Untuk penambah perisa, boleh juga ditambah dengan hirisan limau atau lemon atau daun pudina untuk memberikan kesegaran yang asli
  10. Beredar dari meja hidangan makanan dengan segera untuk elakkan kita mengambil terlalu banyak makanan
  11. Sila setkan minda dan cabar diri untuk pulang dari jamuan raya tanpa perlu melonggarkan kancing seluar atau kain korang
  12. Jangan cuba nak usaha turunkan berat badan semasa musim perayaan ini kerana percubaan ini pasti membuatkan kita kecewa. Sebaliknya, korang usahalah untuk mengekalkan berat badan korang agar jangan naik

Apapun dalam etika pemakanan berhentilah kita makan sebelum kenyang dan berpada-pada itu lebih baik kan 🙂

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidaklah seorang anak Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap sahaja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Jika terpaksa dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk bernafas” Hadis riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

You may also like...

3 Responses

  1. zizie says:

    saya trlepas baca panduan ni. jadi saya dah langgar semuanya.. hehehe
    zizie recently posted…Dua buah MercedesMy Profile

  2. Raya pertama je terus cirit birit ahaha…
    SentiasaPanas recently posted…Inilah Punca Sebenar Kenapa Azwan Ali Kerap Cari PasalMy Profile

  3. MamaBard says:

    memang mencabar kalau nak diet bile tengah banyak open house ni..huhu..tips-tips dalam entri memang terbaik.. =)
    MamaBard recently posted…Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah Tanpa Bahan BerbahayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge