13 Tips Penting Berpuasa Dengan Selamat Pada Pesakit Diabetes

Sesetengah pesakit diabetes menyuarakan kebimbangan untuk berpuasa kerana bimbang dengan pelbagai komplikasi yang bakal dihadapi. Namun sebenarnya, dengan berpuasa seorang pesakit diabetes mampu mengurus penyakit dengan lebih baik dan mengelak pelbagai komplikasi.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh pesakit diabetes yang amat penting diketahui oleh pesakit ialah Hipoglisemia (paras gula darah yang terlalu rendah) atau Hiperglisemia (kandungan glukosa tinggi) serta dehidrasi. Ini berlaku lazimnya pada bulan puasa kerana pola pengambilan makanan dan waktu makan yang berbeza.

Tips Berpuasa Pesakit Diabetes

Ikuti Tips Di bawah Ini Untuk Berpuasa Cara Selamat

1. Mulai dengan latihan berpuasa secara berperingkat. Ini bertujuan mengenal pasti apa yang boleh dimakan, dos ubat yang perlu diambil dan mengambil bacaan gula dalam darah secara berkala

2. Berbincang dengan doktor supaya perubahan dos ubat dapat disesuaikan mengikut waktu dan keadaan kesihatan semasa.

3. Awasi tanda-tanda Ketoasidosis iaitu sejenis keadaan serius yang boleh mengancam nyawa apabila pesakit benar-benar kekurangan insulin dan tahap gula darah menjadi terlalu tinggi.

4. Pengukuran tahap gula darah sebaiknya dilakukan pada awal pagi sebelum puasa dan selepas berbuka puasa dan bersahur.

5. Berhenti berpuasa jika bacaan gula darah menurun ke bawah paras sasaran yang sepatutnya pada waktu pagi dan tengah hari.

6. Sebolehnya jangan skip bersahur

  • Waktu bersahur perlulah selewat mungkin sebelum waktu imsak.
  • Ketika bersahur perlu seimbangkan makanan dengan karbohidrat yang secukupnya.

7. Memadai berbuka dengan 2 biji tamar terlebih dahulu sebagai sebahagian dari karbohidrat

8. Hadkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak

  • Contohnya: Masakan berlemak yang menggunakan santan, ayam goreng, mi goreng dan lain-lain.

10. Digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib

  • Perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang

11. Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika sahur dan berbuka.

  • Karbohidrat yang mengandungi serat yang tinggi adalah digalakkan untuk setiap hidangan utama.

Lebihkan Sayuran Dan Buahan Dalam Menu

12. Minum air secukupnya.

  • Minum air yang cukup terutamanya ketika sahur untuk menggantikan air yang hilang ketika berpuasa. Disarankan untuk mengambil 8 gelas air sehari terutama ketika masa tidak berpuasa (malam).

Pengambilan Air Semasa Puasa

13. Hadkan makanan yang tinggi garam.

  • Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko kekurangan air.

Tanda-tanda Hipoglisemia

  • Jantung rasa berdebar-debar
  • Kepenatan
  • Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
  • Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan
  • Berpeluh
  • Rasa menggigil
  • Sakit kepala
  • Kulit menjadi pucat dan sejuk
  • Pertuturan menjadi tidak jelas
  • Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan

Tanda-tanda Hiperglisemia

  • Kerap buang air kecil
  • Terlalu dahaga
  • Sangat letih

Pesakit diabetes hendaklah selalu prihatin dengan keadaan diri semasa berpuasa dan dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu. Pengambilan nutrisi yang seimbang boleh membantu pesakit diabetes berpuasa dengan jayanya.

Love To Share About Health,

Aniey Yusoff

Shaklee SID Pro

sms/whatsapp : 013.777.3122

COD : Setiawangsa, Wangsa Maju, Sri Rampai dan kawasan sekitar

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge