15 Tips Sihat Menghilangkan Gatal Hidung Kronik Akibat Resdung

Pernah tak korang bangun pada waktu pagi dan bersin tanpa henti dengan teruk sekali. Hidung jadi amat gatal seperti ada benda yang merayap-rayap di sekelilingnya. Ye..seksa yang amat rasanya kan! Itu la saya waktu dulu-dulu. Genyeh-genyeh hidung umpama nak tercabut hidung. Merah padam muka, mata berair menahan gatal. Rasa nak sental je muka dengan berus besi bagi hilang gatal. Begitu teruk sekali bila ia menyerang.

Tips Sihat Atasi Gatal Hidung

Tips Sihat Atasi Gatal Hidung

Ciri-ciri di atas ni adalah simptom resdung kalau nak tahu. Sejak dari zaman sekolah lagi saya dah mengalaminya. Pernah berubat cara perubatan tradisional yang keluar ulat-ulat tu tapi time saya tu tak ada la pulak keluar ulat hehe 🙂 Teringin jugak nak tengok dia keluar merayap-rayap dalam air. Pernah juga berubat dengan Ustaz di kampung, serta berjumpa doktor tapi semuanya tak ada menunjukkan kesan baik pun.

Tips Sihat Mencegah Resdung

  • mengamalkan tabiat pemakanan yang baik, seimbang dan berkhasiat
  • memperbanyakkan minum air suam dan buah-buhanan
  • menghindari minuman berais dan berkafein tinggi
  • mengurangkan makanan berlemak, berminyak dan berasid
  • menghentikan tabiat merokok dan mengelakkan dari menghidu asap rokok
  • elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
  • untuk mengemas rumah silakan pakai penutup hidung
  • jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut daripada bulu binatang
  • elakkan juga menggunakan perhiasan di dalam rumah yang boleh memerangkap habuk seperti karpet dan pelapik berbulu
  • gunakan penyedut hampagas/vacum semasa hendak membersihkan rumah

Vacum Carpet

  • minum air suam atau air masak dengan kadar yang banyak
  • selalu memastikan kebersihan di dalam rumah, jika perlu basuh peralatan rumah seperti cadar, sarung bantal dan selimut dengan merendamnya di dalam air panas untuk membunuh serangga dan pepijat
  • apabila anda bersin dan gatal hidung sediakan tuala bersih yang direndam di dalam suam untuk mengelap muka
  • kenal pasti makanan yang boleh menyebabkan anda alah seperti makanan laut, budu, belacan dan sebagainya

seafood

  • mengamalkan pengambilan B-compleks dan Vitamin C yang semulajadi tanpa pewarna, perisa dan bebas bahan bahaya
Kesemua tips ini memang menjadi amalan saya sekarang di rumah. Dan lagi best lepas amalkan pengambilan vitamin yang bawah sekali tu makanan yang saya alah selama ni pun dah boleh makan tanpa rasa bersalah hihi…Dan alhamdulillah saya kini dah bebas dari gatal hidung yang kronik bagai nak tercabut hidung tu 🙂
Hanya yang mengalaminya sahaja yang mengetahui betapa seksanya menanggung kegatalan tersebut kan?
Untungla korang nak amalkan semua tips ni sebab vitamin yang saya makan tu ada promo pulak. Boleh la dapatkan dengan harga promosi.

~~Love To Share About Health~~

Aniey Yusoff

sms/whatsapp : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.