20 Tips Dan Cara Mengatasi Mual Dan Loya Pada Ibu Hamil Elak DiMasukkan Ke Hospital

Tahniah! Kerana anda sudah disahkan hamil!

Tempoh kehamilan merupakan satu tempoh yang menggembirakan pada setiap yang bakal bergelar ibu. Macam-macam ragam ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan. Anda memang seorang yang bertuah sekiranya sepanjang proses kehamilan tidak mengalami sebarang alahan, rasa mual, loya dan muntah. Bersyukur sangat tau!

Sebaliknya bagi mereka yang teruk mengalami alahan sehinggakan masuk sahaja apa jenis makanan pun pasti akan keluar balik, muntah-muntah sehingga lembik. Saya ada beberapa orang kawan yang mengalami alahan sehingga 9 bulan mengandung. Pada tempoh tu, hanya keluar masuk hospital sebab dehidrasi yang teruk sehingga berbelas-belas botol air terpaksa dimasukkan. Kesian sangat..

Muntah Dan Loya Pada Ibu Hamil

Jangan pula disebabkan rasa loya dan mual anda abaikan terus makanan dan vitamin penting semasa hamil. Tinggi risikonya! Boleh baca artikel Kerana Kekurangan Asid Folik Anakku Menderita

Ada beberapa cara dan juga makanan yang anda boleh amalkan untuk mengelak dari rasa mual dan loya ini. Mungkin ada yang serasi dengan anda. Antaranya :

1. Makan sayur brokoli. Brokoli yang kaya dengan kandungan folat, kalsium, karotenoid dan serat yang membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Kalium yang terdapat dalam brokoli juga membantu menormalkan tekanan darah.

broccoli

2. Pilih makanan yang kurang pedas, berlemak dan bergoreng

3. Pilih untuk makan biskut ataupun makanan ringan kesukaan anda di waktu pagi selepas bangun dari tidur. Ini membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah daripada terlalu rendah

4. Makan buah-buahan dari keluarga beri seperti strawberi, blueberi, rasberri, yang kaya dengan vitamin c, folat, potassium, serat dan antioksidan yang baik untuk ibu hamil

strawberry

5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Meminum jus lemon atau menghidunya membantu meneutralkan asid yang terdapat di dalam perut.

halia

6. Buka tingkap dan kipas semasa sedang menyediakan makanan bagi mengurangkan bau yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah

7. Minum air secukupnya antara 10-12 gelas sehari. Sekiranya tidak mampu, minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ini penting bagi menggantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit

8. Elakkan mengambil makanan yang mencetuskan muntah seperti makanan manis, gula, kek, coklat, minuman berkafein dan makanan berminyak

9. Elakkan stress di tempat kerja

Stress

10. Makan makanan yang boleh mengelak muntah seperti yogurt, buah avocado, kekacang, roti, daging merah dan protien

11. Makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari bagi memastikan perut tidak kosong dari mengisi asid yang mencetuskan rasa loya

12. Jangan skip vitamin pranatal anda! Sebaliknya ambil vitamin tersebut selepas makan atau sebelum tidur

ibu hamil

13. Elakkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang membuatkan anda rasa tidak selesa

14. Banyakkan rehat dan tidur bagi untuk mengelakkan rasa loya dan mual

15. Sebelum tidur boleh amalkan memakan snek sihat seperti biskut, cereal atau kekacang

16. Pilih untuk berada dalam keadaan yang selesa, memakai pakaian yang tidak terlalu panas kerana hormon ibu hamil akan menyebabkan badan terasa panas yang boleh mencetus perut terasa mual.

17. Elakkan pergi ke tempat yang panas dan penuh sesak

18. Banyakkan bertenang dan bersikap positif selalu

19. Dapatkan sokongan dan bantuan dari ahli keluarga

Husband Support

20. Banyakkan berzikir, berdoa dan mengamalkan amalan rohani sepanjang kehamilan

Semoga ibu-ibu dapat menjalani proses kehamilan dengan sihat dan selamat ­čÖé

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

SMS/whatsapp : 013.777.3122

SID Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai

You may also like...

4 Responses

  1. fidah shah says:

    Thanks for the tips.
    Teringat masa mengandungkan anak ke dua….memang agak teruk juga ‘mabuk’nya. Tapi nasib baik tak sampai kena masuk wad.
    fidah shah recently posted…6 Pesanan Imam Al GhazaliMy Profile

  2. Kiera Sakura says:

    kalau saya dulu bau perfume tu. cukup mengganggu emosi

  3. Falsya says:

    info yg sgt baik nie..mmg sgt3 berguna utk saya..tq..;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge