5 Panduan Mengelak Dari ‘Penyakit Hati’ Yang Merosakkan Bahagia Dan Ketenangan

Pada ketika kita bergembira, mungkin mereka berdukacita. Tetapi apabila patut berdukacita, mereka pula bergembira. Hati orang tak mampu kita puaskan satu persatu, mesti ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka. Jadi, apa perlu kita buat?

Kata pepatah Inggeris ‘You can be ripest, juices peach in the world, but there’s still going to be somebody who hates peaches!’

Penyakit Hati

Penyakit Hati

Dengki, iri hati, riak, sombong, memandang rendah pada orang lain, suka menunjuk-nunjuk, gilakan pujian manusia semuanya adalah tergolong sejenis penyakit hati. Kata Imam Nawawi, ‘Dengki berlaku apabila seseorang tidak gembira kalau saudaranya mendapatkan sesuatu, sedangkan ia sendiri akan gembira kalau memperolehnya.’

Moga-moga kita dijauhkan dari menderita penyakit ini. Sekalipun kita tidak tergolong dalam kategori berpenyakit ini, kesemua penyakit ini mempunyai peluang untuk mempalitkan kita dengan kesusahan, juga turut menguji kita. Berdepan dengan orang yang dengki, kita terpaksa bertabah dengan kata-kata atau tingkah laku mereka yang menyakitkan hati. Lain pula kalau berdepan dengan orang yang suka menunjuk-nunjuk, maka kita diuji agar mengawal mulut dari mengutuk.

Tetapi sebenarnya, penyakit hati tidak berjangkit..jangan risau 🙂 Kalau mereka yang terkena kita tidak sepatutnya terlibat sama. Kalau hati mereka yang berpenyakit, kita tidak sepatutnya menderita sakit. Serahkan segala-galanya kepada Allah..

Sesungguhnya, Kami mengetahui bahawasanya apa-apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati) kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.” (Al-An’am 6:33-35)

Jaga Hati

Panduan Mendidik Hati

1. Mengaji

“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.” (Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib ra telah berkata; “Seorang lelaki membaca Surah al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Banyakkan Menangis Kerana Dosa Dan Mengharapkan Keampunan

Menangis kadang-kadang boleh menjadi ubat untuk banyak penyakit akan tetapi dengan syarat bahawa tangisan tersebut disebabkan rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan itulah yang dikhabarkan Al-Quran kepada kami, dengan firman-Nya ketika menceritakan tentang orang-orang beriman yang khusyuk ‘yang hati mereka merasakan pengaruh dari firman Allah, apa reaksi mereka? Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang mereka:

 
(ويخرون للأذقان يبكون ويزيدهم خشوعا) [الإسراء: 109].
 
Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu ‘.” (Surah Al-Israa’: 109)
Sesungguhnya menangis,, khusyu ‘, dan do’a adalah resipi yang bagus untuk mengubati ketegangan jiwa. Kita memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menjadikan kita termasuk di antara golongan yang Allah berfirman tentang mereka:
(إنهم كانوا يسارعون في الخيرات ويدعوننا رغبا ورهبا وكانوا لنا خاشعين) [الأنبياء: 90]
 
“… Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo’a kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu ‘kepada Kami. “(Surah Al-Anbiyaa’: 90)

3. Kurangkan Makan

Berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman menjadi penyebab perasaan malas dan keras hati.
Ibnul Qoyyim rohimahulloh berkata “Banyak mengambil makanan adalah sebuah penyakit yang akan menimbulkan keburukan, banyak makan dapat menjerumuskan anggota badan untuk melakukan maksiat, dan berat untuk melakukan ketaatan. Maka jauhilah keburukan ini.”

4. Melazimi Majlis Ilmu

 Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : “Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur’an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat).” ( Muslim)

5. Solat Tahajjud

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Semoga Bermanfaat
Aniey Yusoff

You may also like...

1 Response

  1. FR says:

    pada saya, iri hati dan sakit hati atau risau pada lebihnya orang lain, paling kuat buat hati menanah.

    susah jugak nak didik hati, tpi itulah. kena cuba.segalanya berbalik kpd hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge