Berhutang bukan perkara luar biasa. Setiap orang pasti mempunyai hutang atau pernah berhutang dalam menempuh kehidupan mencabar hari ini. Sama ada hutang rumah, kad kredit, pinjaman kereta, hutang kahwin, hutang peribadi dan pelbagai lagi. Hutang adalah wajib dibayar walau tidak dituntut. Ketahui Hukum Hutang Dari Segi Islam.
Bagi yang dapat ‘melayan’ hutang dengan lancar pastinya mereka ini mempunyai teknik pengurusan kewangan yang berkesan. Tetapi bagi mereka yang semakin tersepit dan terhimpit dengan hutang mungkin beberapa langkah keluar dari hutang ini boleh membantu.
1. Berbelanja Hanya Menggunakan Tunai Sahaja
Katakan tidak sama sekali pembelian barang dengan cara berhutang, samaada menggunakan kad kredit ataupun secara ansuran di kedai-kedai yang menawarkan. Ini kerana sebenarnya kita membayar harga barangan sekali ganda lagi tinggi dari harga asal.
2. Elakkan Guna Wang simpanan
Setiap bulan, dahulukan sejumlah wang untuk simpanan. Lakukan ini sebelum menyediakan peruntukan untuk membayar segala hutang piutang yang ada. Jangan sesekali kita membuat perbelanjaan sebelum menyelesaikan hutang supaya tiada yang tertunggak. Hutang adalah tanggungjawab yang perlu dilangsaikan segera. Pentingnya membayar ansuran setiap bulan secara konsisten untuk keluar dari masalah hutang berpanjangan.
3. Biar Nampak Miskin Asalkan Bebas Hutang
Jangan diikut pepatah ‘Biar papa asal bergaya’. Bermula secara sederhana, jangan terlalu mengikut untuk menunjuk-nunjuk semata-mata inginkan pujian semata kerana kelak ia bakal merugikan kita. Biar kita bersederhana sekarang untuk hidup bebas hutang yang bakal mengusutkan kepala.
4. Pertimbangkan Semula Duit Sewa
Jika kita merasakan terbeban dan tidak berbaloi tinggal di rumah yang sewanya terlalu tinggi, mungkin kita patut mempertimbangkan semula mencari rumah yang sewanya lebih rendah. Ia adalah langkah penjimatan yang membawa keuntungan kerana lebihan duit yang ada boleh disimpan untuk kegunaan membeli rumah sendiri nanti.
5. Pendapatan Sampingan
Carilah pendapatan sampingan yang lain kerana sedikit sebanyak ia akan membantu menambah kewangan kita. Antara pekerjaan yang boleh dilakukan sebagai contoh menjadi guru tuisyen, guru mengaji, menjalankan perniagaan secara atas talian, menjadi agen dropship atau apa sahaja pekerjaan halal yang boleh kita lakukan. Ketahui Bagaimana Ingin Jana Lumayan Hanya Dari Rumah
6. Jangan Menambah Hutang Lagi
Tabiat biasa manusia apabila dirasakan hutangnya sudah semakin surut hati berkeinginan untuk berhutang yang lain pula. Fokuskan kepada matlamat dan impian kita untuk HIDUP BEBAS TANPA HUTANG!
saya pun tak suka beli brg dgn berhutang.. kalau ada duit lebih, baru beli..
sebab bila kita start berhutang, nanti jadi ketagih dan akan memakan diri sendiri..
Hairul Hissam recently posted…Budaya Mengumpat & Mengutuk Hanya Beri Kecelakaan Pada Bisnes, Keluarga dan Diri Anda
sama la kita..ada duit beli tak ada duit duduk diam2 hehe..
InshaAllah, will strive to live without debt!
yes! Jom kita hidup ke arah bebas hutang.
menahan dari nak membeli tu yang sebenarnya susah. Boleh di ‘pujuk’ diri kita dengan beli sesuatu yang murah, lepas tu, ikut pula masa. contohnya sebulan sekali je boleh berbelanja begitu, kalau teringin yang mahal sikit, bawa ke bulan depan.
azwan recently posted…Bebas Daripada Hutang Kad Kredit; Guna Tanpa Tunai.
Berjuang untuk bebas dari hutang adalah satu jihad. Semoga kita semua tergolong dari golongan yang bebas hutang suatu masa nanti. Insyaallah. Aamin