6 Sebab Ini Petanda Anda Perlukan B-Compleks Dengan Kadar Yang Segera

Kadang-kadang kita ni tak perasan sebenarnya yang badan kita mula menunjukkan ‘sign’ atau signal bahawa ‘mereka’ ni perlukan sesuatu atau ‘makanan’ mereka untuk berfungsi dengan lebih cekap dan efisien lagi. Umpama kereta kalau lama tak servis mula la mengeluarkan bunyi-bunyi atau signal tertentu nak beritahu tuan kereta bahawa mereka perlu diservis kalau tak nanti mereka akan ‘breakdown’. Teringat seorang kawan saya yang ‘berani mati’ yang tak pernah servis keretanya bertahun-tahun huhu..end up keretanya berasap dan mati terus semasa dalam perjalanan balik kampung. Di tengah malam dan di atas bukit..lepas tu serik dan mula jaga kereta hihi..

Tapi itu kisah kereta kan…jadi kita yang bernyawa ni mesti dan WAJIB prihatin dengan keadaan kesihatan diri dan tanda-tanda badan kekurangan ‘makanan’ mereka. Mungkin selama ini kita selalu makan makanan yang tidak berkhasiat, tinggi gula, garam, lemak, merokok, gaya hidup yang stress dan pengaturan masa yang tidak teratur membuatkan badan kita kekurangan nutrisi menyebabkan ia menjadi lompong dan akhirnya ‘rosak’. Sebab itulah kita mudah sakit!

Antara nutrisi dan mineral paling asas dalam badan kita adalah vitamin B-compleks. B-compleks ialah makanan tambahan yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang terdiri daripada B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (Panthothenic acid), B6, B7 (biotin), B9 (folat) dan B12. Pentingnya vitamin B ini ia membantu badan untuk menghasilkan tenaga dan membentuk sel-sel darah merah serta menjaga kesihatan tertentu.

vitamins-B

Nampak kecil peranannya dan macam kurang penting tapi tahukah kita bahawa kesan kekurangannya adalah sangat besar! Kalau korang ada 6 tanda ini maka inilah petanda yang anda kekurangan vitamin B-compleks

1. Selalu Stress

Vitamin B12 dapat melindungi kesihatan fungsi saraf dan dapat meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia


Stress

2. Sakit Kepala Dan Migrain

Vitamin B3 (Niacin) ni salah satu fungsi dia membantu memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala

Stress

3. Badan Selalu Letih Dan Tak Bertenaga

Antara salah satu fungsi B-compleks adalah menukarkan makanan kepada tenaga. Vitamin B1 atau thiamine membantu menukarkan karbohidrat kepada glukos sementara vitamin B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine) dan biotin membantu menukarkan glukos tadi kepada tenaga

Letih

4. Senggugut Yang Teruk

Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal. Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menanbahkan aliran oksigen kepada organ wanita juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal

Period Pain

5. Anda Hamil!

Wanita hamil memerlukan asid folik yang penting untuk pembentukan tiub neural bayi. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan bayi menderita kecacatan tiub neural. Asid folik adalah sejenis vitamin B yang dikenali sebagai folat (B9)

Pregnant

6. Korang Nak Awet Muda

Vitamin B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin) mengekalkan dan menjaga kecantikan kulit. Makan 1-2 biji setiap hari vitamin B-Complex membantu kulit lebih berseri dan melindungi kulit dari sinaran UV matahari

Jadi korang..ada tak tanda-tanda seperti yang di atas? Kalau ada marilah segera mengambil B-Compleks yang selamat lagi semulajadi ini 🙂 Saya dah hampir 3 tahun amalkannya sejak dari mengandung anak yang ke 3, tempoh berpantang, menyusu sehinggalah sekarang.

~ Love To Share About Health ~

Aniey Yusoff

SMS/whatsapp : 013.777.3122

Emel : aniey434@yahoo.com

Pengedar Shaklee Sri Rampai, Wangsa Maju, Setiawangsa dan kawasan sekitar

 

You may also like...

1 Response

  1. Adzrif Sidek says:

    Alamak, saya selalu stress.

    Kena dapatkan b compleks ni. Hehe. 🙂
    Adzrif Sidek recently posted…Apa Yang Saya Belajar Daripada Seminar Harimau Menangis?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge