7 Tips Mudah Turunkan Gula Dalam Darah

Gula dalam darah (glukosa) merupakan sumber tenaga utama untuk setiap sel dalam tubuh. Namun, kadar glukosa yang terlalu tinggi dalam darah dapat merisikokan diri kepada penyakit jantung, diabetes, kegagalan ginjal, masalah kesuburan dan masalah memori.

Kadar gula dalam darah yang tinggi menunjukkan badan tidak dapat menghasilkan hormon insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga. Inilah yang menyebabkan terjadinya penyebab kepada penyakit diabetes.

Langkah Jauhi Diabetes

Ikuti 7 Langkah Mudah Ini Untuk Mengekalkan Bacaan Gula Yang Normal

1. Periksa Kadar Gula Darah Secara Berkala

Selalu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kadar gula dalam darah atau memeriksa sendiri kadar gula dengan membeli alat periksa darah sendiri. Kadar gula atau glukosa yang normal adalah sekitar 90mg/100ml

2. Bersukan

Dengan bersukan atau melakukan aktiviti riadah selama 30 minit 3 kali seminggu sudah mencukupi untuk membantu badan menukarkan gula kepada tenaga. Antara yang boleh dilakukan seperti berjoging, berjalan kaki, berbasikal atau bersenam.

Bersukan

3. Mengawal Berat Badan

Mengawal berat badan agar ideal dengan BMI. Obesiti dan kegemukan merupakan faktor utama kepada diabetes kerana gula yang terkumpul di dalam badan akan ditukarkan kepada lemak.

4. Mengurangkan Pengambilan Karbohidrat

Kurangkan mengambil makanan yang berkarbohirat tinggi seperti nasi, roti, mee dan bihun kerana kerana karbohidrat adalah sumber utama penghasilan glukosa. Lebihkan mengambil makanan yang tinggi protien dan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.

5. Makan Dan Minum Secara Sihat

Selain mengelakkan mengambil karbohidrat, elakkan juga mengambil minuman yang bergula tinggi. Selalu amalkan meminum teh atau kopi tanpa gula atau kurang gula dan elakkan minuman yang bergas.

6. Jalani Hidup Secara Sihat Dan Positif

Jalani hidup secara sihat, menghindarkan stress, selalu gembira, kurang marah dan ceria kerana kajian menunjukkan sikap positif dan gaya hidup yang sihat dapat mempengaruhi penghasilan hormon insulin.

7. Pemakanan Tambahan

Pemakanan tambahan juga amat penting dalam membantu mengawal kadar gula dalam darah. Amalan pengambilan makanan tambahan yang kaya dengan Resveratrol dan Omega-3 terbukti mampu mengekalkan paras gula normal dalam darah. Ketahui Bagaimana Resveretrol Membantu Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah Dan Elak Kaki Di Potong juga Manfaat Omega-3

Hanya dengan mengamalkan 7 langkah mudah ini kita bakal menghindarkan penyakit yang paling ditakuti iaitu diabetes kerana sinonimnya penyakit ini pasti akan mengundang kepada penyakit-penyakit lain sepeti penyakit jantung, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan strok serta risiko pemotongan anggota.

~~Love To Share About Health~~

Pertanyaan tentang makanan tambahan?

Aniey Yusoff

sms/whatsapp : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar

 

You may also like...

5 Responses

  1. titan says:

    kena rajin senaman selalu dan kawal pemakanan kita.

    janji, tak secara berlebihan.
    titan recently posted…Duit RAYA dari AshadeeMy Profile

  2. ctnoraishah says:

    gud info… boleh amalkan ni

  3. Ainul says:

    nampaknya saya kena amalkan semua tips ni dengan baik sekali
    Ainul recently posted…Cara Merawat Penyakit Strok Atau Angin AhmarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge