Adakah Menziarahi Kubur Hanya Di Waktu Hari Raya Sahaja? Ketahui Adab Dan Hukum Ziarah Kubur

Alhamdulillah..Aidilfitri datang lagi dan seperti tahun-tahun sudah kemeriahan orang-orang menziarahi kubur selepas solat sunat Aidilfitri memang meriah. Selesai sahaja solat sunat masing-masing semua menghala ke kubur. Dengan warna warni pakaian raya dan ada yang masih bertelekung duduk di kubur ahli keluarga masing-masing. Ada yang datang ke rumah dan bertanyakan ayah di mana kubur ahli keluarga mereka al maklum sudah lupa..lama tak ziarah. Tanya ayah sebab ayah adalah penggali kubur dan macam mana saya tahu situasi ni? Sebab dah lebih 20 tahun rumah saya di kampung berdepan tanah perkuburan hanya dipisahkan sebatang jalan kecil dengan pintu pagar kubur…hihi

Tanah Perkuburan Dari Tangga Rumah

Tanah Perkuburan Dari Tangga Rumah

Adakah ziarah kubur menjadi amalan hari raya?

Adakah salah ziarah kubur pada waktu perayaan?

Apakah adab-adab yang perlu kita patuh semasa ingin ziarah ke tanah perkuburan?

Artikel ini untuk perkongsian kita bersama

Hukum Dan Adab Ziarah Kubur

Melalui perkongsian Ustaz Dr Shauqi

Ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana tidak ada nas yang melarang menziarahi kubur pada hari-hari tertentu. Begitu juga, masyarakat Islam tidak wajar mengkhususkan pada hari-hari tertentu sahaja seumpama hari raya untuk menziarahi kubur. Sebaliknya menziarahi kubur secara berterusan akan membawa kepada kebaikan pada umat Islam itu sendiri. Apa yang penting daripada ziarah kubur ialah dapat mengingati kematian dan hari akhirat.

Sehubungan dengan itu, apakah menziarahi kubur pada hari raya dapat mendatangkan kesan yang positif kepada umat Islam iaitu dapat mengingati kematian dan hari akhirat? Sekiranya jawapannya adalah ‘Ya’, maka amalan yang seumpama ini bolehlah diteruskan. Akan tetapi, sekiranya jawapan bagi persoalan ini adalah ‘Tidak’, maka ia perlu diselidiki dan diteliti. Apatah lagi, pada kebiasaannya, selepas menunaikan solat hari raya, masyarakat Islam secara beramai-ramai pergi ke kubur dan telah berlaku seolah-olah satu temasya perayaan di tanah perkuburan dengan pakaian yang berwarna-warni, hiruk-pikuk gelak ketawa setelah berjumpa sahabat handai dan sebagainya yang menafikan ingatan kepada kematian dan hari akhirat.

Tambah menyedihkan lagi ialah apabila berlakunya percampuran dan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita di tanah perkuburan!. Amat malang apabila sesuatu yang diharapkan menjadi ibadat bertukar menjadi maksiat. Oleh yang demikian, amalan menziarahi kubur pada hari raya boleh diteruskan sekiranya matlamat keimanan dan ketakwaan dapat dicapai. Masyarakat Islam juga harus sedar bahawa tidak ada suruhan khusus dalam Islam untuk menziarahi kubur pada pagi hari raya. Justeru, mereka hendaklah mencari waktu yang sesuai untuk menziarahinya agar sesuatu yang diharapkan menjadi ibadat tidak bertukar menjadi maksiat.

Sekiranya pada pagi hari raya, terdapat ‘pesta’ di tanah perkuburan, maka sewajarnya kita mencari waktu-waktu lain untuk menziarahinya. Tidak semestinya menziarahi tanah perkuburan boleh dilakukan hanya pada pagi hari raya yang pertama sahaja, sebaliknya menziarahi kubur boleh dilakukan pada petang hari raya pertama, atau pada hari raya yang kedua, ketiga, keempat atau pada hari-hari lain yang difikirkan sesuai yang dapat mendatangkan keinsafan dalam diri.

Melalui DrMaza.com

Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:

“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).

Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

Melalui Epusara Jawi

Adab Dan Peraturan Ziarah Kubur

Menurut huraian ulama’ rahimahumullah, orang yang berziarah kubur dituntut melakukan seperti berikut:
1. Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwudhuk)
2. Ketika sampai ditanah perkuburan, disunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur dan berdoa semoga mereka beroleh rahmat dan selamat sejahtera. Ini diterangkan dalam hadith berikut:
      Dari Buraidah al-Aslami r.a, katanya;
” Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata:  Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga- Insya Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekelian ”
                                                               (Hadith riwayat Ahmad , Muslim dan Ibnu Majah)
3.  Setelah sampai berhampiran kubur kaum kerabat atau sahabat kenalan, hendaklah berdiri rapat ditepi kubur dengan mengadap muka simati  (untuk mengetahui arahnya, semua orang mati dikebumikan dengan keadaan mengiring atas sebelah kanannya dan mukanya mengadap khiblat) sambil memberi salam secara khusus kepadanya : Contohnya kalau simati ayah kita, maka lafaz salamnya ialah :”Assalamualaikum wahai ayahku” dan kalau ibu, ” Assalamualaikum wahai ibuku.”
Demikian seterusnya kepada kaum kerabat dan sahabat kenalan, beri salam dahulu disertakan dengan panggilan yang biasa kita berbahasa dengan mereka semasa mereka hidup.
4. Selepas memberi salam, sunat membaca ayat-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada simati.
5.  Selepas membaca ayat-ayat suci al-Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk simati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya, kerana  doa yang didahului bacaan al-Quran lebih diharap makbulnya.

Hukum Melangkah Kubur

Menziarahi Kubur Hanya Pada Hari Raya Sahaja…

Sama-sama kita jadikan pedoman, rumah jauh dengan kubur ke rumah depan kubur ke selagi tujuan mengingati dan menziarahi kubur tidak sampai pada hati kita tiada gunanya juga. Pandanglah kubur agar selalu dapat ingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat. Doakan selalu untuk ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia. Kerana doa dari kita yang hidup amat dinanti oleh mereka dan amat berguna dari segala nikmat di dunia.

Kalau orang tak biasa duk rumah depan kubur nak datang tidur kat rumah pun takut hihi

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

You may also like...

2 Responses

  1. Riza Afzan says:

    Sejak ada anak kecik ni jarang dah ke kubur
    Riza Afzan recently posted…Sedapnya Air Asam Mangga Bersama Ikan Bakar Menjilat JariMy Profile

  2. Fida says:

    Tahun ini belum lagi ke kubur…tapi rumah mak mertua dekat dengan kubur onyang beliau….dulu-dulu orang dikebumikan dekat dengan rumah…jarak dalam 10-15 meter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge