Alahan Pada Ibu Mengandung

Alahan dan ibu mengandung memang amat sinonim tetapi ada juga ibu2 yang langsung tak ada alahan semasa mengandung. Wahh sangat beruntung ibu2 ini kan. Orang lain dengan pelbagai ragam semasa mengandung, ada yang kulit perut dan leher jadi warna hitam, ada yang kulit jadi gatal2 dan naik ruam, kulit jadi menggelupas, diserang rasa nak tidur sahaja dan macam2 lagi. Inilah warna warni fasa kehamilan kan 🙂

Masalah-Kulit-Ketika-Hamil

Alahan Ibu Mengandung

Alahan adalah tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertekan, tertelan atau tercucuk.

Alahan boleh berlaku kepada sesiapa pada bila-bila masa tanpa mengira usia. Kajian mendapati ramai orang dewasa alah terhadap makanan, ubat-ubatan, gigitan serangga dan senaman. Kebanyakan kanak-kanak pula mengalami alahan terhadap makanan.

Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan, namun seringkali penyakit ini juga dikaitkan dengan wanita yang sedang hamil.

Antara simptom alahan ketika hamil ialah kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema, sakit perut, muntah, cirit-birit dan pening atau berasa keliru.

Imunologi Klinikal dan Pakar Alergi serta Pakar Pediatrik, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff berkata, golongan wanita yang sedang hamil juga berpotensi untuk mendapat alahan sama ada secara sedar ataupun sebahagian daripada mereka tidak pernah mengetahuinya.

“Bagi mereka yang sediakala mempunyai alahan atas faktor sejarah keluarga ia adalah perkara biasa bagi mereka, namun masih memerlukan rawatan dan pengawalan pengambilan makanan secara konsisten.

“Sementara itu, bagi wanita yang mempunyai gejala dan simptom seperti alahan semasa awal kehamilan, tetapi belum dapat mengenal pasti keadaan tersebut, sebaiknya pemeriksaan awal perlu dilakukan dengan segera,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan pada peringkat awal boleh membantu menyelamatkan kondisi ibu dan bayi dalam kandungannya melalui rawatan dan ubat-ubatan yang diambil.

“Bukan semua alahan mempunyai simptom seperti yang biasa dilihat, juga bukan semua wanita hamil mempunyai alahan kerana sebahagiannya mempunyai penyakit ini sejak sebelum hamil lagi.

Alahan terbahagi kepada banyak bentuk dan keadaan. Sebahagian alahan terjadi kepada wanita hamil disebabkan berlaku perubahan hormon pada badan wania tersebut.

Wanita hamil tidak boleh membuat andaian bahawa simptom seperti alahan yang mereka sedang alami adalah alahan, sebaliknya, langkah terbaik apabila mempunyai simptom ini adalah dengan membuat pemeriksaan awal untuk mengenal pasti kesahihan penyakit tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, pemeriksaan untuk mengenal pasti penyakit ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu melalui imbasan dan pemeriksaan darah.

“Selalunya alahan kepada ibu mengandung disebabkan faktor pemakanan. Apabila ibu yang dikenal pasti mempunyai alahan disebabkan jenis pengambilan makanan seperti kacang dan makanan laut mereka akan dinasihatkan oleh doktor untuk mengehadkan pengambilan jenis makanan tersebut.

Mereka yang mempunyai alahan digalakkan mengambil makanan yang berkhasiat selain pada masa yang sama mengutamakan diet yang seimbang.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan untuk lima hidangan sehari serta protein, karbohidrat dan nutrien.

Makanan yang seimbang membantu tumbesaran dan pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu selain memberikan nutrisi yang cukup kepada bayi.

Antara alahan biasa pada  ibu hamil adalah kegatalan di kaki dan tangan

Antara alahan biasa pada ibu hamil adalah kegatalan di kaki dan tangan

Fokus pada asid folik

Juga dikenali sebagai folat atau folasin, asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B. Ia penting semasa kehamilan kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa nutrien yang diketahui boleh mengelakkan kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. Badan kita juga memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah serta norepinefrin dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf anda). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) yang mengnormalkan fungsi-fungsi otak dan merupakan satu komponan penting dalam cecair saraf tunjang.

Pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan.

Baca >> Asid Folik Punca Anakku Derita

Nutrisi Untuk Ibu Hamil

Dengan pemakanan yang sihat dan seimbang mampu memberikan kesihatan yang terbaik buat ibu. Amalkan vitamin dan supplement yang penting bagi ibu hamil sebagai pelengkap kepada nutrisi yang kurang.

Juga amat penting amalan berpantang sesudah bersalin. Insya Allah alahan pada ibu akan hilang dan berkurang sedikit demi sedikit. Apapun pengambilan ESP, B-compleks dan vitamin C di dalam Set Berpantang Shaklee banyak membantu menghilangkan parut, memudarkan kulit hitam dan melegakan alahan kulit.

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

013.777.3122

SID Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge