Alkisah Kita Adalah Penyamun Pada Diri Sendiri!

Pernah tak korang bangun pagi dan mendapati bahawa pintu pagar tidak ditutup? Dah la pagar tak ditutup pintu pulak tak berkunci! Aduhaii..berderau rasa darah kan. Dah la kawasan perumahan kita selalu saja ada kes rompak, pecah rumah dan samun bersenjata. Mengucap panjang kita kan? Dan bersyukur tiada apa yang tidak diingini berlaku. Selepas itu dan seterusnya, adakah kita lebih berhati-hati? Eh mestilah ye kan! Mau tak takut.

Situasi ni ada kaitannya dengan tubuh kita. Ye ke? Itulah antara satu perumpamaan supplement dan tubuh kita. Tubuh kita ibarat rumah dan supplement ibarat ‘kunci’ pada rumah kita 🙂 Bagaimana? Jom kita ketahui dulu apakah faktor-faktor negatif dalam kehidupan kita seharian.

Penyamun Diri Sendiri

Faktor Negatif Dalam Kehidupan Seharian Kita

  • Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, kurang bersenam
  • Diet yang salah dan tak seimbang (tinggi garam, gula, kolesterol dan lemak)
  • Makan lewat malam
  • Kurang rehat dan tidur
  • Stress
  • Faktor persekitaran yang tercemar dengan radikal bebas
  • Sumber makanan dari persekitaran tidak sihat seperti penggunaan baja kimia, racun perosak, suntikan hormon dan sebagainya
  • Pengunaan ubat-ubatan yang merendahkan fungsi imun badan
Pencemaran udara adalah salah satu faktor negatif terbesar dalam kehidupan seharian

Pencemaran udara adalah salah satu faktor negatif terbesar dalam kehidupan seharian

Kesemua ini boleh mengundang kepada pelbagai penyakit kronik dan inilah antara penyumbang utama kepada ‘penyamun’ tubuh kita. Atas sebab inilah badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif. Tidak mengambil supplement bermakna kita membiarkan tubuh kita terdedah pada anasir luar yang hanya menunggu peluang untuk ‘menyerang’ kita.

Mengenali Supplement Atau Makanan Tambahan

Ia adalah makanan tambahan yang mengandungi vitamin, garam galian serta asid amino. Didapati dalam bentuk serbuk, tablet, pil ataupun cecair.

Fungsi Supplement Untuk Tubuh

  • Menambah nutrisi badan yang hilang atau tidak mencukupi
  • Memperkuat daya tahan tubuh menentang penyakit
  • Memberikan tenaga dan membantu fungsi tubuh dengan lebih lancar
  • Membekalkan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asid amino yang hilang atau tidak boleh dihasilkan oleh tubuh

Siapa Yang Perlukan Supplement?

Secara amnya semua orang amat perlukan supplement atas faktor-faktor negatif seperti di atas yang mempengaruhi corak kesihatan kita tapi secara khususnya mereka ini LEBIH perlukan supplement :

  1. Individu yang kurang mengambil makanan seimbang dalam pemakanan
  2. Mereka yang dalam lingkungan usia meningkat yang kurang penyerapan vitamin dan mineral dalam badan
  3. Perokok tegar
  4. Ibu mengandung dan menyusu
  5. Individu yang kerap mengalami masalah kesihatan seperti demam, selsema, asma dan sebagainya
  6. Wanita yang telah putus haid (menopaus) atau lebih dari umur 35 ke atas
  7. Pengamal diet dan vegetarian
  8. Individu yang aktif bersukan dan sering terdedah kepada persekitaran luar
  9. Kanak-kanak yang tinggal di taska atau bersama pengasuh yang bergaul dengan ramai orang
  10. Warga emas yang sering keletihan
  11. Individu yang sering stress dan bekerja sehingga lewat malam

Tetapi SUPPLEMENT BUKAN UBAT DAN BERTINDAK UNTUK MENYEMBUH TETAPI IA MEMBANTU KEKALKAN KESIHATAN PADA TAHAP YANG OPTIMUM! 

Sekiranya kita amat berwaspada pada penyamun kediaman kita begitu juga sepatutnya kita menjaga tubuh kita. Jangan pula kita jadi penyamun pada tubuh badan kita sendiri! Ramai menyatakan mencegah itu lebih baik dari mengubati tapi apakah langkah dan usaha kita untuk mencegahnya? Sesungguhnya kita akan menghargai untuk mencegah hanya selepas KITA SAKIT !

Semoga kita dijauhkan dari segala penyakit dan hidup sihat selalu. Supplement hanyalah ikhtiar selebihnya kita berdoa padaNya 🙂

Semoga bermanfaat

Aniey Yusoff

You may also like...

2 Responses

  1. Daud Mohamad says:

    huhu..saya tak nak jadi penyamun diri sendiri..
    Daud Mohamad recently posted…3 Minit Web Jualan Siap Dibina Tanpa Perlu Upah DesignerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge