Amalan Pemakanan Sihat Untuk Ibu Berpantang Supaya Tidak Mudah Sakit Di Usia 30-an

Tempoh berpantang adalah satu tempoh di mana ibu lepas bersalin berusaha untuk memulihkan kembali kesihatan dalaman. Dalam tempoh ni ibu bersalin perlu merawat, menyuci dan memulihkan tubuh selepas bersalin. Maklum la selama 9 bulan kita mengandung dan mengalami berbagai perubahan hormon dan bentuk fizikal.

Ini termasuk proses pemulihan akibat kehilangan darah semasa bersalin, pengecutan rahim, keseimbangan hormon, ketegangan urat saraf dan kehilangan tenaga semasa proses bersalin. Saya sendiri sepanjang tempoh bersalin amat menitik beratkan amalan berpantang kerana tahu ia membawa 1001 kebaikan kepada tubuh kita. Tak mahu nanti di usia 30-an malah lebih awal dari itu lagi ada ibu-ibu dan wanita yang sudah mengadu sakit pinggang, selalu kebas otot, rahim jatuh, perut menggeleber, cepat penat dan letih dan banyak penyakit mengundang.

Sepanjang tempoh berpantang ada 2 perkara yang amat penting bagi ibu dalam menjamin kelancaran proses pemulihan iaitu :

1. Pemakanan yang sihat

2. Rehat yang mencukupi

Ibu Selepas Bersalin

Pemakanan Yang Sihat Dan Berkhasiat

Pemilihan makanan selepas melahirkan anak dan semasa berpantang  antara aspek yang terpenting kerana ia berperanan membaikpulih kesihatan badan, mengembalikan keseimbangan hormon, mineral dan lemak yang penting yang telah digunakan semasa mengandung dan proses melahirkan anak.

Keperluan nutrisi yang baik membantu menyokong pemulihan, meningkatkan tenaga dan kecergasan ibu, menyokong penyusuan dan mengelakkan sindrom ‘baby blues’.

Tetapi jarang ibu berpantang yang berjaya mendapatkan nutrisi yang mencukupi atas beberapa faktor seperti keletihan, berpantang sendirian dan hilang selera makan akibat kesihatan yang belum pulih dan luka yang belum sembuh.

Aspek keperluan nutrisi dan makanan seimbang ibu selepas bersalin hendaklah terdiri daripada :

Protien 

  • 6 bulan pertama : 75g sehari
  • 6 bulan seterusnya : 70g sehari
  • Wanita yang baru melahirkan anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan. Salah satu sumber protein selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya.
  • Kacang soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua amino asid yang diperlukan tubuh.
  • Protein sangat diperlukan dalam pemakanan kerana ia akan disalurkan ke dalam susu ibu dan bayi akan cepat membesar dan menjadi cerdik

Zat besi

  • Diperlukan 15mg sehari
  • Zat besi atau iron sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Ia memberikan sumber tenaga semasa dalam berpantang
  • Kekurangan zat besi menyebabkan ibu mudah penat, rasa sukar bernafas dan senang diserang jangkitan kuman.
  • Ibu berpantang memerlukan bekalan zat besi yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan zat besi semasa bersalin dan sebagai persediaan kedatangan haid yang akan datang. Bekalan zat besi boleh dikekalkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti kismis.
  • Ibu yang  mengalami anemia perlu mengambil suplemen zat besi

Kalsium

  • Penting untuk penghasilan tulang dan gigi
  • Diperlukan untuk pergerakan otot yang normal
  • Melindungi ketumpatan ulang
  • Ibu berpantang memerlukan 1000mg kalsium sehari
  • Kalsium adalah zat yang sangat penting bagi wanita dalam pantang untuk faedah dirinya dan juga bayi yang disusukannya.
  • Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang sihat pada bayi yang disusukan
  • Suplemen kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang
  • Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.
  • Keperluan bagi kalsium semasa menyusukan bayi adalah tinggi kerana susu ibu mengandungi kalsium.  Apabila paras kalsium di dalam darah ibu tidak mencukupi untuk ibu dan bayinya, kalsium yang tersimpan di dalam tulang ibu akan dikeluarkan untuk menghasilkan susu dan mengakibatkan jisim tulang ibu berkurangan.  Kehilangan tersebut boleh dicegah dengan pengambilan makanan yang tinggi kalsium

Asid Folik

  • Membekalkan tenaga dan menyokong pemulihan selepas bersalin
  • Mengurangkan risiko tekanan perasaan
  • Meningkatkan motor sensor bayi dan perkembangan otak
  • Ibu menyusukan memerlukan asid folik 500mcg/hari

Vitamin C

  • Meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik
  • Sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukan tisu baru
  • Pembentukan tisu penghubung, vaskular, pertumbuhan otot dan tulang
  • Ibu yang tidak mendapat cukup vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan. Sendi dan otak akan terasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar dinding atau meja
  • Ibu-ibu berpantang juga akan mengalami gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Keguguran rambut dan kulit menjadi kering. Mereka juga mudah jatuh sakit kerana daya tahan yang tidak kuat.

Omega-3 DHA

  • 200-300 mg sehari
  • Penting untuk perkembangan otak dan mata
  • mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin
  • mengurangkan risiko sakit sendi
  • mengurangkan simptom pelupa
  • memenuhi keperluan DHA dalam susu ibu

B-complex

  • Badan memerlukan Vitamin B untuk menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu ibu. Vitamin B juga membantu meredakan stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon
  • Vitamin B Complex sangat penting bagi menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga ketika proses metabolik.
  • Vitamin B, terutama folik asid, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

Zink

  • Diperlukan dalam proses penyembuhan luka bersalin terutama luka dalaman (rahim) dan membantu mengatasi masalah ‘kedinginan’. Sebab itulah ibu bersalin digalakkan makan ikan haruan atau pati ikan haruan kerana kandungan zink yang tinggi di dalamnya.
  • Membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan cepat.

Tahukah korang bahawa kesemua zat dan nutrisi di atas boleh didapati di dalam Set Healthy Post Natal YES ini? Istimewanya pembelian set YES ini kerana korang membuat pembelian dengan harga diskaun, diskaun tambahan 5% dan dapat cash back sekiranya mendaftar sebagai ahli 🙂

YES-Set-Berpantang

Bila hati dah kata YES cepat-cepat hubungi saya ok sebelum tawaran ini berakhir!

Aniey Yusoff

SMS/whatsapp : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge