Bagaimana Vivix Bertindak Memberi Tenaga Pada Golongan Warga Tua

Assalamualaikum..

Nak tau tak apa perasaan KakNi bila orang-orang yang kita sayang yang dulunya sakit terbaring tapi Alhamdulillah beransur sihat dan mula bangun berjalan. Gembira yang tak terhingga dan sepenuh kesyukuran dipanjatkan padaNya yang membuka asbab untuk sihat.

Maklong KakNi dah berusia lewat 70-an dah mula sembuh dari sakit kayap sejak 3 bulan lalu tetapi kesan sakit kayap itu masih terasa mencucuk tulang dan saraf. Berbondong dah ubat klinik yang Doktor bagi untuk saraf dah makan tapi sakit masih sama. Lepas ubat klinik beli lagi ubat dari farmasi. Masih sama jugak, hilang sakit sekejap lepas tu datang balik sakitnya.

Atas sebab ni lah Maklong memang tidur terbaring je sepanjang hari. Asal bangun je sakit datang mencucuk. Dalam bulan Ramadhan lalu KakNi bawak balik sebotol Vivix pulang ke kampung. Pujuk-pujuk Maklong minum Vivix. KakNi suapkan sesudu yang pertama dan alhamdulillah atas rasa sedap Vivix ni Maklong jadi suka nak minum. Lagipun KakNi cakap Vivix ni bukan ubat..faham-faham la orang tua ni bila dengar perkataan ubat pun mulalah fobia tak nak makan kan?

Lepas pulang KL KakNi telefon Maklong dan tanya Maklong makan tak Vivix? Suka dengar Maklong cakap dia makan tak tinggal lagi..alhamdulillah. Lepas 2 minggu sepupu KakNi ada bagitau Maklong mula boleh bangun, mula berjalan turun dari rumah. Syukur alhamdulilah.

Nak Kenal Apa Itu Vivix?

Vivix minuman campuran saintifik termaju yg ada anggur muscadine..anggur semulajadi yang susah nak jumpa dan ada rangkaian lengkap polifenol yg TAK ADA pada anggur lain yg berfungsi menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat

Pengekstrakan berpaten dari Shaklee bagi menghasilkan kepekatan yang tinggi dan dan kekalkan bioaktif polifenol. Ada 4 bahan utama dalam Vivix ni selain dari anggur Muscadine. Antaranya :

  1. Anggur Muscadine, anngur hebat yang ada asid ellagik yang TAK ADA pada anggur lain yang mempunyai ciri menghentikan kimia penyebab kanser, antivirus dan antibakteria
  2. Purple Carrot atau Lobak Ungu, sumber vitamin A terbaik dan mengandungi anthocyanins yang berantioksidan yang sangat tinggi yang berupaya mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
  3. Elderberry Eropah, mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang sangat kuat untuk mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
  4. Polygonum Cuspidatum  atau dikenali Knotweed Jepun, banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Mengandungi sebatian resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, menjaga tekanan darah ke tahap normal dan memberi tenaga pada badan.

Inilah rupa bahan-bahan dalam Vivix

Cara Vivix Bertindak Dalam 4 Mekanisme

1.Melindungi dan membaiki kerosakan DNA

Tau kan DNA tu apa? Setiap binaan sel dalam badan kita ada rangkaian atau jujukan khas bacaan DNA yang akan membahagi untuk menghasilkan sel. Apa jadi kalau satu bacaan DNA itu diganggu atau ‘tersilap’ copy? Maka jadilah sel abnormal yang akan mengganggu fungsi sel. Atas faktor pemakanan, persekitaran, gaya hidup dan tekanan maka setiap hari SEL tubuh kita diserang oleh jutaan serangan yang merosakkan DNA ini.

Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu ‘typo’ (kesilapan dari yang asal) yang mengganggu fungsi sel dan jangka hayat sel. Ramuan Vivix ni telah terbukti dalam kajian ia Melindungi dan Membaiki Kerosakan pada peringkat DNA lagi.

2. Memberi Impak positif kepada pengawalan genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sel. Ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan vivix mengaktifkn satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan sel.

3. Menggalakkan Pembentukan Baru Mitochondria

Mitochondria ini umpama TNB bagi sel, sebagai penjana tenaga bagi menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apa berlaku apabila fungsi ‘penjana tenaga’ ini menurun? Sudah pasti ia memberi kesan pada penurunan fungsi sel.

Ramuan Vivix ini menggalakkan biogenesis iaitu pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.

4. Melambatkan Pembentukan Protin AGE

Protin AGE (advanced glycation end products) ini umpama sisa bahan buangan yang tak diperlukan oleh badan. Apa jadi sekiranya bahan ini terkumpul dengan banyak dalam badan? Ia boleh menyebabkan kerosakan tahap sel yang akan jangka hayat sel.

Ramuan Vivix terbukti memberi impak kepada melambatkan pembentukan protin AGE ini.

Memberi Tenaga Pada Golongan Warga Emas

Dah dapat jawapan kenapa KakNi memberi Vivix kepada Maklong? Alhamdulillah, hasil kajian Vivix ni bukanlah dilakukan oleh calang-calang orang malah para saintis pemenang Nobel dan penulis jurnal-jurnal yng menjadi rujukan sekalian saintis lain.

Nak tengok orang tersayang kita hidup sihat tanpa masalah kesihatan mestilah kita usahakan memberi mereka yang terbaik. Biarlah di hujung usia mereka, mereka dapat beribadah dengan sempurna dan gembira bermain dengan cucu-cucu dan sanak saudara, setuju tak?

Kita tengok mereka yang kembali bertenaga dengan vivix.

Marilah kita menjadi anak yang prihatin dengan kesihatan orang tersayang kita. Hubungi KakNi untuk pertanyaan lanjut mengenai Vivix.

Aniey Yusoff

0137773122

http://kakni.wasap.my

You may also like...

1 Response

  1. Izan says:

    Vivix memang supplement yang terbaik untuk warga emas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge