Bahaya Serangan Asma Pada Ibu Hamil Sekiranya Tidak Di Kawal

Pengalaman mengandung adalah saat-saat yang manis dalam hidup seorang wanita namun ia juga boleh jadi saat-saat yang paling mencabar kerana perubahan fizikal dan hormon turut mempengaruhi emosi. Pengalaman mengandung anak kedua 5 tahun lepas benar-benar diuji oleh Allah SWT. Dari seorang yang tak pernah menghidap asma, saya diuji Allah merasai bagaimana peritnya mendapat asma.

Pengalaman saya itu bukanlah peringkat asma yang teruk pun cuma peringkat batuk berkahak tanpa henti sehingga menyukarkan pernafasan.  Itu pun saya rasa seperti sudah hampir hilang nafas..bagaimanalah agaknya dengan pesakit asma yang kronik?

Semasa mendapatkan rawatan di kecemasan Hospital di Pasir Puteh, doktor yang merawat menyatakan tahap sesak dada saya masih diperingkat terkawal dan saya diberikan rawatan nebulizer. Sempat bertanya doktor adakah selamat nebulizer untuk kandungan?

Nebulizer adalah selamat untuk ibu hamil kerana ia hanya melibatkan paru-paru berbanding ubat tablet. Jadi doktor mencadangkan saya hanya diberikan rawatan nebulizer dan diberikan ubat batuk.

Asma Semasa Hamil

Asma Semasa Mengandung

Satu pertiga dari pesakit asma yang hamil akan mengalami serangan asma yang teruk, satu pertiga lagi tidak merasakan penyakit asmanya bertambah baik dan satu pertiga lagi semasa kehamilannya tidak memberi apa-apa kesan kepada sakit asmanya.

Serangan penyakit asma selalunya berlaku sekitar usia kehamilan antara 24-36 minggu dan akan berkurangan selepas itu. Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang  itu sendiri.

Risiko Pada Ibu Hamil

Sangat-sangat dinasihatkan pada ibu yang sememangnya menghidap asma supaya sentiasa menjaga kesihatan dan dapatkan rawatan sekiranya tanda-tanda asma menyerang. Ramai ibu yang mengelak dari mengambil ubat kerana bimbang risiko pada janin yang dikandung tetapi kita harus ingat bahawa anak di dalam kandungan hanya bergantung oksigen pada ibu.

Apa akan jadi sekiranya ibu tidak mendapat bekalan oksigen secukupnya? Bukan sahaja membahayakan nyawa ibu malah nyawa kedua-duanya sekali. Manfaat mendapatkan rawatan lebih besar dari mudarat.

Antara risiko yang bakal dihadapi oleh ibu hamil dengan serangan asma :

  1. Nyawa ibu dan bayi boleh terancam sekiranya asma menyerang kerana oksigen yang tidak mencukupi
  2. Risiko preeclampsia iaitu tekanan darah terlalu tinggi hingga menyebabkan kerosakan pada uri, buah pinggang, hati dan otak
  3. Perkembangan fizikal bayi di dalam kandungan yang terencat sehingga bayi yang dilahirkan bersaiz kecil dan mempunyai berat kurang dari 2500gm
  4. Kelahiran bayi pramatang yang belum mencapai usia 37 minggu usia kehamilan
  5. Risiko kematian bayi semasa atau selepas bayi dilahirkan

Apa Yang Ibu Perlu Lakukan Untuk Langkah Pencegahan?

  • Elakkan dari terdedah kepada faktor pencetus alahan seperti habuk, debunga, kulat, binatang, hama, lipas dan ubat-ubatan seperti aspirin atau beta blockers
  • Gunakan vacum penapisan semasa melakukan kerja-kerja pembersihan
  • Tukar cadar, sarung bantal dan sarung tilam dengan kerap bagi mengelakkan hama
  • Elakkan dari menggunakan bahan perangkap habuk di dalam rumah seperti karpet
  • Hadkan aktiviti di luar rumah di antara waktu 5 pagi hingga 10 pagi semasa debunga dan pencemaran berada pada tahap tertinggi
  • Basuh dan jemur bantal dengan air panas untuk membunuh hama
  • Elakkan dari memelihara binatang berbulu seperti kucing atau burung yang boleh mencetuskan alahan
  • Elakkan dari terdedah kepada cuaca yang terlampau panas dan terlampau sejuk
  • Jauhkan dari terdedah kepada asap rokok
  • Tingkatkan imuniti badan dengan makanan penguat sistem imun dan antioksida seperti Vitamin C
  • Amalkan pengambilan nutrisi tambahan yang membantu mengurangkan serangan serta mempertingkatkan rintangan badan melawan keradangan seperti Nutriferon dan Omega-3

Boleh juga baca artikel Kenapa Pentingnya Sistem Imun Yang Kuat Pada Pesakit Asma? Bagaimana Omega-3 Membantu Mencegah Asma

Alhamdulillah hanya sekali itu sahaja pengalaman mendapat asma kerana selepas itu saya sangat prihatin tentang kesihatan terutama di peringkat pencegahan. Selagi ada jalan untuk pencegahan itulah yang saya pilih.

Untuk kehamilan yang ketiga 3 tahun lepas saya memulakan dengan Nutrisi Sihat Ibu Hamil dan meneruskannya pula dengan pengambilan Nutrien Penting Semasa Berpantang. Ia amat-amat membantu saya mengekalkan kesihatan di peringkat yang terbaik samaada semasa mengandung, bersalin dan berpantang.

Semoga Allah memudahkan proses kehamilan, kelahiran dan berpantang anda semua apabila langkah pencegahan asma dilakukan dengan baik. InsyaAllah…

Semoga bermanfaat,

Aniey Yusoff

Rujukan :

http://www.webmd.com/asthma/tc/asthma-during-pregnancy-topic-overview

You may also like...

6 Responses

  1. abg jay says:

    asma antara penyakit yg perlu kan perhatian dan pemantauan sepenuhnya…..byk pantang larang dalam pemakanan dan persekitaran.
    abg jay recently posted…Buat Duit Dengan Affiliate Jvzoo.My Profile

  2. fidah shah says:

    Mencegah lebih baik dari mengubati. Ibu mengandung memang harus lebih perihatin terhadap perkara-perkara yang menyebabkan asma.
    Thanks for the info.
    fidah shah recently posted…Kenali Diri Melalui RambutMy Profile

  3. Kiera Sakura says:

    ohhh ada potensi ye kalau pregnant baru dapat asma. kena lebih alert kan
    Kiera Sakura recently posted…Sample FreeMy Profile

  4. Ibu3A says:

    itu la…semua org berisiko sebenarnya selagi ada pencetus kpd alahan tu..kena lebih jaga2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge