Bengkak Kaki Pada Ibu Mengandung Buat Ibu Sukar Berjalan

Mengikut kata orang2 tua, sekiranya kaki ibu hamil terlalu sembab dan bengkak itu mungkin petanda yang ibu itu hampir bersalin. Ada benarnya kerana kaki sembab dan bengkak selalunya terjadi di akhir trimester ke tiga kehamilan.

Perit juga rasa sebenarnya saat ni kerana rasa semua sendi dan otot seperti pedih dan sengal2, rasa berat, ngilu dan lenguh.

Kenapa Kaki bengkak ketika hamil?

Mengapakah buku lali dan jari kaki mengalami bengkak ketika kandungan sudah mencecah sembilan bulan? Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bengkak tersebut?

Apabila bayi semakin membesar, rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan.

bengkak kaki semasa hamil

Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut.

Ibu hamil mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam.

Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan ibu2 juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Bagaimanapun, jika ibu2 mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, segeralah berjumpa dengan doktor. Ini mungkin salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Panduan Berikut Mungkin dapat Membantu Mengawal Kebengkakan

  • semasa tidur atau berbaring sentiasa menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan. Ibu2 juga perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.
  • Elakkan menyilang kaki semasa duduk
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings). Stoking tekanan boleh didapati di farmasi
  • ibu2 dinasihatkan minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi
  • bersenam selalu terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman
  • Jika membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki
  • Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering
  • Elakkan kafein, kerana kafein juga dapat menyebabkan tubuh membengkak selama kehamilan. Sama dengan garam, kafein mengurangkan kadar cairan dalam tubuh. Ini kerana kafein menyebabkan peningkatan frekuensi buang air kecil dan mengganggu kemampuan alami tubuh untuk menyeimbangkan cairan
Sesuaikan kasut untuk dipakai, elakkan kasut atau sandal yang ketat

Sesuaikan kasut untuk dipakai, elakkan kasut atau sandal yang ketat

Masalah kaki bengkak ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus ibu2 melahirkan anak

Pengambilan nutrisi yang baik dan seimbang semasa hamil boleh membantu ibu2 sentiasa cergas dan bertenaga.

Set Shaklee Untuk Ibu Hamil

Set Shaklee Untuk Ibu Hamil

Antara yang dicadangkan :

1. B-compleks

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk

2. Ostematrik

Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

3. Vitalea

Vita-Lea adalah multivitamin. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia vitalea amat membantu.

4. Vitamin C

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

5. Omega Guard

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian boleh hubungi saya :

Aniey Yusoff

SMS/wasap : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

FB Page : Nikmat Hidup Sihat

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge