Berapakah Harga Untuk Nikmat Hidup Sihat?

Hari ini mungkin kita masih sihat Alhamdulillah..tetapi bagaimana sekiranya bangun pagi esok Allah datangkan ujian dengan menarik nikmat kesihatan kita? Sakit itu datang umpama ribut tapi pergi umpama semut. Diuji sedikit dengan batuk yang berterusan pun saya rasa sudah tak sanggup lagi, agaknya bagaimana dengan ujian Allah yang lebih besar lagi kepada mereka yang terpilih? Subhanallah..

Harga Sebuah Kesihatan

Hati begitu terkesan dengan beberapa info dari kawan-kawan yang memberitahu bahawa kenalan rapat mereka diuji dengan pelbagai sakit. Antaranya berita dari sahabat bahawa Ketua Guru Disiplin di sekolahnya baru didiagnos sebagai pesakit kanser tahap 4 dan sel kanser mula merebak ke seluruh badan termasuk paru-paru, juga dapat berita bahawa jiran saya diserang strok secara tiba-tiba yang hampir meragut nyawa dan boleh mengakibatkan lumpuh dan info yang paling terkesan hari ini adalah perkongsian dari suami pesakit ini. Allahuakbar!

Nikmat Sihat

Betapa duit dan emas yang kita ada harini tidak bernilai lagi pada saat kita diberi ujian sakit. Semuanya sanggup kita gadaikan demi nakkan kembali Nikmat Hidup Sihat. Apalah gunanya lagi harta apabila diri sudah terlantar sakit. Jadi selagi sihat ini, banyakkanlah mensyukuri nikmat kesihatan dan menjaga amanah tubuh badan kita dengan sebaiknya. Rajin-rajinlah kita menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat.

Jika perlu lakukan sedikit pelaburan maka berbelanjalah untuk sedikit keperluan badan dengan makanan kesihatan, vitamin atau supplement. Mencegah itu pasti lebih baik!

Jika belum bermula dengan sebarang vitamin, mulakanlah harini ini dengan vitamin paling asas untuk kesihatan kita iaitu Vitamin C, Multivitamin, B-compleks dan protien.

Vitamin Asas

 

Set Asas Kesihatan ini membantu :

  1. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  2. Memberikan tenaga untuk seisi keluarga
  3. Meningkatkan sistem imun
  4. Untuk kesihatan rambut, kulit, kuku, tulang dan otot

Semoga kita semua dikurniakan Allah dengan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari ujian sakit. Hargailah sebuah kesihatan sebelum kita sakit. Baca juga artikel Sihat Itu Nikmat Yang Harus Disyukuri

Aniey Yusoff

SMS/whatsapp : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

SID Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dan kawasan sekitar

You may also like...

2 Responses

  1. lebih baik mencegah daripada mengubati….kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit….
    berita semasa online recently posted…Sisa Pepejal Wajib Diasingkan Penduduk MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge