Cara Atasi Sembelit Berdarah Supaya Tak Pitam Tengok Darah

Kalau korang dah biasa alami sembelit dan rasa memang tak tahan tengok darah elok la teruskan bacaan artikel ni dan dapatkan tips bagaimana nak atasi masalah sembelit ni supaya tak melarat menjadi sembelit berdarah dan paling teruk kena buasir!

Tips Atasi Sembelit

Penyebab Sembelit Terjadi

  • Kurang minum air
  • Kurang makan makanan berserat
  • Menangguhkan hajat membuang air besar
  • Banyak mengambil makanan berlemak dan bergula
  • Penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan
  • Pengaruh hormon dalam tubuh seperti menstruasi dan mengandung
  • Kurang pengambilan vitamin C
  • Stress atau kemurungan yang kronik
  • Kurang bersenam
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit

Jangan main-main dengan sembelit. Tengok apa jadi dengan Pn. Khadeejah Hasmad ni

Akibat berhari-hari tidak membuang, najis akan menjadi kering dan keras seterusnya menyebabkan sembelit. Pada waktu ni akan terjadi luka pada bahagian dalam dubur (anal fissure) yang akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Inilah yang saya pernah alami sampaikan penuh satu mangkuk tandas dengan darah. Masa tu rasa nak pitam dan rasa nak mati dah aku..punya la rasa takut dan panik.

Selepas diperiksa oleh doktor di hospital nasib baik doktor bagitau belum peringkat terjadi buasir lagi. Apa lagi sejak dari itu memang amalkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan sembelit. Nak tahu apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan sembelit malah hilang terus?

Cara Atasi Sembelit

  1. Sila cukupkan keperluan minum air putih sebanyak 3 liter sehari. Air adalah agen terbaik mencuci bahan buangan dan membuang toksin. Sebelum ni agak culas jugak tapi sekarang sediakan satu botol 3 L dan usaha habiskan untuk satu hari. Baca juga entri Bahaya Kurang Minum Air
  2. Lebihkan makanan yang berserat seperti buah-buahan dan sayur hijau. Pisang atau tembikai memang terbaik untuk pelawasan.
  3. Sila jangan endahkan panggilan ke tandas. Bersegeralah tunaikan hajat
  4. Tidak kerap duduk atau berbaring untuk tempoh yang lama kerana boleh menyebabkan sembelit menjadi teruk
  5. Senaman membantu mengelakkan sembelit dengan melancarkan pergerakan usus secara sihat
  6. Mencangkung dalam keadaan semulajadi untuk memudahkan perkumuhan. Sekiranya menggunakan tandas duduk seeloknya tinggikan paras lutut semasa menggunakan tandas
  7. Amalkan pengambilan magnesium kerana magnesium meningkatkan kandungan air di dalam usus dan membantu proses peristalsis iaitu menolak makanan ke perut.

Nak tahu apa saya buat selain amalkan perkara di atas? Saya amalkan pengambilan Ostematrik. Sebab utamanya ia satu-satunya tablet kalsium yang lengkap dan paling seimbang dengan mengandungi formula unik mineral seperti kalsium, magnesium, boron, vitamin d, fosforus, kuprum, mangan dan zinc. Semua mineral ini perlu hadir bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Bila cek tablet kalsium lain belum ada lagi yang lengkap macam ostematrik ni tau!

Lagipun 4 biji Ostematrik setiap hari memang sangat memenuhi keperluan kalsium harian seorang wanita. 1 tabletnya menyamai khasiat segelas susu penuh kalsium dan 80 biji buah badam. Jadinya sejak berkenalan dengan oste ni semasa mengandung 2 tahun lepas memang tak pernah tertinggal mengambilnya sehingga sekarang. Manfaatnya bukan sekadar melancarkan pembuangan tetapi membantu ibu-ibu menyusu memenuhi keperluan kalsium mereka, membantu ibu berpantang mengelakkan sembelit dan bermanfaat mengurangkan kejang-kejang otot ibu hamil dan membantu tidur yang lena dengan merehatkan otot dan saraf. Baca juga entri Tips Atasi Kejang Otot Dan Sakit Badan Ibu Menyusu

Selamat tinggal masalah sembelit

Kalau korang ada niat nak elakkan buasir kerana sembelit berpanjangan amalkan 7 perkara di atas secara konsisten. Nak tablet Ostematrik? Saya boleh membantu!

Aniey Yusoff

sms/whatsapp : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Wangsa Maju, Sri Rampai dan kawasan sekitar

Rujukan : Magnesium and constipation

You may also like...

6 Responses

  1. fidah shah says:

    Thanks for the info.
    Tapi memang susah juga nak disiplinkan diri untuk minum air banyak.
    fidah shah recently posted…Best FriendMy Profile

    • Ibu3A says:

      bab2 disiplin ni mmg susah nk kekalkan tp bila sekali kena mmg selalu beringat la…asyik teringat botol air je kikiki..

  2. Buat Wanita says:

    ni kalau ngandung ni memang selalu kena 🙂 ... nice sharing 🙂
    Buat Wanita recently posted…Resepi Kek Red Velvet Tanpa Pewarna & Cara Buat Topping Cream CheeseMy Profile

  3. SaniYunus says:

    Kena jaga tabiat pemakanan, jika nak elakkan benda ni terjadi..
    SaniYunus recently posted…Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet/ Online?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge