Cara Buat Kuih Keria Kentang Ni Sangat Senang!

Sedap sungguh keria kentang ni tau! Ni pertama kali buat kuih keria kentang. Selama ni tak pernah terfikir ubi kentang pun boleh buat keria tau..dapat inspirasi lepas kawan cerita pasal kuih ni kat blog dia hihi..

Kuih keria memang menjadi kegemaran keluarga terutama suami. Tapi selalunya keria ubi keledek la kan.. Jadi kali ni saya ubah menu pulak memandangkan nak jugak merasa sedap ke kuih dari ubi kentang ni, selalu kentang buat goreng rangup atau letak dalam sup je 🙂

Nak buat dia pulak teramat la senang sama jugak dengan nak buat kuih keria keledek. Tapi dengan ubi kentang lagi senang!

Kuih Keria

Bahan-bahan :

Tepung gandum dalam 2 cawan

4-5 biji ubi kentang

garam sedikit

Gula

Cara nak buat :

Ubi kentang dibuang kulit dan dibersihkan lepas tu rebus dengan sedikit garam

Bila dh empuk, lenyek-lenyekkan ubi tadi

Campurkan tepung gandum, agak-agak sehingga adunan tak lembik sangat

Masukkan gula (saya tak buat sira gula jadi masukkan gula terus dalam adunan)

Bentuk-bentukkan bulat-bulat atau ikut suka hihi

Lepas tu goreng dan siap!

Sedap tau! Tak caya cuba buat 🙂 Alyaa, Affan dan Aimy tak sabar nak makan. Sekali harung dah habis…sapa lambat diaorang tinggalkan satu je hehe.

Boleh la buat lagi lepas ni

Aniey Yusoff

You may also like...

8 Responses

  1. sutoro says:

    hmmmm sedapnyee…
    pengen nyicip sekali rasanye….
    sutoro recently posted…Kode Bank Mandiri, Bri, Bca, Bni Lengkap Seluruh IndonesiaMy Profile

  2. zizie says:

    sedapnya.. tetiba rasa nak makan bila tengah free2 ni..

  3. Aisya says:

    Terliur pulak dah. Ni yg rasa mcm nk buat jugak ni. Hehe. Thnks for sharing. 🙂

  4. sue bee says:

    nak try buat ni..nampak mmg sedap dan SB dah mula rasa lapar
    sue bee recently posted…Pisang Goreng sedap dan rangupMy Profile

  5. Mummydearie says:

    Sayakan baru aje ‘melantak’ keledek. Sorang-sorang aje. Ingatkan seisi rumah teringin nak makan keledek rebus ke, keledek goreng ke, kuih keria ke, rupa-rupanya saya aje syok sendiri macam selalu. Tapi bab keria kentang ni pun saya first time dengar. Saya ni memang peminat kentang tegar, apa aje ada kaitan dengan kentang, memang kentang saya taram dulu. Boleh cuba ni. Takpalah kalau kali ni pun saya syok sendiri sebab bab kentang saya tak kisah!
    Mummydearie recently posted…Welcome August! I’m back ~_^My Profile

  6. Farrah MF says:

    Menarik nih! Tak pernah rasa lagi keria kentang. Boleh cuba 🙂
    Farrah MF recently posted…Jom Cuba Nasib – Tetamu Terhebat JulaiMy Profile

  7. Tak pernah lagi makan kuih keria kentang. Tapi memang nampak sedap dan menarik. Mesti rasanya ala-ala bergedel.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted…2 Tahun Penyusuan Terindah – Arif – Bahagian 1My Profile

  8. Yaya says:

    wahh ^_^
    Yaya recently posted…BERTAMBAH 1 TAHUN..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge