Cara Mengatasi Kebas Tangan Pada Ibu Hamil

Pernah tak mengalami situasi tiba-tiba tangan terasa kebas yang amat sehingga hilang deria rasa pada tangan tersebut dan rasa ingin sahaja dicabut dan dibuang tangan itu berikutan tidak dapat menahan rasa kebas tadi. Rasa kebas yang disusuli dengan rasa mencucuk-cucuk dan dirasakan umpama tangan telah lumpuh.

Sebenarnya keadaan ini adalah dinamakan “carpal tunnel syndrome” yang sering berlaku pada pekerja yang sering menggunakan pergerakan tangan yang berulang-ulang seperti eksekutif pemprosesan data, programmer komputer atau sesiapa sahaja yang kerap bekerja memerlukan pergerakan tangan.

Rasa kebas yang mencucuk sehingga rasa seperti lumpuh

Situasi ini juga boleh terjadi pada ibu hamil terutama pada semester kedua kehamilan. Ini kerana mereka mengalami pertambahan berat badan akibat pengumpulan air dalam badan. Jika ibu hamil kerap menggunakan tangan sewaktu bekerja ini akan meninggikan lagi risiko untuk mengalami kebas tangan.

Sebab Berlakunya Carpal Tunnel Syndrome – CTS

  • pergerakan pergelangan tangan yang berulang dan berpanjangan seperti menaip
  • Hipotirodisme (kurang hormon tiroid)
  • Obesiti dan diabetes
  • Rheumatoid arthritis (radang sendi)
  • mengandung

Cara Mengurangkan Risiko Kebas Tangan

Keadaan kebas tangan ini mungkin akan hilang setelah melahirkan anak atau mungkin berpanjangan setelah habis nifas. Bagaimana pun merujuk kepada Doktor dan Pakar Orthopedik adalah jalan terbaik sekiranya tidak dapat menahan sakit dan mengalaminya secara berterusan.

Mengamalkan cara berikut mungkin dapat mengurangkan rasa sakit dan kebas tersebut :

  • mengurangkan pergerakan tangan yang memerlukan kekuatan tangan dan pergerakan berulang-ulang.
  • memakai wrist atau hand braces ketika bekerja dan untuk sokongan semasa tidur
  • elakkan menggenggam benda yang berat dan bergetar
  • berhenti merokok dan elakkan menghidu asap rokok
  • kurangkan minuman berkafein
  • elakkan tidur beralaskan tangan
  • melakukan senaman regangan
  • mengurangkan berat badan
  • makan makanan yang lengkap kandungan nutrisi
  • amalkan pengambilan vitamin B6
Antara senaman regangan yang boleh dilakukan

Pengambilan Nutrisi Sihat Semasa Hamil

Mengapa pentingnya pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang pada ibu hamil? Sewaktu hamil, ibu perlu lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan nutrisi untuk menyediakan keperluan pada janin yang dikandung.

Sebagai contoh keperluan kalsium dan vitamin B pada ibu, janin yang sedang membesar sangat memerlukan nutrisi ini untuk pembentukan tulang dan saraf yang lengkap. Kekurangan pada nutrisi ini pada si ibu akan meninggikan risiko kekurangan atau kecacatan pada bayi.

Pengambilan nutrisi ini daripada bayi akan mengurangkan penyimpanan pada si ibu. Akibatnya si ibu pula yang akan mula mengalami simdrom penyakit seperti osteoporosis, cepat letih, sakit tulang belakang, kejang kaki, keguguran rambut, anemia dan tekanan darah rendah.

Sebab itu keperluan nutrisi yang mencukupi semasa hamil tersangatlah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi untuk kesihatan sepanjang kehamilan. Ibu yang sihat melahirkan bayi yang sihat.

Saranan nutrisi dari yang terbaik untuk ibu dan bayi.

Set Kehamilan Shaklee menawarkan kelengkapan nutrisi untuk ibu dan bayi sejak awal kehamilan sehingga proses bersalin. Antara yang ada di dalam set ini dan memberi manfaat untuk saraf dan tulang adalah :

Aniey Yusoff

SMS/Whatsapp : 0137773122

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.