Cara Menjaga Kesihatan Tulang Dan Cegah Osteoporosis Sebelum Tulang Mereput

Kita tidak akan tahu serapuh mana tulang kita sehinggalah apabila kita terjatuh walau hanya sekadar tersepak bucu meja atau bendul dan tiba-tiba kecederaannya agak parah bila kaki atau tangan kita langsung patah riuk. Semacamnya agak tidak logik kerana hanya sebab yang kecil habis tulang-tulang kita yang berderai.

Bila tulang kita sudah reput maka dengan hanya perlanggaran kecil kemudian terjatuh sudah cukup untuk menjadikannya patah atau retak. Umpama kaca retak menanti berderai sahaja.

Inilah yang akan terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan antara pembinaan tulang baru dengan kehilangan jisim tulang. Ibarat ‘pengeluaran melebihi pembuatan’. Kita akan mengalami kehilangan jisim tulang apabila kita berusia dan proses ini menjadi semakin cepat apabila kita tidak memenuhi ‘bank’ kalsium dan fosfat sebelum mencapai usia 30 tahun.

Walaupun seseorang itu mendakwa bahawa tulangnya kuat ibarat ‘tulang dawai urat besi’ sekalipun, dia tetap terdedah kepada risiko osteoporosis kerana manusia secara semulajadinya akan mengalami kehilangan jisim tulang selepas usia 30 tahun. Jika sekiranya sebelum mencapai usia 30 tahun lagi kita memang tidak mengambil kalsium dan fosfat dalam kadar yang mencukupi maka risiko untuk terdedah kepada osteoporosis akan menjadi besar.

Sedar tentang betapa besarnya manfaat kalsium untuk tulang maka KakNi tidak pernah meninggalkan pengambilan kalsium dalam diet seharian. Apakah osteoporosis dan bagaimanakah cara untuk mencegah osteoporosis?

Osteoporosis

Osteoporosis adalah penyakit sistemik di mana tulang menjadi lemah dan rapuh menyebabkan kadang-kadang dengan hanya aktiviti membongkok, mengangkat barang atau batuk boleh menyebabkan keretakan.

Kekuatan tulang adalah bergantung kepada ketumpatan tulang dan ini bergantung kepada tahap kandungan garam kalsium, fosforus dan lain-lain garam dalam tulang. Apabila tahap kandungan garam ini menjadi kurang, tulang akan menjadi lemah. Aktiviti seperti berenang, pilates dan berlari boleh membantu untuk menguatkan tulang dan boleh menghindarkan osteoporosis.

Selepas putus haid, tahap hormon estrogen menurun. Ini menyebabkan kadar pelupusan tulang  meningkat sebanyak 1-3 % setahun dan proses ini akan berterusan. Bagi lelaki kadar pelupusan tulang bermula agak lambat berbanding wanita tetapi akan menjadi sama dengan kaum wanita selepas umur 65 tahun. Dalam usia yang lanjut wanita mungkin akan kehilangan sehingga 35-50 % ketumpatan tulang manakala lelaki akan kehilangan sekadar 25-35% sahaja.

Untuk mencegah osteoporosis sama ada anda berusia bawah 30 tahun atau sudah melepasi usia 30 tahun, jangan abaikan cara berikut :

  • Cukupkan nutrisi dalam diet seharian kita, lengkap semua yang diperlukan tubuh
  • Banyakkan aktiviti fizikal
  • Ubah tabiat merokok
  • Kurangkan pengambilan kafein
  • Mengambil supplement membina tulang bagi menyokong segala usaha di atas

 

Kenapa perlu memilih Ostematrik dan Collagen?

Ostematrik memang menguatkan tulang tetapi ia perlukan mineral-mineral penting yang lain untuk melekatkan matriks-matriks tulang. Umpama batu-bata yang perlukan simen untuk melekat antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan supplement untuk tulang ini boleh dibeli secara online melalui link di bawah ini :

Pengedar Shaklee Wangsa Maju Keramat AU

Atau segera hubungi KakNi untuk dapatkan konsultasi eksklusif :

Aniey Yusoff

ID : 887558

Sms/Whatsapp : 0137773122

COD : Wangsa Maju Keramat AU

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge