Gempar!! Akibat Kurang Kalsium Tubuh Kejang Tangan Mengerekot Secara Tiba-tiba

Seluruh warga kerja di sebuah kilang membuat aircond di Shah Alam gempar hari ini kerana salah seorang pekerjanya bernama Anita tiba-tiba pengsan di tempat kerja. Seluruh tubuhnya seakan akan kejang. Giginya terkancing dan tangannya mengerekot seperti bentuk ketam. Matanya sekejap terbuka dan sekejap tertutup.

Rakan-rakan sekerja beramai-ramai membawa Anita ke klinik. Di klinik, Doktor melakukan pemeriksaan dan memasukkan cecair intravena dan suntikan vitamin mengandungi kalsium.

Beberapa minit kemudian tubuh Anita yang kejang mula lembut semula. Dia kembali bercakap seperti biasa dan jemari tangannya yang bengkok mula lurus dan normal semula.

Sebenarnya apa yang terjadi pada Anita? Keadaan yang dialami oleh Anita adalah disebabkan kurangnya kalsium dalam badan. Kalsium penting sebagai garam yang membantu merehatkan otot. Tanpa cukup kalsium otot boleh menjadi cepat lenguh dan kejang.

image

 

Kalsium boleh hilang dengan cepat dari tubuh apabila seseorang melakukan aktiviti sukan atau kerja yang melampau tanpa cukup rehat. Makan minum yang tidak cukup kalsium juga menyebabkan kalsium kurang dalam darah seseorang.

Dalam kes Anita ini besar kemungkinan kemurungan dan kesedihan membuatkan dia kurang makan lalu mengganggu aktiviti kalsium dalam badan.

Mengenali Apa Itu Kalsium

99% dari kalsium pada tubuh kita dijumpai dalam tulang dan gigi. Ia merupakan zat penting dalam diet manusia. Apabila kita makan makanan berkalsium hanya 20-40% kalsium sahaja yang akan diserap ke dalam tubuh kita.

Penyerapan kalsium banyak bergantung kepada keadaan usus yang sihat serta kehadiran vitamin B12, D, C dan fosforus. Ini menyebabkan terjadinya keadaan seseorang mempunyai kurang kalsium meskipun memakan makanan berkalsium tinggi, kalsium juga mudah dikeluarkan dalam air kencing.

Makanan Tambahan Kalsium

keperluan seharian yang disyorkan berubah-rubah daripada 1000-1500 mg, bergantung kepada peringkat usia. Kebanyakkan pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan kalsium tidak harus melebihi 500mg pada satu-satu masa kerana jika terlalu banyak kalsium diambil ia akan dikumuhkan dari tubuh dan akan meninggikan risiko batu karang akibat enapan mineral.

Fungsi Kalsium

1. Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi dan keperluan kalsium harus dipenuhi sepanjang hayat. Keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan seperti di peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.

2. Kalsium merangsang pengecutan dan kerehatan otot, kekurangannya menyebabkan otot menjadi kejang dan salah satu tanda kekurangan yang melampau ialah simptom yang dinamakan tetani. Mereka yang mengalami tetani mengalami ketegangan pada otot jari tangannya sehingga mengerekot seperti ketam dan ada kalanya kancing gigi. Ia boleh dipulihkan dengan pemberian kalsium dengan serta merta

3. Kalsium memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang janin dalam kandungan. Kekurangannya boleh mendatangkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

4. Kalsium mempercepatkan penyembuhan luka dan konduksi impuls elektrik dalam saraf kita. Ia juga penting bagi membolehkan vitamin A, C dan fosforus bekerja dalam sel kita.

5. Kanak-kanak yang sedang membesar sangat memerlukan kalsium. Kekurangan kalsium boleh menjadikan kanak-kanak terbantut tumbesarannya, tidak berselera makan, menjadi cirit-birit dan mudah demam.

6. Kekurangan pada peringkat remaja menyebabkan mereka mendapat akil baligh yang lambat serta gangguan dalam kitaran haid.

7. Kalsium boleh membantu kita memperoleh tidur yang nyenyak kerana ia merehatkan otot dan saraf. Oleh itu, mereka yang sukar tidur atau insomnia digalakkan mencukupkan keperluan kalsium dalam diet seharian mereka.

8. Bagi wanita menopaus kekurangan hormon dari ovari boleh menyebabkan penyerapan kalsium terbantut dan wanita menjadi letih dan lesu. Justeru itu, pengambilan kalsium bagi wanita yang sudah menopaus adalah satu keperluan yang terbaik

Mengenali Ostematrik Shaklee Yang Jauh Berbeza Dari Yang Lain

Tablet kalsium shaklee dikenali dengan nama Ostematrik. Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapan  adalah 99%.

Dengan formula unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

ostematrix-dan-info-80-bj-badam

Manfaat Ostematrik Yang Ohsem!

 

Manfaat Utama Ostematrik

1. Menguatkan tulang – kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat

2. Mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas – pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis

3. Meringankan stress – ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls sataf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood wing, sakit kepala dan pitam

4. Memperbaiki masalah haid – kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh – kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

7. Vitamin D – ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan rangka, memperbaiki penyakit periodontal.

8. Magnesium – ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot

9. Zinc, boron, manganes, kuprum – memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yg diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis

Bagaimana Memilih Kalsium Yang Terbaik?

1) pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium

2) elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum

3) elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral

Amakan pengambilan Ostematrik hari ini untuk mengelak kejang badan dan tangan mengerekot!

Love,

Aniey Yusoff

sms/wasap : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar

Pos : seluruh malaysia

You may also like...

2 Responses

  1. Sani says:

    Ooo boleh juga diatasi masalah ini dengan pengambilan makanan tambahan ya?
    Sani recently posted…MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAYMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge