Inilah 13 Sebab Kenapa Set Bersalin Semulajadi Ini Menjadi Pilihan Ibu-ibu Di Malaysia

Banyak betul pilihan set bersalin sekarang kan? Saya pasti ramai ibu-ibu yang pening dan tak tahu bagaimana nak memilih set bersalin yang terbaik dan apa kriteria set bersalin kalau nak membeli. Terutama sekali bagi ibu-ibu yang baru pertama kali nak bergelar ibu.

Tapi kan famous betul Set Berpantang Shaklee ni. Asal pegi mana-mana macam di klinik, hospital dan jumpa ibu mengandung dan selepas berborak beberapa ketika dapat tahu yang ibu itu mengambil Set Hamil Shaklee dan meneruskannya sehingga berpantang (ramah menegur ibu-ibu hamil hihi). Dalam hati gembira kerana ibu-ibu sekarang bijak memilih yang terbaik untuk diri dan bayi dalam kandungan.

Haritu ziarah 2 rakan suami yang isterinya baru lepas bersalin, bila ternampak botol-botol shaklee tau dah yang diaorang mengambil set berpantang ini. Famous betul kan 🙂

Pengalaman 2 kelahiran sebelum ini saya menggunakan set bersalin tradisional iaitu Nona Roguy. Memang terbaik jugak tapi saya banyak membazir sebabnya banyak yang tak terdaya nak telan dan minum dek kerana bau dan rasa herbanya itu hukhuk..serius membazir.

Bersalin kali ke 3 saya hanya mengambil set berpantang shaklee sahaja di samping jamu dan minyak urut kampung. Dan untuk bersalin yang ke 4 ini semestinya saya memilih shaklee jugak. Nak tahu tak kenapa saya dan ramai ibu-ibu memilih set yang berasaskan semulajadi ini?

Set Berpantang Best

1. Sambung Dari Set Hamil Shaklee

Kalau nak tahu set berpantang shaklee hanya vitamin yang sama sahaja dengan set hamil shaklee cuma ada beberapa penambahan vitamin lain sahaja dari yang vitamin asas B-compleks, Vitalea, Ostematrik, ESP dan Vitamin C. Untuk set bersalin hanya tambah Zinc, Omega dan Alfalfa sahaja. Sesuai dengan fungsinya untuk penyembuhan luka dan merangsang penghasilan susu ibu serta melancarkan aliran darah.

Ramai jugak pilih set hamil shaklee ni. Sebab boleh jadi macam Pn. Ainul Mustafa ni

2. Sembelit Tak Ada

Sebelum ni ngeri sangat bila bab nak ke tandas. Mau taknya, sembelit menghantui sampaikan risau jahitan terbukak huhu hinggakan berejam duk dalam tandas. Selepas amal Ostematrik dan Alfalfa memang tak payah risau pasal sembelit lagi. 4 biji oste sebelum tidur dan 3 biji alfalfa pada siangnya membuatkan pagi-pagi bangun tu mesti menyahut seruan ke tandas dengan aman dulu hikhik 🙂

Boleh baca juga Nak Pitam Tengok Darah Semasa Sembelit

Sembelit sewaktu berpantang? Serik nak mengandung lagi!

3. Badan Rasa Sihat Dan Bertenaga

Tempoh berpantang selalunya amat meletihkan terutama bagi saya yang berpantang sendiri dengan bayi dan anak kecil yang lain. Tambah pulak apabila kena berjaga malam. Tapi alhamdulillah dengan bantuan set berpantang shaklee ni saya jadi lebih sihat dan cergas sampaikan orang tegur tak nampak macam orang berpantang pun 🙂

4. Bantu Banyakkan Air Susu

Alhamdulillah..anak ke 3 saya berjaya menyusu badan dengan jayanya. Memang ada beza pengambilan set ini berbanding sebelumnya tambah pulak dengan ilmu tentang penyusuan. Boleh baca jugak Tips Bagaimana Nak Berjaya Dengan Penyusuan Susu Ibu dan Panduan Penyusuan Berjaya Bagi Yang Baru Bergelar Ibu

Apa kata Pn.Farah Wahida

5. Lenguh Dan Sakit Badan Hilang

Satu lagi part yang paling best adalah lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan yang hilang dan tak terasa sangat walau seharian penat menguruskan bayi dan tidur tak menentu. Ostematrik sangat membantu! Boleh baca juga Tips Nak Hilangkan Lenguh Badan Apabila Anak Menyusu Sepanjang Malam

Kita ada Pn.Ida Khairani di sini. Apa ceritanya?

6. Selamat Dan Tak Ada Effect Untuk Baby

Kalau sebelum ni takut-takut nak ambil yang berasaskan jamu selagi bayi belum melepasi fasa kuning. Kerana macam kita tahu pengambilan jamu dan herba yang panas boleh menyebabkan kuning bayi semakin meningkat. Herba yang panas jugak boleh akibatkan bayi cirit-birit. Saya cuma mengambil jamu hanya selepas hari ke 30. Tapi berbeza dengan pengambilan vitamin dalam set berpantang shaklee sebab semuanya selamat untuk bayi dan tidak mendatangkan kesan kepada bayi.

7. Luka Baik Dengan Cepat

Pengambilan zinc, vitamin c dan ESP sangat membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran. Luka cepat kering dan jahitan juga cepat baik.

8. Dapat Bonus Kurus!

Eh macam best je! Macam mana makan set bersalin boleh jadi kurus? Di sini pengambilan Omega, ESP dan Alfalfa sangat membantu ibu-ibu untuk kurus. Tak percaya?

Cuba tanya Pn. Salwa Saleh ni 🙂

9. Kulit Jadi Licin Dan Parut Hitam Hilang!

Masa mengandung saya mendapat alahan kulit yang sangat teruk. Kulit saya jadi gatal-gatal dan bertukar warna kehitaman terutama di perut, leher, ketiak, peha, lengan dan kaki. Tapi pengambilan ESP dan vitamin C sangat baik untuk kulit. Dengan kehadiran protien dan kolagen ia membantu kulit saya jadi licin, putih dan hilang warna kehitaman itu.

Boleh baca artikel Alahan Kulit Semasa Hamil Yang Merimaskan

10. Boleh Amal Sebaik Selesai Bersalin

Masa bersalinkan anak yang ketiga, saya angkut sekali tong ESP ke hospital hihi..keluar sahaja labour room terus kacau secawan ESP untuk kembalikan tenaga setelah berpenat meneran semasa bersalin tadi. Juga B-compleks untuk bantu tambahkan darah yang banyak hilang. Dari usai bersalin memang dah boleh amik set bersalin ni.

11. Tak Membazir

Membazir? Memang tak la sebab semuanya tablet dan kalau minum pun rasanya best je dan langsung tak ada bau herba itu hihi..tambah pulak sepanjang masa boleh makan bukan waktu berpantang sahaja. Teruskan saja sampai ke fasa penyusuan dan seterusnya 🙂

12. Fungsinya Setanding Tradisional

Mana-mana set bersalin pun mesti menekankan fungsi untuk memulihkan kesihatan dalaman dan luaran ibu-ibu kan? Sama juga dengan shaklee, ia membantu memulihkan kesihatan ibu-ibu dalaman dan luaran, mengurangkan stress, melancarkan aliran darah, memulihkan luka, membantu melancarkan susu ibu dan banyak lagi. Tapi kalau nak ditambah dengan set tradisional pun tidak ada yang salahnya asalkan betul cara aturannya 🙂

13. Bantu Kurangkan Bengkak Susu

Bengkak susu semasa berpantang boleh membuatkan ibu-ibu demam tau! Selain dari cara tradisional bagi mengurangkan bengkak susu Lecithin sangat membantu ibu-ibu mengurangkan bengkak susu.

Semua kebaikan ini akan ibu-ibu dapat apabila mengamalkan Set Berpantang Shaklee! Saya sedia membantu!

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

SMS/whatsapp : 013.777.3122

SID Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dan kawasan sekitar

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge