Jom Semak Kalori Makanan Popular Hari Raya

Menjelang raya yang bakal tiba pasti ramai sudah terbayang-bayang pelbagai makanan yang enak di pagi raya. Bagi yang berdiet, ramai yang mengatakan “habis la diet aku sepanjang raya ni”
Sebenarnya korang tak perlu risau, ada banyakk cara lagi untuk kuruskan badan yang penting korang tekad dan kuat semangat. Dan jangan malas bersenam sikit. Bersenam tak wajib pun untuk kuruskan badan tapi ia membantu mempercepatkan usaha kita untuk kurus. Untuk kurus kita perlukan pengawalan dalam makanan dan sedikit senaman.
Punca utama masalah kegemukan adalah pengambilan kalori berlebihan oleh tubuh. Oleh itu penting untuk mereka yang berdiet mengawal jumlah kalori makanan yang mereka makan dan membakar lebihan kalori dengan senaman.
Panduan Kalori
Secara purata, jumlah kalori yang diperlukan oleh seorang lelaki dan wanita dewasa di Malaysia dalam sehari ialah :
Lelaki : 2250 kalori
Wanita : 1800 kalori

Bagaimana Nak Berdiet Dengan Makanan?

Melalui perkongsian kevinzahari.com

Tip-tip diet dan pemakanan

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperluan kalori seharian kita.
  4. Elakkan kalori daripada minuman. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, korang boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
  5. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  6. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  7. Segenggam tangan karbohidrat. Samada korang makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  8. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  9. Kawal nafsu makan. Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang.

Panduan Kalori

MAKANAN SAIZ HIDANGAN KALORI
Ketupat 1 Biji (80g) 88
Ketupat Palas 1 Biji (80g) 124
Lemang 1 Potong (Sederhana) 82
Lontong with sayur 1 Mangkuk 350
Soto Ayam 1 Mangkuk 403
Laksa 1 Mangkuk 550
Serunding, Beef (Daging) 55g (1 genggam kecil) 200
Serunding, Ayam 55g 180 55g (1 genggam kecil) 180
Rendang, Ayam 1 ketul dgn kuah 148
Rendang, Daging 2 potongan daging sederhana dan kuah sikit 112
Nasi Putih 1 Genggam Tangan 150
Nasi Briyani 1 Pinggan (2 genggam) 487
Nasi Himpit 5 Potong 150
Mee-hun Goreng 1 Pinggan kecil 295
Teh Tarik 1 Gelas 90
Nescafe Tarik 1 Gelas 100
Kopi O Kosong 1 Gelas 2
Soft Drink 1 Gelas 85
Air Kosong 11 Gelas 0
Air Sirap 1 Gelas 85
Kui Tart Nanas 1 Tart Kecil 50
Biskut Raya (secara am) 1 Biskut 25
Dodol 1 Biji 71
Kuih Lapis 1 Potong 132
Tapai Pulut 1 Biji 134
Ice Cream 1 Scoop Biasa 95
Kurma 1 Biji (Besar) 60
Cheese Cake 1Potong Sederhana 240
Kek Koklat (Fudge) 1Potong Sederhana 250
Kek Koklat (Sponge) 1 Potong Sederhana 180
Tak sempat nak catit dah brapa kalori korang makan? Maka haruslah banyakkan membakar kalori selepas ini.
“Pada dasarnya, kita tidak mengetahui cara lain untuk membakar lebih banyak kalori  atau meningkatkan metabolisme tubuh selain dengan lebih banyak bergerak,” ungkap Barry M Popkin, PhD, Direktur Program Interdisipliner Obesitas di Universitas North Carolina.
 Jadi banyak-banyakkanlah melakukan gerakan ye!
~Aniey Yusoff~

You may also like...

4 Responses

  1. Cikna says:

    Huishhh,bnyknye kcl utk laksa tu, dh bedal 2mangkuk laksa ni….. Terasa bdn berat kena la exersice lebih ckit.. Jom join GA cikna.;-)
    Cikna recently posted…GA CINTAN CINTUN by CIKNA136My Profile

  2. masa raya ni , org dah gasak je apa ada depan mata . maklumlah dah menahan lapar sebulan kan . sebenarnya , apa pun yg kita mkn biarlah berpada … berhenti sebelum kenyang ikut sunnah Rasulullah .
    Cetusan Minda recently posted…Puasa Enam Mana Lebih AfdalMy Profile

    • Ibu3A says:

      Betul la tu…apa2 pun berpada2 la dalam makan kan..jgn main balun je sampai kenyang xleh bangun macam esok dah xde makanan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.