Kami Beraktiviti Di Renal Park Jelebu

Assalamualaikum..amik aura dan semangat baru jadi entry ni untuk bagi naikkan semangat berentry lagi dan lagi..

Semalam kami satu family, abah mertua, mak mertua serta keluarga adik ipar dua orang ke Renal Park Jelebu. Tak penah dengar pun pasal tempat ni. Kami sebenarnya anak-anak hanya ikut abah pegi reunion sekolah rendah abah. Dan owner Renal Park ni kawan satu sekolah abah.
Kami mengikut je la sebab abah tunjuk gambar boleh mandi sungai. Boleh la bawak anak-anak kami mandi sungai sekali. Memang itu je la tujuan utamanya hihi…
Bila sampai, rupanya banyakkk lagi aktiviti lain yang boleh buat kat sini. Bukan takat mandi sungai sampai kecut je hehe
Ada atv ride (baru tau nama motor ni hihi), paint ball, memanah..pendek kata memang best la untuk penggemar aktiviti lasak.
renal park4

Muka penat baru sampai…macam jauh benor perjalanannya dari KL hihi

Breakfast kami sesampainya di Renal Park. Bestnya ubi rebus cecah kelapa gaul gula melaka ni. Lama tak makan.
 jelebu
Lepas makan apalagi, mandi la sampai kecut..
renal park6
Kalau korang gemarkan aktiviti outdoor dan nak beriadah bersama family. Boleh cuba ke sini. Kebetulan kitaorang pergi tu musim buah rambutan..apalagi makan rambutan la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge