Kebaikan Vitamin C Sustained Release Untuk Kulit Putih Tanpa Jeragat

Zaman sekarang ni semua orang nak putih kan. Dan vitamin c antara yang paling popular yang dikaitkan dengan kulit yang putih. Vitamin c antara vitamin paling asas sekali untuk kesihatan. Rasanya paling korang tak nak makan vitamin atau supplement pun amik la Vitamin Asas ni iaitu vitamin c.

Sejak saya kenal dengan vitamin c memang tak pernah terlupa untuk mengambilnya setiap hari. Baca Pengalaman terhebat saya bersama vitamin c

jeruk

Adakah Cukup Sekadar Mengambil Buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum.

Buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin c yang sedikit. Kandungan vitamin c pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Amalan Gaya Hidup Yang Menyusutkan Kandungan Vitamin C

  • Merokok ~ 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c
  • Tekanan dan keresahan
  • Kontraseptif dan pengambilan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin c dengan banyak

Tips Memilih Supplement Vitamin C

  1. Makanan tambahan vitamin c yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari
  2. Ia harus mengandungi kompleks bioflavanoid
  3. Kanak2 mungkin lebih sukakan vitamin c dalam bentuk boleh kunyah

Vitamin C Shaklee Dengan Teknologi Sustained Release

Sustained Release bermaksud perlepasan perlahan-lahan iaitu satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3-6 jam.

“Sains pembebasan berterusan secara semulajadi” vitamin c ini telah direka oleh shaklee. Setiap tablet vitamin c mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

Ujian klinikal membuktikan vitamin c didalam 2 tablet vitamin shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Diperkaya Dengan Bioflavanoid

Antara kelebihan bioflavanoid yang ada dalam vita-c plus Shaklee :

  • Supaya vitamin c digunakan dengan optimum di dalam badan manusia
  • Memperlahankan pemusnahan vitamin c yang berlaku sangat cepat dalam badan manusia (vitamin larut air)
  • Meningkatkan keberkesanan vitamin C sebagai antioksida yang kuat

Manfaat Utama Vitamin C Shaklee

1. Membentuk kolagen ~ merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan ~ kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun ~ membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zar besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser ~ satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel2 kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel2 kita.

5. Mencantikkan Kulit ~ pengambilan vitamin c setiap hari mampu menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama masalah jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia ~ memperbaiki insomnia, stress serta masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat ~ ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Bagaimana Vitamin C Mampu Mencerahkan Kulit

  1. Menyekat pembentukan jeragat atau tompok hitam
  2. Meningkatkan pengeluaran kolagen yang mampu mengurangkan kedut
  3. Meningkatkan daya tahan kulit pada bakteria
  4. Meningkatkan keupayaan kulit terhadap sinar UV B yang merosakkan

Testimoni Pengguna

Teruja tak korang tengok pengguna vitamin c ni?? Perkongsian dari seorang sahabat yang mengamalkan pengambilan vitamin c selama 11 bulan. Sangat wow kan?

 

Screenshot_2014-11-04-15-40-49

 

Screenshot_2014-11-04-15-51-42

Kesimpulannya, pengambilan vitamin c amat penting bagi wanita yang amat menitik beratkan kecantikan. Vitamin C shaklee dengan harga RM92.50 sebotol mengandungi 180 biji tahan sehingga 6 bulan. Hanya RM 0.52 sebiji. Tidakkah ia berbaloi dengan manfaat yang begitu banyak, vitamin yang selamat dan teknologi sains yang hebat hanya untuk kebaikan kita?

Hubungi saya,

Aniey Yusoff  ~ penggemar vitamin c semulajadi (dulu makan sebiji sekarang makan 2 biji hihi)

SMS/WASAP 013.777.3122 @ emel : aniey434@yahoo.com

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge