Kerana Kekurangan Asid Folik Bayi Menderita Tulang Belakang Terbuka

Sewaktu mengemas majalah-majalah lama terpandang PA&MA lama tahun 2007. Tapi isunya sangat menyentuh hati seorang ibu. Dan mungkin dipandang ringan oleh ibu-ibu masa kini. Kisah seorang ibu yang anaknya menderita hidap tulang belakang terbuka atau dalam terma perubatan dikenali sebagai spina bifida.

image

 

Menurut Noraini, ibu bayi ini, sewaktu hamil dia tidak lalu makan apa sahaja termasuk suplemen tambahan yang diberikan doktor. Dia mabuk sehingga saat nak bersalin. Rupanya kekurangan pengambilan asid folik memberikan kesan sangat besar apabila salah seorang kembar dalam kandungannya meninggal dunia manakala seorang lagi kembar disahkan doktor mempunyai masalah tumbesaran tidak normal.

Puan Noraini Bersama Anaknya - Pa&Ma 07

Puan Noraini Bersama Anaknya – Pa&Ma 07

 

Anaknya dilahirkan dengan masalah tulang belakang terbuka dan ia cukup berisiko tinggi kerana boleh membuatkan air di kepala bertakung dan saiz kepala menjadi besar berbanding normal.

Bayi Noraini juga mengalami ketidaksempurnaan pada kepala dan bahagian mulut. Congenital hydrocephalus dan cleft palate. Beginilah nasib si kecil yang menjalani pembedahan demi pembedahan bagi membetulkan tulang belakang.

Kenali Asid Folik

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia juga dikenali sebagai vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, buah, yis dan ekstrak daging lembu.

Mengapa Ibu Hamil Sangat Perlukan Asid Folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem saraf (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.

Dos yang perlu diambil bagi wanita biasa ialah 400 microgram sehari. Bagi wanita yang hamil pula ialah 600-800 micrograms.

B-compleks Shaklee Dengan Asid Folik

Para saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B-compleks shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b-compleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil B-compleks setiap hari.

Manfaat Utama B-compleks

1. Menukar makanan kepada tenaga – bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat, dan protien kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan

2. Melawan tekanan – memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus melegakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu tumbesaran – menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan , kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang bayi

4. Rambut beruban dan gugur – membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata – mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus

6. Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut

7. Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

8. Mencegah perlcche – dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau

9. Detoksifikasi – meredakan alahan

Ibu-ibu sekalian jangan kita abaikan pengambilan asid folik sewaktu hamil bagi mengelak risiko kecacatan bayi. Paling senang ambil sahaja B-compleks shaklee yang lengkap dengan asid folik!

Salam Sayang,

Aniey Yusoff ~ ibu3A sms/wasap 013.777.3122

#nikmathidupsihat

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge