Ketahui Rahsia Khasiat Kurma Yang Tidak Ada Pada Buah Lain

Menjelang Ramadhan, kurma atau tamar amat popular di negara kita namun berbeza dengan negara Timur Tengah yang mana kurma sentiasa popular tidak mengira masa. Buah ini disebut sebanyak 21 kali di dalam Al-Quran .

Mengapa Kurma Sangat Penting Ketika Bulan Puasa?

  • kandungan glukosa di dalam kurma sangat tinggi iaitu sehingga 63%
  • jadi ia mudah untuk dihadam dan mengurangkan rasa lapar
  • mengambilnya selepas berbuka membantu perut bersedia menerima makanan selepas seharian berpuasa

Manfaat Kurma

Manfaat Dan Khasiat Kurma 

1. Kaya Dengan Serat Dan Kalium

Kurma sebaiknya dimakan tanpa membuang kulitnya kerana di bahagian kulit terdapat banyak serat. Dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja. Ia juga kaya dengan kalium dan beberapa zat galian yang lain. Kalium penting dalam menyeimbangkan kembali kandungan air dalam badan apabila kita kehilangannya terutama sepanjang berpuasa.

Kalium juga penting dalam membantu mencegah cirit-birit, membantu sistem saraf dan meransang kecerdasan otak serta melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan strok.

2. Mencegah Sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Dengan memakan kurma yang tinggi dengan serat membantu memudahkan pergerakan usus dan mengurangkan sembelit.

3. Untuk Kesihatan Dan Kekuatan Tulang

Kandungan mineral yang terdapat dalam kurma menjadikan buah ini salah satu super food dalam menguatkan tulang dan menentang penyakit osteoporosis. Kandungan selenium, mangan, kuprum dan magnesium yang terdapat dalam kurma membantu pertumbuhan tulang agar kuat.

4. Mencegah Anemia

Kandungan zat besi di dalam kurma menjadikan ia supplemen terbaik bagi mereka yang mengidap anemia. Ia membantu memberi kesimbangan kadar zat besi buat pesakit sekaligus meningkatkan kadar tenaga.

5. Membekalkan Tenaga

Kajian menunjukkan kurma sangat bermanfaat untuk meningkatkan stamina dan tenaga. Jadi memang sesuai sangat menu wajib tiap kali bersahur dan berbuka iaitu beberapa biji kurma direndam seketika dengan susu segar dan ESP! Gabungan yang sangat memberikan tenaga. Wajib cuba!

Alhamdulillah nasib baik, anak-anak ribena kat rumah ni suka jugak makan kurma. Apapun budak-budak ni nk makan mesti ikut mak ayah dia jugak. Sebelum makan tanya dulu sedap ke tidak hihi 🙂

Jom kita amalkan kurma walaupun selepas Ramadhan

~~Love To Share About Health~~

 

 

You may also like...

5 Responses

  1. Riza Afzan says:

    Alhamdulillah..sememangnya apa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, senantiasa ada hikmahnya. Menanti kita untuk memahaminya
    Riza Afzan recently posted…Resepi Kari Daging Warisan Bonda Kegemaran Abang SayangMy Profile

  2. Hafizul says:

    Dah jadi menu wajib dah ni..berbuka ataupun bersahur..hehe
    Hafizul recently posted…Buat Akaun Syarikat Sendiri, Ofkos STRESS GILERMy Profile

  3. ridhwan says:

    kurma makan wajib time berbuka dan sahur….huhuhu…menghidupkan sunnah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge