Ketahui Tips Bersahur Cara Sihat Dan Mendapat Ganjaran Pahala

Alhamdulillah, hari ni telah masuk 15 Ramadhan kita berpuasa. Semoga kita semua dapat merebut sebanyak-banyaknya ganjaran Allah dalam Ramadhan kali ni.
Hadith Riwayat Al-Bukhari : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.
sahur

Pengajaran Hadis:

i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur.
Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.
Besarnya nikmat di sebalik bangun bersahur kan?

Tips Bersahur Yang Sihat 

Tips Sahur Sihat
#1. Sepanjang berpuasa makanan yang paling memberi nutrisi iaitu kurma/tamar adalah yang terbaik disediakan sama ada ketika bersahur atau semasa berbuka. Zat dan nutrisi di dalamnya membantu kita memberi tenaga sepanjang berpuasa.
#2. Keperluan air kosong jangan diabaikan. Walaupun berpuasa kita masih tetap perlu cukupkan keperluan air. Sepanjang malam selepas berbuka hingga bersahur pastikan kita minum air dengan kuantiti yang perlu agar dapat mengelakkan dehidrasi.
#3. Minuman berkafein dan bergula sebaiknya dielakkan kerana menyumbang kepada rasa haus dan dahaga.
#4. Elakkan juga minuman atau makanan manis kerana ia membuat kita cepat dahaga.
#5. Gantikan minuman isotonik yang bergula tinggi dengan minuman isotonik tanpa gas dan gula seperti Performance Drink bagi mengekalkan kehidratan badan
#6. Banyakkan menyediakan makanan yang tinggi protien seperti ikan dan yang berindeks glisemik rendah rendah kerana ia membuatkan perut kita tahan lebih lama dan bertenaga. Sebagai contoh segelas ESP bersama kurma.
#7. Banyakkan mengambil sayuran dan buahan semasa bersahur kerana ia membekalkan serat untuk memudahkan penghadaman
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan jaya di samping merebut ganjaran-ganjaran yang Allah berikan pada mereka yang beramal di bulan Ramadhan ini 🙂

You may also like...

2 Responses

  1. MamaBard says:

    saya susah nak elakkan minum air nescafe masa sahur..sebab dah terbiasa dari dulu. tapi memang tahu tak elok minum tu.
    MamaBard recently posted…4 Tips Untuk Elak Otak Beku Dengan Rutin Hidup Yang MembosankanMy Profile

    • Ibu3A says:

      Saya xboleh minum nescafe mesti rasa pening atau buang air xselesa. Mungkin boleh slow2 cuba tukar kepada minuman lain yg berkhasiat ke kan..cuba2 hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.