Krim Untuk Ruam Peluh Dan Ruam Lampin Yang Paling Berbaloi Dimiliki

Anak-anak saya memang sangat aktif bermain dan sangat cepat berpeluh. Dalam rumah main kejar-kejar je pun dah habis berpeluh satu badan. Kalau badan dah berpeluh mula la gatal-gatal. Bila dah digaru kulit jadi merah dan timbul biji-biji kecil. Terutama di bawah leher, celah pelipat lutut, pelipat lengan dan belakang badan.

Malam mula la tak boleh tidur, gatal sana gatal sini. Nak tahu krim apa yang saya guna sebelum ni? Krim yang kebanyakkan ibu-ibu guna iaitu Hydrocortisone atau kadang-kadang Hydrocort, Elomet atau Elosone. Hasil selepas sapu? Memang terbaik sebab esoknya terus baik!
Sehinggalah jumpa doktor Paeditrician dan doktor tak bagi guna ubat-ubat tu semua sebab kandungannya yang mengandungi STEROID!! Tidak digalakkan untuk penggunaan berterusan. Huhu..alpa sungguh saya. Tapi ini cerita 2 tahun lepas. Sekarang untuk apa jua kegunaan kulit, samaada gatal ke, Ruam Peluh ke, ruam lampin ke, Tapak Kaki Kasar ke, tangan alergik ke, digigit nyamuk ke saya hanya gunakan Herbal Blend sahaja.
Pokok Sage
Krim serbaguna ni wajib bawak pegi ke mana-mana. Malah ia adalah paling SELAMAT untuk kita sebab ia bebas BAHAN KIMIA BERBAHAYA seperti Paraben. Dengan Harga RM29 satu tiub ia sangat berbaloi sebab mampu bertahan sehingga setahun!

Rupa yang buruk menandakan ia sudah bertahan lama..hihi

Anak Saya Dan Herbal Blend

Gambar Dari Blogspotku

Gambar Dari Blogspotku

Gambar Dari Blogspotku

Gambar Dari Blogspotku

Herbal Blend Shaklee

  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
  • Ia diuji secara klinikal untuk melembutkan kulit, mengurangkan kerengsaan dan sebagainya.
Ia pasti akan banyak membantu menyelesaikan masalah kulit untuk keluarga kita dari bayi sehinggalah sesiapa sahaja. Jangan risau pasti amat berbaloi memilikinya.
Berminat ingin mendapatkan herbal blend ini juga? Hubungi :

Aniey Yusoff

Sms/whatsapp : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar

You may also like...

2 Responses

  1. Info yang menarik untuk merawat ruam lampin. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana ada produk-produk susu formula yang boleh menyebabkan alahan kulit. Alahan kulit boleh meningkatkan risiko mendapat ruam lampin dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya, kita memberikan susu badan kepada anak kita.
    Dr Muhammad Akbar bin Abdullah recently posted…7 Tips Rawatan SenggugutMy Profile

    • Ibu3A says:

      terima kasih Dr atas infonya..btl tu ada susu yg boleh menyebabkan alahan kulit jadi makin teruk..alhamdulillah susu ibu juga yg terbaik 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge