Manfaat Omega-3 Untuk Ibu Hamil Supaya Anak Cergas

Pada perkembangan setiap trimester, ibu hamil memerlukan nutrisi yang sihat sesuai dengan perkembangan dan tumbesaran janin di dalam kandungan. Bayi di dalam kandungan hanya bergantung kepada pemakanan si ibu untuk perkembangannya. Oleh sebab itu, ibu hamil memerlukan lebih nutrisi daripada ibu normal kerana bayi akan mendapat manfaat dan mengambil nutrisi dari ibu dan sekianya ibu kekurangan vitamin dan nutrisi ia akan meninggalkan kesan pada si ibu. Sebagai contoh, ibu yang Kekurangan Kalsium akan berisiko mendapat osteoporosis dan ibu yang kekurangan Vitamin C akan berisiko mendapat Gusi Berdarah.

Manfaat minyak ikan

 

Apa Nutrisi Dan Makanan Tambahan Yang Kita Dan Bayi Perlukan Pada Setiap Trimester?

Trimester Pertama (sehingga 14 minggu)

Sebaik disahkan hamil, ibu-ibu perlu mula mengambil 400 mcg asid folik setiap hari. Terus mengambil asid folik setiap hari hingga akhir trimester pertama. Asid folik amat penting untuk perkembangan tulang belakang bayi dan mencegah spina bifida. Ketahui Kesan Akibat Kekurangan Asid Folik.

Trimester kedua (sehingga 26 minggu)

Pada trimester kedua, perkembangan otak janin berlaku dengan sangat pesat. Ibu perlu salurkan kebaikan omega-3 kepada anak melalui kehamilan dan penyusuan. Asid lemak omega-3 adalah komponen yang sangat penting bagi perkembangan saraf bayi di dalam kandungan. Mengikut kajian, bayi yang ibunya mendapat keperluan asid lemak omega-3 yang mencukupi sepanjang kehamilan kurang mengalami masalah terhadap tumbesaran anak-anak dan memiliki anak yang cerdas.

Diantara manfaat Omega 3 Minyak ikan kepada ibu mengandung adalah:

  1. Untuk perkembangan otak bayi dan penglihatan
  2. Mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi
  3. Untuk perkembangan sistem saraf otak bayi
  4. Mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi
  5. Mengurangkan risiko kemurungan ibu mengandung
  6. Mengawal tahap kolestrol ibu mengandung
  7. Membantu ibu mengawal berat badan secara semulajadi
  8. Meningkatkan sistem pertahanan badan ibu, ibu jarang dijangkiti demam, selesema, batuk dll.

Ibu mengandung perlu mengambil 1500mg DHA dan 800mg EPA sehari untuk menampung keperluan dirinya dan bayi yang dikandungnya. Pengambilan suplemen minyak ikan mengandungi omega 3 juga salah satu yang disarankan oleh Baby Center.

Omega Guard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita maka amat perlu ia diperolehi daripada pengambilan supplement.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, saya boleh dihubungi :

Aniey Yusoff

SMS/whatsapp : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar

~~Love To Share About Health~~

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge