Panduan Asas Pemakanan Kanak-kanak Untuk Membesar

Semakin meningkat umur keperluan tenaga dan nutrien adalah berbeza antara bayi, kanak-kanak bertatih dan kanak-kanak prasekolah. Keperluan ni penting bagi menyokong pertumbuhan fizikal serta perkembangan mental mereka. Nutrien yang berbeza mempunyai fungsi yang berlainan dalam menyokong tubuh mereka yang sedang membesar. Tenaga membantu mengekalkan fungsi tubuh kanak-kanak dan membolehkan dia kekal aktif sepanjang hari. Keperluan tenaga semakin meningkat apabila kanak-kanak semakin membesar.

Diet dan nutrisi makanan untuk kanak-kanak adalah cabaran kepada ibubapa masa kini. Kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai iklan yang menarik. Kombinasi warna, ilustrasi serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi pilihan pengiklan makanan ini. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.

Keperluan Asas Kanak-kanak

Apa Yang Terbaik Mereka Perlukan?

1. Protien

Bahan asas blok-blok binaan tubuh yang membantu pertumbuhan tisu dan otot serta menyokong fungsi penting tubuh badan. Ironinya, semakin kukuh bahan binaan asas tubuh badan semakin kuat benteng pertahanan badan dalam melawan penyakit. Juga semakin pantas badan mengesan serangan bahan asing dan menghasilkan antibodi sendiri.

2. Kalsium

Kalsium penting untuk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak terutama untuk membina gigi dan tulang yang kuat. Pengambilan kalsium yang mencukupi membantu mencegah terjadinya osteoporosis  di kemudian hari.

3. Asid Lemak Omega-3

Asid lemak penting seperti asid alfa-linolenik (ALA) dan asid linolenik (LA) diperlukan untuk menghasilkan asid docosahexaenoic (DHA) dan asid arakidonik (ARA). Ini penting untuk perkembangan visual dan neurologi anak kita.

4. Vitamin Dan Zat Galian

Vitamin dan zat galian adalah nutrien penting yang diperlukn oleh tubuh kita untuk berfungsi dengan sempurna. Kanak-kanak harus mengambil pelbagai jenis makanan setiap hari untuk memperoleh kesemua vitamin dan zat galian yang diperlukan untuk membeesar dengan normal. Antaranya seperti vitamin A,B,C,D,E dan zat galian seperti zat besi, kalsium dan zink yang mempunyai peranannya masing-masing.

5. Karbohidrat

Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.

Pentingkah Makanan Tambahan?

Gaya hidup, faktor pemakanan, pengambilan makanan segera, penambahan perisa dan pengawet dalam makanan, kurang serat dan kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan faktor utama kanak-kanak amat memerlukan pemakanan tambahan sebagai menyokong nutrisi-nutrisi yang lompong pada seorang kanak-kanak. Ketahui Inilah Sebab Kanak-kanak Memerlukan Nutrisi Tambahan.

Sebagai ibu bapa hanya kita yang tahu tentang keperluan anak-anak kita. Biarkan mereka membesar secara sihat dengan memberikan mereka nutrisi yang mereka perlukan. Pertanyaan tentang Set Cergas Untuk Kanak-kanak, hubungi :

Aniey Yusoff

SMS/WHATSAPP : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Wangsa Maju, Sri Rampai dan kawasan sekitar

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge