Panduan Berbisness Dari Rumah Bagi Suri Rumah Sepenuh Masa Supaya ‘Anak-anak Tak Tergadai’

Saya percaya sekarang ramai suri rumah yang mengambil langkah proaktif bagi menambah pendapatan keluarga dengan berniaga secara online. Tak kisahla apa jenis perniagaan sekalipun yang korang ceburi asalkan ianya Halal, berkat dan mampu membantu kita Menjana Pendapatan Sampingan Dari Rumah. Tak kurang juga yang sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjaga anak dengan tangan sendiri sambil berniaga online. Termasuk saya sendiri yang sudah setahun berhenti kerja dan berniaga secara online. Tapi kan..ada sesetengah yang bermula dengan niat nak jaga anak sambil berniaga namun, apa yang jadi? Bisness entah ke mana..anak-anak entah ke mana..

Suri Rumah Bekerjaya

Bila ditanya, jawapan yang sering diberikan adalah

  • Tak cukup masa
  • Anak-anak mengganggu
  • Penat
  • Bosan
  • Stress
  • Give up

Kesian pada anak-anak kadang-kadang jadi punca ibu-ibu mereka tak boleh berbisness. Walaupun pada asalnya niat ibu berniaga kerana ingin membantu keluarga dan anak-anak dan demi kesenangan anak-anak tetapi anak-anak pula yang menjadi puncanya.

Berniaga online ada cabarannya tersendiri. Lebih mencabar jika bersama anak di rumah. Bagaimana nak urus anak sambil berniaga online?

Ada tips best untuk korang di sini :

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online

Betul tak, walaupun suri rumah sepenuh masa dan wanita berkerjaya adalah dua status yang berlainan, namun kedua-duanya memerlukan pengurusan masa yang super cekap! Sebab, banyak perkara yang menuntut wanita untuk melunaskannya dengan cekap dan cepat dalam tempoh masa 24 jam.

Tips Super Best Untuk Suri Rumah Berbisness Di rumah Antaranya :

1. Mulakan Hari Kita Sama Atau Lebih Awal Seperti Kita Bekerja Di Pejabat

Bangun lebih awal sebelum anak-anak bangun, mandi, siapkan sarapan dan makanan tengahari sekali bagi menyenangkan kita nanti. Pakai pakaian yang kemas serta tetapkan pemikiran positif di awal waktu

2. Memiliki Ruang Peribadi Atau Mini Pejabat Di Rumah

Paling tak ada ruang pun di rumah pilih la satu sudut terpencil di penjuru dinding untuk diletakkan barang peribadi keperluan berniaga kita seperti komputer, mesin pencetak, telefon, fail, resit pos laju dan lain-lain lagi. Korang boleh la hias-hias skit sudut tu bagi menarik skit. Kan lagi menarik mood kita untuk memulakan kerja 🙂

Pesan pada anak-anak bahawa itu adalah barang ibu dan tidak boleh bermain di situ. Kalau anak-anak masih kecil susun semua barang tersebut di atas meja yang tidak terjangkau oleh mereka.

3. Perancangan Awal Mengikut Keutamaan

Susun atur kerja kita mengikut keutamaan. Lakukan kerja mengikut tarikh terpenting dahulu seperti menyiapkan resit pos dan pembungkusan barang yang perlu dihantar segera. Sekiranya korang mempromosikan barang melalui blog maka wajib didahulukan untuk mengupdate apa-apa status terkini di blog dan FB dahulu.

4. Fokus

Bekerja online tak semestinya kita perlu menghadap FB, Instagram, Twitter atau blog 24 jam sehari. Cukup sekadar tetapkan masa 1-2 jam sehari untuk mempromosi tetapi perlu kekal fokus selama waktu ‘bekerja’ itu. Janganlah pulak kita melayan chatting di FB, melayari web-web tak berfaedah seperti gosip, cerita artis dan macam-macam lagilah. Kekalkan fokus korang okay!

surirumah

5. Melakukan Kerja Rumah Bersama Anak-anak

Apa yang saya lakukan adalah semasa anak-anak tidur adalah waktu terbaik untuk ‘online bisness’. Apabila mereka sudah bangun maka saya menguruskan kerja-kerja rumah bersama-sama mereka seperti melipat kain, menyidai pakaian dan mengemas rumah. Memasak pulak saya cuba siapkan makanan lebih awal sebelum mereka bangun pagi lagi. Jadinya kerja-kerja rumah tidak menjadi satu masalah kerana yang penting makanan mereka dan keluarga sudah siap untuk dihidangkan.

Percaya tak korang bahawa kita golongan ibu-ibu ni adalah golongan yang paling istimewa sekali kerana apa? Sebab utama adalah kita mampu melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa. Kita ni hebat tau! Patut kita bangga dengan diri sendiri dan jangan sesekali cepat mengalah dengan kepenatan diri dan stress di rumah. Kan ke tangan yang membuai itu mampu menggoncang dunia!

Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes

Semoga ibu-ibu semua berjaya dalam apa jua bidang bisness yang diceburi. Tapi kalau nak belajar tentang bisness Shaklee yang super senang ni boleh saja roger iolls hehe 🙂

Semoga bermanfaat

Aniey Yusoff

You may also like...

2 Responses

  1. nice sharing
    semoga semuanya dipermudahkan bukan mudah nak lakukan dua kerja dlm satu masa.
    yg pnting disiplin kan diri. in shaa Allah, kan !
    qasehnya rania recently posted…Kenangan di bulan SyawalMy Profile

    • Ibu3A says:

      Istimewanya wanita ni sbb walau susah tp dia mampu buat byk kerja 1 masa kan hehe…
      Tapi kena disiplin dan mental yg kuat la 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge