Panduan Dan Manfaat Makanan Organik Untuk Si Manja Kita

Pencarian info dan panduan tentang pemberian anak-anak dibawah usia 2 tahun dengan makanan organik bermula apabila saya mempunyai seorang kawan yang amat prihatin dengan pemakanan anak-anak beliau sehinggalah usia mencecah 2 tahun. Beliau sangat komited dan jelas dengan apa yang beliau lakukan. Tapi kita sebagai ibu menjadi orang terpenting dalam memastikan segala Nutrisi Untuk Anak dapat dipenuhi agar mereka membesar dengan sihat. Juga mengetahui apakah makanan terbaik dan Makanan Asas Untuk Tumbesaran Mereka

Jom sama-sama kita ketahui manfaat pemberian makanan organik kepada si manja kita untuk kebaikan mereka.

Manfaat Makanan Organik

Kenapa Memilih Makanan Organik?

Tidak dinafikan makanan untuk bayi seawal usia 4 bulan sudah ada dijual dipasaran. Saya juga sebelum ini memang selalu belikan nestum atau makanan bayi berbentuk segera ini tapi setelah mengetahui baik buruknya untuk anak kita saya bertekad untuk bertukar sepenuhnya kepada makanan organik dan memasak sendiri bubur atau puree bayi sendiri.

Alhamdulillah, bermula dengan insiden merebaknya penyakit merbahaya seperti penyakit kuku dan mulut, pencemaran di dalam penggunaan racun perosak dan penghasilan makanan menggunakan organisma terubah alih (GMO) ramai ibu bapa mula beralih kepada makanan organik untuk anak-anak.

Mengenali Apakah Makanan Organik

Makanan organik adalah makanan yang berasal daripada sumber semulajadi, bersih, segar dan bebas daripada pelbagai unsur bahan kimia bermula dari proses penanaman sehingga pembungkusan. Makanan organik boleh didapati dalam makanan bayi yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, jus, bubur, bijirin, roti, susu dan beberapa makanan lain.

Harganya sedikit mahal namun makanan ini ‘bersih’ dari segi kandungan.

Kebaikan Makanan Organik

1. Lebih Bergizi

Mengikut kajian dan penelitian saintis dari Eropah, buah-buahan dan sayur-sayuran organik memiliki 50% lebih banyak antioksida yang berupaya menurunkan risiko kanser dan penyakit jantung. Selain itu, pengambilan makanan organik oleh individu juga mampu meningkatkan sistem imunisasi di samping membuatkan tidur lebih lena.

Makanan Organik

2. Rasanya Yang Lebih Lazat

Buah-buahan dan sayur-sayuran organik memiliki rasa yang lebih enak daripada makanan bukan organik. Makanan ini juga mempunyai rasa semulajadi kerana tidak mempunyai garam dan gula.

3. Menghalang Penyakit

Bayi dilahirkan dengan 200 toksin dan karsinogen dalam tubuhnya. Sewaktu berusia 2 tahun sebahagian besar kadar toksin mencapai tahap maksimum. Dengan memberi si kecil makan makanan organik, ia mampu mengurangkan sebanyak 1/6 kadar karsinogen dalam darah. Selain itu juga, ia berupaya menghalang serangan pelbagai jenis penyakit.

Semoga Bermanfaat untuk kita ibu-ibu agar memberikan yang terbaik untuk kesayangan kita semua 🙂

~Aniey Yusoff~~

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge