Panduan Diet Pemakanan Untuk Ibu Menyusukan Anak

Menyusukan anak adalah antara hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak kita. Alhamdulillah sekarang ramai ibu2 mula sedar tentang kebaikan susu ibu yang tiada tandingannya.

Kenapa Kita Selalu Gagal Dalam Penyusuan?

Saya pernah gagal dua kali dalam penyusuan susu ibu. Anak sulung hanya mampu menyusu sehingga dalam pantang sahaja dan anak kedua sehingga tujuh bulan.

Antara sebab utama saya gagal dalam penyusuan ialah TIADA ILMU dalam penyusuan. Akibatnya saya selalu beranggapan bila anak asyik menangis sahaja bermakna mereka lapar sedangkan baru sudah menyusu.

Saya mula menyangka air susu kurang sehingga tak mampu mengenyangkan anak saya. PEMAKANAN yang tidak sempurna semasa berpantang lantaran berpantang sendirian menambahkan lagi tekanan pada diri. Bermulalah episod memberi susu botol. Sedih tak payah cakap.

Benarkah Susu Ibu Kadang Kala Tidak Cukup?

Ramai ibu yang baru melahirkan bayi merasakan bahawa susu mereka sedikit dan tak mencukupi menyebabkan mereka memberikan susu formula di dalam botol.

Pengeluaran susu sebenarnya adalah mengikut keperluan bayi. Semakin banyak permintaan semakin tinggi pengeluaran. Oleh itu, ibu2 tidak perlu risau yang susu tidak mencukupi. Selagi bayi kerap menyusu dan mengosongkan payudara selagi itulah susu sentiasa banyak!

Luangkan lebih masa dengan bayi kita kerana pada awal kelahiran, bayi memang suka melekap pada ibunya kerana suka mendengar bunyi degupan jantung ibu yang selalu dekat dengan mereka ketika berada dalam kandungan.

Jumlah Susu Yang Diperlukan Bayi

Ilustrasi di bawah ini menunjukkan jumlah susu yang diperlukan oleh seorang bayi mengikut umur

saiz-perut-baby
Ilustrasi Saiz Perut Bayi ~ gambar credit babiesfirstlactation.com

Keperluan Pemakanan Ibu-ibu Yang Menyusukan Anak

Ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.

Sebanyak 2000 hingga 2200 kalori sehari diperlukan oleh ibu menyusu.

Berikut beberapa tips pemakanan untuk ibu menyusu bagi membantu melancarkan penyusuan :

1.  Minum Air Dengan Cukup

Ibu menyusu perlu banyak minum air kerana 2/3 daripada susu ibu adalah air. Cukupkan minum 8 hingga 12 gelas air sehari.

Boleh juga mengambil jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah atau meminum air soya. Saya selalu memilih untuk minum soya NONGMO dalam segelas ESP setiap kali selepas bersarapan.

Banyak membantu memberi tenaga dan melancarkan penyusuan. Pendek kata menyusukan bayi dengan gembiranya.

Ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat kita merasa dahaga. Selalu minum segelas air setiap kali kita menyusukan bayi.

2. Kurangkan Pengambilan Minuman Berkafein

Kafein boleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi terganggu. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu ibu dan amat perlu dielakkan.

Hindari Minuman Berkafein
Hindari Minuman Berkafein

3. Mengambil Makanan Yang Berkhasiat

Makanan yang mengandungi sumber protien, kalsium, vitamin c dan zat besi adalah nutrien utama yang perlu diambil oleh ibu yang menyusukan anak.

Apabila ibu tidak mengambil diet untuk sumber kalsium, susu ibu yang terhasil tetap mengandungi kalsium yang mencukupi. Dari mana kalsium diambil? Apabila kalsium dari ibu tidak mencukupi maka kalsium akan diambil atau ‘dicuri’ dari tulang si ibu.

Maka si ibu menjadi mangsa kekurangan kalsium yang menyumbang kepada osteoporosis (tulang rapuh) atau menunjukkan simptom kekurangan kalsium seperti sakit gigi dan lenguh kaki.

4. Mengelakkan Makanan Yang Menyebabkan Bayi Tidak Selesa

Kenal pasti makanan yang membuatkan bayi kita tidak selesa. Elakkan makanan berempah atau pedas, juga beberapa makanan yang dikenal pasti sebagai punca kolik seperti brokoli, kubis, bawang dan kubis brussels.

Jika bayi kita alah pada sesuatu yang kita makan, kita boleh lihat pada reaksi pada kulit samaada ruam atau gatal2, pernafasannya (bunyi seperti sesak) atau di dalam najis (warna hijau atau bermukus)

5. Pengambilan Vitamin Pelengkap Nutrisi

Yang disyorkan adalah Set Penyusuan Shaklee kerana set ini paling selamat untuk ibu dan bayi. Ia vitamin semulajadi buatan saintis yang mempunyai berbagai ujian klinikal yang diiktiraf dunia.

set menyusu

Secara asasnya semua vitamin dalam set vitamin ibu menyusu ini memberikan manfaat kesihatan yang banyak kepada ibu seperti menambah tenaga (mengurangkan kepenatan), kekal cergas dan ceria serta yang utama sekali adalah mengurang stress.  Apabila si ibu sihat, cergas dan ceria dengan vitamin ibu menyusu, si ibu dapat menghasilkan pengeluaran susu ibu yang optima dan lebih pekat dan berkhasiat sesuai dengan keperluan bayinya dengan tenang dan gembira.

Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang dapat membuatkan hati yang tenang, badan yang sihat dapat menggerakkan ‘spirit’ minda bawah sedar kita untuk menghasilkan susu dengan banyak. Oleh sebab itu, set vitamin ibu menyusu shaklee banyak membantu ibu-ibu menyusu menjayakan tempoh penyusuan sehingga dua tahun dan lebih lagi. Set vitamin ibu menyusu ini diperkenalkan bersesuaian dengan keperluan setiap pasangan ibu dan anak.

Jom hubungi saya untuk set ini 🙂

Aniey Yusoff

SMS/wasap : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

FB Page : Nikmat Hidup Sihat

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge