Panduan Mengelakkan Gusi Berdarah Pada Ibu Hamil Supaya Risiko Gigi Tertanggal Dapat Dielakkan

Perkara yang dianggap normal ialah apabila sesekali kita memberus gigi dan gusi kita berdarah. Namun bagi ibu hamil, gusi berdarah setiap kali memberus gigi adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Peningkatan hormon semasa mengandung membuatkan gusi membengkak dan membuatkan ia cepat berdarah.

Sewaktu mengandungkan Alyaa dan Affan setiap hari saya berdepan dengan masalah gusi berdarah ketika memberus gigi. Gusi berdarah dengan amat banyak skali. Malah gusi menjadi amat sensitif, asal tersentuh sahaja dengan cepat ia berdarah. Penuh satu sinki dengan darah.
Semasa mengandung, kandungan hormon estrogen di dalam badan wanita yang mengandung meningkat. Peningkatan hormon estrogen adalah untuk melancarkan pengaliran darah ke rahim dan juga ke seluruh badan, tidak terkecuali bahagian gusi. Oleh itu, apabila gigi digosok dengan kuat, maka  gusi yang mempunyai salur darah yang banyak akan mengembang dan memudahkan ia berdarah. Jangkitan pada gusi jika tidak dibendung boleh menyebabkan gigi tanggal.
Tips Atasi Gusi Berdarah Semasa Hamil

Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Menghentikan Pendarahan?

  • Jaga kebersihan mulut dan selalu memberus gigi terutama selepas makan. Berus gigi selama dua minit, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam, dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
  • Gunakan berus gigi yang lembut supaya tidak melukakan gusi
  • Bersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan. Anda boleh gunakan flos atau berus mini (interdental brushes).
  • Jumpa doktor gigi dengan kerap.
  • Jika anda merokok, hentikanlah. Merokok boleh membuatkan penyakit gusi semakin teruk.
  • Bertanya pada doktor atau doktor gigi mengenai pengkumur mulut yang selamat digunakan semasa hamil
  • Memastikan pengambilan vitamin B6, Kalsium dan Vitamin C adalah mencukupi untuk meredakan pendarahan dan menguatkan gigi dan gusi

Semasa hamil, pastikan Nutrisi Pranatal tidak diabaikan kerana ia membantu menyihatkan kehamilan dan membantu ibu dan bayi melalui proses kehamilan dengan sihat tanpa risiko yang tidak diingini.

Alhamdulillah, semasa mengandungkan Aimy saya mula mengambil Set Kehamilan semulajadi yang lengkap. Malah masalah loya, muntah, gusi berdarah, kerap selsema dan demam semasa hamil, kejang kaki, sakit pinggang memang tidak membelenggu saya lagi. Memang rasa lebih sihat dan bertenaga malah set ini juga saya teruskan sehingga selepas bersalin dan menyusu. Memang best dan jimat kan, set bersalin, berpantang dan menyusu hanya set yang sama sahaja dengan beberapa penambahan vitamin sahaja. Inilah set kesihatan pranatal yang saya ambil.

set ibu hamil

 

  • Sustained Release Vita-C untuk meningkatkan sistem imun tubuh ibu dan membantu mengurangkan pendarahan gusi.
  • Vitamin B Complex mengandungi kesemua kumpulan vitamin B yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Selain itu, B Complex ini mengandungi asid folik yang diperlukan untuk perkembangan bayi.
  • OsteMatrix mengandungi keperluan kalsium yang sangat diperlukan oleh ibu untuk kesihatan gigi dan keperluan kalsium untuk ibu dan bayi. Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang tidak suka minum susu semasa mengandung.
  • Vita-Lea merupakan supplemen yang mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, Vita-lea juga mengandungi asid folik untuk keperluan bayi.
  • ESP merupakan sumber protien non GMO yang membantu memberikan tenaga kepada ibu

Semoga kehamilan ibu-ibu semua sihat dengan pengambilan nutrisi yang lengkap ini. Untuk pertanyaan dan pembelian saya boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja

~~Love To Share About Health~~

Aniey Yusoff

sms/whatsapp : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju dan kawasan sekitar

You may also like...

8 Responses

  1. Dulu masa mengandung memang selalu berdarah gusi bila berus gigi. Tapi masa pas pantang pun berdarah masih pelik la kan. Terus gi junpa dentis buat ‘scaling’ gigi, Rupanya dentist kata kalau plak gigi banyak pun gusi mudah berdarah.
    Riza Afzan Asri recently posted…6 Tips Mudah Cerdaskan Minda Dan Tajamkan Ingatan Anak Umur 1-2 TahunMy Profile

    • Ibu3A says:

      Betul tu, byk sgt plak pun boleh buat gusi berdarah. Jd kena selalu gi cuci kan at least 6 bulan skali..

  2. Sani says:

    Inilah perngorbanan kaum ibu dalam rumah tangga yang tak ternilai. Semoga diberkati dan dilimpahkan kesihatan yang baik buat semua kaum ibu..
    Sani recently posted…MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAYMy Profile

  3. Nor Hafizah says:

    Alhamdulillah, sepanjang mengandung dulu takde masalah gigi dan gusi berdarah..Kalau tak, mesti seksa.. Dengar pengalaman kawan2, seriau rasa..huhu
    Nor Hafizah recently posted…Motivasi Pagi Prof Dr. Muhaya: 5 Tips Menjadi Isteri yang Bahagia dan MembahagiakanMy Profile

    • Ibu3A says:

      Saya mmg teruk gusi berdarah sampai naik pening tengok darah hihi…tu yg cari penyelesaian tu 🙂
      Alhamdulillah..

  4. fyna says:

    terima kasih dengan info ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge