Panduan Pemakanan Bagi Pesakit Gout Agar Kaki Tidak Membengkak Lagi

Gout sejenis penyakit yang ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan di mana pengeluarannya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin (zat semula jadi) berprotein tinggi.

Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan. Purin ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout. Kekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk. Ketahui Cara Mengekalkan Hidrasi Badan Supaya Kekal Sihat

Panduan Pemakanan Pesakit Gout

Antara Makanan Yang Tinggi Purin Yang Perlu Dielakkan :

  • makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang, dan ketam
  • makanan berasaskan kacang,
  • daging merah, seperti daging lembu.
  • organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu
  • daging kambing

Melalui Perkongsian MyHealth.Gov.My

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout

Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

  • Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
  • Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
  • Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.

Jadual di bawah menunjukkan sumber purin dalam makanan

KUMPULAN MAKANAN
TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)
SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)
Makanan perlu dielak Makanan diambil secara sederhana Makanan yang diambil mengikut keperluan normal
Bijirin dan Produk Bijirin Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
Buah-buahan Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari Semua jenis buah dan jus buah
Sayur-sayuran Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari Kebanyakan sayuran
Makanan Berprotein Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembung Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia Susu dan produk tenusu, telur dan keju
Lemak dan Minyak Semua jenis (ambil secara sederhana)
Sup Ekstrak daging Sup daging Sup sayur
Lain-lain Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu) Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.

Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dan mengelakkan makanan yang boleh mengundang serangan, pesakit dapat mengurangkan serangan gout. Banyakkan mengambil makanan berasaskan bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ketahui Langkah-langkah Berkesan Pencegahan Penyakit Gout

Semoga Bermanfaat,

Aniey Yusoff

SMS/WHATSAPP : 013.777.3122

emel : aniey434@yahoo.com

COD : Setiawangsa, Wangsa Maju, Sri Rampai dan kawasan sekitar

You may also like...

2 Responses

  1. ctnoraishah says:

    gud info..
    ctnoraishah recently posted…Persiapan Raya CiktieMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge