Panduan Penjagaan Alat Kelamin Bagi Ibu Hamil Elak Jangkitan Kulat Penyebab Keputihan

Keputihan atau discaj adalah perkara biasa dialami oleh ibu hamil. Namun jika discaj yang dialami terlalu banyak, berbau hanyir, kegatalan yang serius dan discaj berwarna kehijauan ia adalah sesuatu yang tidak normal dan hendaklah segera berjumpa doktor.

Memang tak selesa sebenarnya dengan keputihan ni. Kadang-kadang kita akan terasa ia keluar umpama ketulan dan bila tengok penuh di panties. Ibu hamil biasanya cenderung untuk mengalami jangkitan vagina kerana disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami semasa mengandung.

Keputihan Semasa Hamil

Melalui perkongsian di BabyCenter

Mengenali Keputihan

Lelehan faraj pada setiap wanita adalah sesuatu yang normal dan dianggap biasa sekiranya ia bersifat cair dan berwarna seperti susu manakala seorang wanita hamil akan dikategorikan sebagai mengalami keputihan sekiranya :

  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.

Bagaimana Keputihan Terjadi?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:

  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Berikut beberapa panduan yang boleh ibu-ibu hamil amalkan untuk mengelakkan jangkitan kulat yang serius.

Panduan Penjagaan Alat Kelamin 

  1. Bersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar. Seelok-eloknya menggunakan air.
  2. Elakkan daripada sering mengamalkan douching (memasukkan jari atau memancutkan air ke dalam faraj dengan tujuan untuk membersihkan bahagian dalam faraj). Ini akan menyingkirkan bakteria lactobacilli dari faraj di samping mendedahkannya dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit
  3. Elakkan menyabun atau menyapu gel mandian pada alat kelamin kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan kegatalan. Ini kerana ada sesetengah wanita alah pada pewangi dalam buih sabun.
  4. Pasangan suami isteri digalakkan untuk membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas bersama untuk kebersihan yang optima
  5. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
  6. Elakkan memakai pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman untuk membiak dengan subur
  7. Tukar pakaian dalam setiap hari dan pakai panty liner supaya keputihan tidak melekat pada pakaian dalam dan menyebabkan ketidakselesaan.
  8. Elakkan memakan makanan yang mengandungi gula yang tinggi dan banyakkan memakan makanan yang tinggi antioksidan. Pengambilan Garlic sebagai antibiotik semulajadi dan Nutriferon penggalak imuniti badan menentang jangkitan sangat membantu.

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.