Penyebab Kolik Pada Bayi Dan Cara Mengatasinya Supaya Ibu Tidak Stress Dan Jadi ‘Zombie’

Alhamdulillah dan tahniah! Bergelar ibu dan bapa untuk pertama kali merupakan satu detik yang amat indah sekali. Terutama bayi sulung kita la kan 🙂 Tapi…detik indah ini juga boleh jadi satu ‘mimpi ngeri’ sekiranya si kecil kita tidak berhenti menangis sepanjang masa walau pelbagai cara sudah dilakukan. Situasi ini boleh membuatkan ibu ‘stress yang terlampau’, letih, penat dan marah kerana kekurangan rehat dan tidur dan amat payah sekali untuk menenangkan bayi yang sentiasa menangis. Mak-mak boleh jadi ‘zombie’ tau! Bayi kerap menangis tanpa henti ini selalu diistilahkan Doktor sebagai kolik.

Bayi Kolik

Nak tahu tak pengalaman saya bersama bayi sulung saya yang kolik?

Anak sulung saya lahir pada tahun 2008 dan disambut dengan penuh rasa teruja dan perasaan gembira. Apatah lagi kelahiran dia sebagai ‘pengganti’ pemergian arwah ibu saya pada 8 bulan usia kandungan. Masuk hari ke 3 berpantang, anak saya Alyaa mula menangis tanpa henti bermula dari azan Maghrib hinggalah azan subuh. Selesai azan subuh dia akan tidur dengan lenanya sepanjang waktu siang sehinggalah waktu menjelang maghrib baru dia bangun.

Betapa lenanya dia pada waktu siang tu sampaikan waktu mandikan dia pun dia tetap tidur! Mata tak mau bukak! Heran sungguh! Boleh dikatakan pada waktu ni saya sangat-sangat stress bila dengar je suara dia mula menangis. Kalau iman dan mental tak kuat mau meroyan jadinya..huhu. Tangisan dia bukan tangisan biasa tapi tangisan yang menjerit! Mula menangis pulak pukul 10 malam ke atas dan tanpa henti sekurangnya 2 hingga 3 jam. Seram pun ada jugak…oh anakku!

Apabila Alyaa mula menangis tiada apa yang boleh meredakan tangisan dia, breastfeed tak nak, susu dalam botol tak nak, cuba buai tak jalan, sapu minyak telon, minyak angin, tuam perut, kaki semua sudah…Ya Allah..menangis ibunya. Alyaa hanya akan berhenti menangis apabila tertidur kepenatan..itupun hanya di atas bahu setelah penat ibu dukung. Sepanjang didukung, mulut ibu tak henti baca surah-surah pilihan sambil menahan air mata kerana terlampau stress dan penat.

Berikhtiar pula sudah dengan macam-macam cara termasuk doktor, Ustaz, bidan dan pengamal ubatan tradisional tapi masih macam tu jugak tanpa kurang. Grip Water juga ada diberi, pendek kata semua ikhtiar sudah dilakukan. Dan akhirnya situasi ini berakhir apabila usia Alyaa betul-betul genap 3 bulan! Memang ajaib rasanya. Alhamdulillah..itulah kenangan dan pengalaman saya bersama bayi kolik.

Apakah Kolik?

Kolik ialah label bagi pola tangisan yang tidak dapat dijelaskan dan terus menangis tanpa sebab pada bayi di bawah usia 3 tahun yang sihat. Bayi yang menghadapi kolik menangis dengan lebih kerap dan boleh menangis lebih dari 3 jam berbanding daripada yang lain dan amatlah sukar dan mustahil untuk ditenangkan.

Umumnya, kolik akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan.

Penyebab Kolik

Umumnya tiada sebab yang jelas kenapa bayi mengalami kolik. Cara terbaik adalah menunggu sahaja tempoh kolik berakhir dengan sendiri 🙂

Walaubagaimanapun, perkara berikut mungkin menyumbang kepada penyebab berlakunya kolik pada bayi. Antaranya :

  1. Asid reflux boleh menyebabkan perut bayi dalam keadaan sangat tidak selesa
  2. Alah pada protien susu dalam susu formula atau laktosa. Kebanyakkan bayi yang mengalaminya adalah bayi yang minum susu dari susu formula
  3. Bayi alah pada sesetengah makanan yang dimakan oleh ibu bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya. Oleh itu, ibu perlu elakkan sebarang makanan yang boleh menyebabkan alahan pada bayi seperti makanan pedas, berminyak, berlemak, terlalu berempah dan berkafein tinggi.
  4. Sistem gastrousus bayi yang belum matang yang boleh menyebabkan bayi mudah kembung perut dan berangin
  5. Sistem saraf pusat bayi yang masih belum matang dan tidak stabil dan amat sensitif pada sebarang ransangan. Oleh itu, penjagaan pusat bayi semasa baru lahir amat penting. Pakaikan barut dan bedung bayi untuk elakkan perut berangin
  6. Terdedah pada keadaan yang melampau seperti keadaan bising, pengudaraan rumah yang kurang baik, panas, pe

Tanda-tanda Kolik 

  • menangis tanpa henti sekurang-kurangnya lebih dari sejam
  • sukar untuk menenangkan bayi yang menangis
  • perut mengeras
  • menangis dengan tangisan yang kuat dan muka kemerah-merahan
  • selalunya menangis di waktu malam

Bayi kolik

Apa Nak Buat Untuk Redakan Kolik Pada Bayi?

Walaupun tiada cara berkesan untuk redakan kolik pada bayi mungkin beberapa cara ini boleh membantu meredakan sedikit tangisan si manja kita.

  1. Elakkan bayi terdedah pada cahaya yang terlampau terang yang boleh menyebabkan ketidakselesaan
  2. Pastikan pengudaraan di dalam bilik atau dalam rumah adalah bersih
  3. Mandikan bayi dengan air suam dan urut bayi dengan minyak bayi di sekitar perut, betis, belakang badan dan tapak kaki
  4. Pakaikan barut bayi bagi melindungi pusat bayi dari terdedah dan dimasuki angin
  5. Tuamkan perut bayi selepas mandi dengan pasir atau batu tungku yang kecil
  6. Elakkan membawa bayi yang masih kecil atau masih di dalam pantang ke tempat-tempat yang sesak dan panas
  7. Pastikan bayi selesa dengan pemakaian lampin pakai buang. Ruam lampin yang teruk juga boleh menyumbang kepada tangisan bayi.
  8. Ibu-ibu perlu memakan makanan yang berkhasiat terutama ibu yang susukan badan sepenuhnya. Dapatkan nutrisi yang terbaik walaupun dalam berpantang. Artikel ini mungkin boleh membantu Nutrisi Penting Semasa Berpantang
  9. Ibu perlu elakkan memakan herba yang panas, jamu, halia atau apa-apa makanan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut bayi seperti menyebabkan cirit birit atau kembung perut. Cari Set Berpantang Yang Selamat Untuk Ibu Dan Juga Bayi
  10. Bayi yang menyusu badan sepenuhnya mungkin mempunyai risiko kecil untuk menghadapi kolik. Nak berjaya dalam penyusuan? Entry ini mungkin boleh membantu Panduan Penyusuan Berjaya Bayi Baru Lahir dan Tips Nak Berjaya Penyusuan Susu Ibu
  11. Sendawakan bayi tiap kali selepas menyusu samaada susu badan atau susu formula

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana berdepan dengan tangisan si manja yang kolik. Yang penting ibu-ibu jangan stress dan sokongan dari suami serta ahli keluarga sangatlah diharapkan.

Semoga bermanfaat

Perlukan bantuan menangani stress, set berpantang, masalah penyusuan? InsyaAllah saya boleh membantu 🙂

Aniey Yusoff ~ Love To Share~

SMS/whatsapp : 013.777.3122

SID Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai dan kawasan sekitar

 

You may also like...

4 Responses

  1. bayi yang menangis tidak henti-henti mesti ada masalah yang tertentu….ibu bapa kena pastikan bayi dijaga dengan sebaik-baiknya….
    jawatan kosong recently posted…Jawatan Kosong Tentera Laut Diraja Malaysia September 2015My Profile

  2. Memang agak bahay kalau baby asik menangis ni. Apalagi masa malam…memang agak seram. Tetapi ibu kena sabar dan tabah dalam menghadapi baby kolik ni…ibu kena alert juga tentang kondisi kesihatan baby bila selalu sering menangis.
    nila anggraini recently posted…Selamat menyambut Hari Kebangsaan MalaysiaMy Profile

  3. Kiera Sakura says:

    Saya pun pernah jadi jugak masa Fateh Uwais dalam pantang. tapi untung nya saya mama bergilir jaga anak waktu malam masa dia buat perangai tu. tapi selalu uwais mula buat perangai tu dekat nak subuh.
    Kiera Sakura recently posted…Taman Tasik TaipingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge