Penyebab Rambut Beruban Di Usia 20-an Dan Cara Mengatasinya Supaya Tidak Kelihatan Tua Sebelum Usia

Uban atau warna rambut yang bertukar menjadi putih selalunya dikaitkan dengan penuaan dan warga emas tapi pernah tak kita melihat seseorang dengan rambut dipenuhi uban meskipun raut wajahya masih terlalu muda untuk rambut dipenuhi uban? Kata orang muda belia lagi dengan umur 20-an tapi rambut sudah putih. Jika korang adalah salah seorang darinya saya pasti ia adalah satu perkara yang tidak disenangi bukan?

Selalunya keturunan dikenal pasti menjadi punca utama masalah ini pada usia muda namun ada beberapa faktor lagi yang boleh menjadi penyebab antaranya :

  1. Merokok ~ kandungan nikotin di dalam darah lebih cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut
  2. Penggunaan syampu dengan bahan kimia berlebihan atau menggunakan sabun mandi untuk mencuci rambut
  3. Kebersihan rambut yang diabaikan dengan tidak mencucinya dengan betul
  4. Stress turut menjadikan pigmen rambut berkurangan dan menjadi putih
  5. Penggunaan pewarna rambut yang kerap kerana bahan kimia dalam pewarna rambut akan menyebabkan pigmen rambut rosak

Rambut Beruban Di Usia Muda

Cara Mengatasi Rambut Beruban

1. Menjaga Kebersihan Kulit Kepala

Gunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan semestinya bebas bahan kimia berbahaya untuk mengekalkan nutrisi rambut. Gunakan syampu yang berasaskan bahan semulajadi yang selamat untuk rambut dan badan seperti Revitalising Syampoo ini

2. Amalkan Pengambilan Zat Besi

Makanan yang mengandungi zat besi boleh membantu memberikan zat warna pada rambut dan membuatkan rambut tumbuh dengan subur dan hitam. Antara makanan yang kaya dengan zat besi seperti bayam dan lemon.

3. Cegah Stress

Amalkan gaya hidup yang positif dan elakkan stress kerana tekanan yang dihadapi seharian boleh menjadi punca timbulnya penuaan pada rambut.

4. Makan Dengan Sihat

Malnutrisi atau kekurangan nutrisi antara faktor penyebab timbulnya uban pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam tubuh dan punca tumbuhnya uban.

5. Petua Semulajadi Sendiri

Korang boleh cuba petua hitamkan rambut dengan mengusap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya 1 jam dan bilas. Juga boleh gunakan minyak zaitun untuk hitam dan lebatkan rambut. Cuba amalkan dengan teratur insyaAllah

6. Makanan Kaya Dengan Vitamin B

Juga boleh diamalkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B seperti susu dan kacang hijau untuk kesihatan rambut

Kata orang rambut adalah mahkota seseorang. Rambut pun perlukan gizi dan nutrisi yang sihat tau!

Semoga Bermanfaat!

Aniey Yusoff

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge