Resepi Bubur Lambuk Yang Senang Dan Sedap

Kadang-kadang melayankan tekak yang teringin nak makan macam-macam ni best jugak sebab boleh tambah senarai resepi. Kaum mak-mak biasa la simpan resepi bertimbun-timbun tapi sebenarnya bila nak masak asyik masak yang sama je kan? 😂
Bubur lambuk versi campak-campak tapi sedap. Ayat budget puji sendiri 😂
Senang je nak buat pun.
Bahan-bahan :

image
1/2 @ 1 cawan beras
Dada ayam
Sotong
Daging
Udang
Semua kat atas ni potong kecik-kecik
1/2 inci Halia
2 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
Lobak merah
Kentang
1/4 cawan Santan
Secubit Serbuk lada hitam

Cara buat :
Masakkan nasi sampai jadi bubur
Masukkan potongan ayam, sotong, daging, udang
Masuk pulak lobak dan kentang yang dipotong dadu kecik
Tabur serbuk lada hitam sedikit
Sementara tu dalam kuali lain tumis hirisan bawang dan halia sampai naik bau
Masukkan dalam bubur
Akhir sekali masuk santan

Kacau sekejap, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Hurmm sedap!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge