Resepi Bun Lembut, Mudah Dan Sedap Untuk Minum Petang

Sebenarnya percubaan nak buat roti atau bun ni dah lama try and error hihi almaklum tangan ibu ni bukannya berbakat sangat. Tapi demi anak-anak yang asyik-asyik datang dapur dan mencari makanan, maknya ni rajin la membuat kuih atau dessert sihat untuk diaorang ni.
Alhamdulillah Alyaa, Affan dan Aimy memang kuat makan. Lepas makan nasi, makan sampingan pulak macam roti ke, kuih ke apa-apa je la. Resepi roti sarang lebah ni dah banyak dikumpul tapi belum berjaya dibuat. Jadinya resepi kali ni resepi main ikut sedap rasa je sebab ikut pengalaman tak jadik sebelum ni. Hasilnya roti ni tak mengecewakan la. Rotinya pun lembut je..Budak-budak pun suka! Ok jom saya kongsikan resepinya agar lepas ni nak buat lagi boleh rujuk balik sini…
Resepi Bun Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan doh :

5 cawan tepung gandum

1 cawan susu cair atau fresh milk
2 sudu besar plain yogurt
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
2 sudu besar susu tepung (saya letak Mealshakes)
2 sudu besar madu (tak letak pun takpe)
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar yis mauripan (larut dalam air suam dulu)
3/4 cawan gula pasir
Sedikit garam

Cara-cara :

Pukul telur, garam, gula dan marjerin sampai kembang.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit selang seli dengan susu segar atau susu cair.
Lepas tu masukkan Mealshakes, baking powder, madu, yogurt dan akhir sekali masukkan yis.
Silalah uli sampai betul-betul kental dan tak lekat di tangan. Tapi saya uli sampai minit ke 15 je sebab tak larat hihi
Lepas siap uli tutup doh dengan plastik wrap dan biarkan dalam oven yang tak on suis sehingga doh kembang (20-40minit)
Keluarkan doh dan pukul-pukul supaya angin keluar dan uli lagi seketika. Sapukan loyang dengan marjerin dan bulat-bulatkan doh (atau sukahati nak buat bentuk apa) dan masukkan dalam loyang bagi rapat-rapat.
Biarkan seketika sehingga doh kembang 2 kali ganda
Kemudian sapukan gliss telur yang dipukul bersama 2 sudu fresh milk. Boleh la nak taburkan biji badam ke, biji bunga matahari ke atau apa-apa je la (tapi saya tak letak sebab budak-budak tak nak)
Bakar dalam 20 minit suhu 170 celsius atau sehingga roti bertukar warna perang.
Keluarkan dari oven dan sapukan marjerin supaya roti nampak berkilat.
Dah siap! Boleh la makan bersama air teh o panas atau makan begitu sahaja. Nak buat sos karamel pun boleh 🙂

Selamat Mencuba!

Aniey Yusoff

You may also like...

7 Responses

  1. fidah shah says:

    Wah bestnya..apa lagi kalau di makan time panas panas + teh O…terbaek..
    fidah shah recently posted…Mak OdahMy Profile

  2. Lama dah mengidam nak buat roti. Malangnya oven belum beli lagi. hihi
    Riza Afzan Asri recently posted…14 Manfaat Epal Yang Anda Tak Boleh Kata TidakMy Profile

  3. MamaBard says:

    bolehla saya pula cuba buat lepas ni.. =)
    MamaBard recently posted…Cara Untuk Elakkan Dari Terkena AlzheimerMy Profile

  4. BUNDA says:

    Salam…bunda ni usahkan buat roti…..buat donut n pau tu pun selalu tak menjadi….tak naik gebu…

    Salam syawal dari Bunda…
    BUNDA recently posted…Ragam Zarif Dan Kad Ucapan RayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge