Resepi Homemade Garlic Breadstick Yang Sangat Senang

Bila mak dan anak-anak sama-sama kuat makan maka mak la yang sibuk perah otak fikir nak masak apa lagi ye..hihi. Lepas makan nasi dalam sejam dua lagi masuk dapur lagi budak bertiga ni terjenguk-jenguk mencari apa lagi yang boleh dimakan. Asyik bukak tutup penutup saji je. Paling tak ada benda nak makan pun memadai makan roti cicah air teh o pun jadi 🙂

Jadi untuk menu petang semalam ibu buat roti garlic. Kebetulan pun memang ibu yang teringin nak makan hihi.. Ok! cara dan bahan buat dia pun sangat senang je.

Garlic Bread

 

Bahan-bahan 

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar susu tepung (saya letak Mealshakes)
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 1/2 cawan air suam

Bahan Untuk Sapuan pada doh

  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • Mixed herbs
  • Parmesan cheese (saya tak letak pun)

Cara-cara

  1. Larutkan yis dengan gula di dalam air suam. Biarkan sehingga larut dan berbuih
  2. Campurkan gandum dengan garam dan minyak zaitun
  3. Masukkan air yis tadi dan uli doh sehingga tidak melekat di tangan
  4. Leperkan doh dengan penggelek mengikut saiz loyang pembakar
  5. Sapu loyang dengan minyak zaitun dan letakkan doh yang telah digelek
  6. Dalam anggaran 1 inci potong doh dari hujung ke hujung dengan pizza cutter (saya potong pakai pisau kek je hihi..)
  7. Rehatkan doh selama 40 minit sehingga naik sekali ganda (saya letak dalam oven yang off)
  8. Selepas 40 minit, panaskan oven dengan suhu 180 selama 15 minit.
  9. Sapu adunan dengan topping bawang putih dan cheese
  10. Sedia untuk dibakar selama lebih kurang 25 minit
  11. Siap untuk dimakan bersama mushroom soup!
  12. Gerenti sedap dan lembut 🙂
Siap untuk dibakar!

Siap untuk dibakar!

Bayangkan adunan ni habis sekali makan sahaja. Sambil budak bertiga ni tak henti-henti cakap sedapnya! Siap berebut lagi sebab masing-masing takut habis huhu…

Selamat Mencuba Uolls!! Anak-anak pasti suka!

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge