Resepi Nugget Ayam Homemade Terlajak Senang

Dah lama sebenarnya ibu nak buat nugget ayam sendiri ni tapi baru sekarang kesampaian hihi….

Tengah cuaca redup-redup ni goreng nuget panas-panas minum dengan teh O memang terbaik! Jom layan cara nak buat nuget yang paling senang ni. Macam biasa pembantu chef cilik setia membantu dan berkhidmat 🙂

Chicken Nugget

Bahan-bahan

Isi ayam – saya buat dalam sekilo isi dada ayam

Breadcrumbs 250gm

Lada sulah

garam

Bahan Untuk Coating

Telur

Breadcrumbs

Cara-cara

  1. Blender isi ayam dengan air
  2. Kemudian gaulkan dengan breadcrumbs, lada sulah dan garam
  3. Bentukkan mengikut apa jua bentuk yang nak
  4. Celup telur, salut dengan breadcrumbs dan goreng!
  5. Sedap dan rangup!

Mudah dan ringkas kan hihi..dapat memang banyak dan saya simpan dalam freezer. Bentuk pulak memang meriah pelbagai bentuk ada sebab ramai chef cilik huhu..sorang buat bentuk kapal la, ayam goreng la, bentuk panjang macam ular la, bentuk O la macam-macam ada.

Selamat mencuba uolls!

Aniey Yusoff

You may also like...

5 Responses

  1. AlongMisuari says:

    Mudahnya…
    Nak kena buat nie..

  2. Nur Diyana says:

    Wow. Senangnya. Memang wajib buat untuk anak nanti.
    Nur Diyana recently posted…Cara Mengatasi Bayi yang Menolak Penyusuan BadanMy Profile

  3. Adzrif Sidek says:

    Cuba letak cheese, jadi nugget cheese.

    hehe dah macam ala-ala pisang goreng cheese pulak 🙂
    Adzrif Sidek recently posted…Bangkit Selepas Jatuh TersungkurMy Profile

  4. Yoshi says:

    jenjalan blog awak ni jap… sedapnya nugget. selamat hari Malaysia 🙂 jomtapauweh.com

  5. Rupanya senang je buat nugget ni…nanti nak cubalah buat..bahan-bahan pun so simple…:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge