Resepi Paling Pantas Masak ~ Kuih Bengkang Atau Bingka Pandan

Hari tu terbeli daun pandan masa pergi beli barang basah kat pasar. Terbeli sebab geram tengok daun pandannya yang hijau segar hihi. Niatnya nak letak dalam peti je nak bagi wangi bau peti. 70 sen satu ikat. Pokok pandan sendiri baru nak hidup lepas amik anak pokoknya dari kampug cuti sekolah aritu.

Duk termenung saja-saja petang nak berbuka tu rasa nak makan kuih bengkang la pulak. Orang kampung panggil kuih bengkang tapi nama saintifik ย dia kuih Bingka Pandan kot hihi. Resepi campak-campak je pun. Khas untuk ibu yang tak punya banyak masa ๐Ÿ™‚

Resepi Kuih Bingka Pandan

Resepi Pantas Kuih Bengkang

1 cawan air daun pandan

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

1 cawan santan

Garam sikit

2 biji telur

Air sedikit dalam 1 cawan (nak letak susu cair pun boleh)

Pewarna hijau sikit kalau nak letak (kalau daun pandan kurang warna hijau hihi)

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan dalam blender dan blend sampai sebati (nak kacau pun boleh tapi ni versi nak cepat hihi)

Sapu loyang dengan sedikit butter, panaskan oven. Bila loyang dah panas tuang la semua adunan tadi. Bakar api atas bawah dalam 45 minit suhu 180C

Tapi disebabkan budak-budak ni suka makan kerak kuih bengkang yang rangup ala-ala nak hangus tu saya bakar lebih masa sikit huhu..jadi abaikan presentation yang tak menarik itu yang penting habis satu loyang..alhamdulillah ๐Ÿ™‚

~~Aniey Yusoff~~

You may also like...

7 Responses

  1. Thanks for sharing!
    Dayana Zahari recently posted…CPUV for the first timeMy Profile

  2. dahlia says:

    Ini kali kedua sy guna resepi akak. bukan stakat budak2, mak2 budak, nenek budak, smue suka! hahaha.. thanks!

    • dahlia says:

      Tapi first time buat tu xde daun pandan, jadi sy ganti dgn essen vanila sikit. hehe.. rasa la wangi2 vanila tu ganti wangi pandan. haha..

    • Ibu3A says:

      Wahh!! Alhamdulillah sedap kan kuih ni. Anak2 kakNi pun sama kalau buat memang berebut2 hihi

  3. Memang kuih ni paling senang. Blend ajer. Sedapnya.

  4. Sri Maryati says:

    Terimakasih sudah berbagi resep. Resep ni bisa gmdigunakan di rumah๐Ÿ™

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.