Resepi Puding Jagung Kastard Yang Mudah Dan Senang Hanya 3 Langkah

Hari minggu memang hari melayankan anak-anak dengan apa-apa kuih atau menu sampingan selain nasi. Di samping tu ibunya ni melayankan anak tekak sekali hihi..rasa teringin pulak nak makan puding jagung. Dari minggu lepas lagi beli jagung manis tapi tak terbuat lagi puding jagungnya.

Nak buat puding jagung ni teramatlah mudah dan ringkas. 3 langkah sahaja dah siap! Jadi memang sesuai untuk sesiapa yang nak buat menu minum petang tapi kerajinan dan masa terbatas. Macam iols la tu 🙂

Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan

1 tin jagung manis

3/4 cawan gula halus

3 cawan air

1 1/2 cawan susu cair

1 cawan tepung kastard

Kacau Di atas api sederhana

Kacau Di atas api sederhana

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dan kacau rata

2. Masukkan dalam kuali dan kacau atas api sederhana sehingga pekat

3. Masukkan dalam acuan atau loyang dan sejukkan

4. Siap! Jom makan 🙂

Selamat Mencuba!

Aniey Yusoff

You may also like...

5 Responses

  1. fidah shah says:

    Comel jugak kalau letak kat acuan
    Boleh di cuba ni

  2. mamat says:

    nampak macam sedap jerrr ,,hehe nak kena beli bahan ni ..
    mamat recently posted…Punca Kencing Manis Ketika MengandungMy Profile

  3. Ibu Mifzal says:

    wah..sedapnya..cara pun mudah nak buat…ada masa boleh cuba ni..
    Ibu Mifzal recently posted…Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge