Selamatkah Kehamilan Di Usia Lewat 40-an?

Rasanya mengandung di usia awal 40-an sudah biasa kita dengar kan? Seperti mengandung di usia 42, 43, 45 memang amat biasa sangat tapi kalau mengandung di usia lewat 40-an memang jarang sangat dengar. Mak saudara saya sendiri mengandung anak ke 5 pada usianya 43 tahun. Katanya, ‘ni mau tak nampak nak potong kuku anak ni kan hihi’ tapi sudah rezeki dari Allah kan dan alhamdulillah sepupu saya lahir sihat walafiat.

2 hari lepas borak dengan jiran sebelah rumah, dia cerita sepupunya mengandung anak ke 7 di usia 48 tahun dan sekarang anaknya sudah berumur 3 tahun. Terkejut saya dengar melopong jap haha..tapi alhamdulillah anaknya sihat walafiat dan langsung tiada masalah semasa mengandung juga semasa bersalin.

Hamil Usia Lewat

 

Sebenarnya selamatkah kehamilan di usia lewat 40-an ni?

Selamat atau tidak  kehamilan yang ditekankan adalah risiko yang bakal dihadapi oleh seorang ibu dari kajian sains semata. Bagaimanapun selebihnya terserah padaNya. Pada lazimnya keupayaan tubuh seorang wanita semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Penurunan dari segi tenaga membuatkan wanita tidak larat dengan kehamilan berbanding di usia 20-an. Di usia 40-an juga risiko untuk mendapat pelbagai penyakit kronik juga tinggi. Risiko ini meningkat 2 kali ganda berbanding wanita mengandung di usia 20-an.

Antara Risiko Bakal Dihadapi Oleh Ibu Mengandung Di Usia 40-an seperti :

  • masalah kencing manis semasa hamil
  • Keletihan melampau pada ibu
  • Bayi dilahirkan mempunyai imunisasi lebih rendah dari bayi normal
  • darah tinggi semasa hamil
  • masalah pra-eklampsia
  • plasenta previa (uri rendah)
  • abruption plasenta (uri terpisah dari dinding rahim)
  • melahirkan secara pembedahan (bukan kelahiran normal)
  • bayi lahir dalam keadaan songsang
  • bayi lahir dalam keadaan yang ringan
  • kelahiran bayi pramatang
  • kematian bayi di akhir kehamilan

Risiko Anak Sindrom Down

Antara risiko yang paling membimbangkan hamil di usia lewat adalah kelahiran anak dengan Sindrom Down. Ini kerana menurut statistik 1 dalam 200 bayi yang dilahirkan oleh wanita yang berumur 40 atau lebih akan mendapat Sindrom Down berbanding 1 dalam 700 bagi ibu berusia 35-39 tahun dan 1 dalam 1500 kelahiran bagi ibu berusia 20-24 tahun.

Sindrom Down adalah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Ciri penyakit ini adalah kerana kecacatan kromosom bercirikan bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia samaada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Ini berlaku pada kromosom 21 yang berasal dari telur ibu. Atas sebab inilah maka ibu-ibu dinasihatkan untuk tidak hamil selepas berumur 40 tahun kerana meningkatnya risiko ini seiring dengan usia.

Apa Ibu Perlu Buat Sekiranya Disahkan Hamil Di usia Lewat 40-an?

  1. Paling penting sekali adalah berjumpa dengan doktor pakar anda atau doktor yang sudah biasa dengan kehamilan anda sebelum ini. Ibu-ibu akan dimasukkan dalam kategori ‘berisiko tinggi’ dan sepanjang kehamilan ibu-ibu akan dipantau dengan rapi oleh doktor yang merawat
  2. Pastikan kesihatan ibu-ibu adalah di tahap yang optimum
  3. Banyakkan berdoa agar kehamilan selamat dan dipermudahkan olehNya
  4. Elakkan kerja berat dan sebarang aktiviti lasak
  5. Lakukan pemeriksaan kandungan mengikut jadual
  6. Rehat dengan secukupnya
  7. Dapatkan sokongan dari suami dan ahli keluarga
  8. Berfikiran positif selalu dan elakkan tekanan perasaan
  9. Pastikan pengambilan vitamin penting semasa hamil diambil dengan teratur
  10. Antara vitamin dan nutrisi penting semasa hamil adalah :

Apapun sebenarnya ramai yang melahirkan anak yang sihat tanpa komplikasi walaupun mengandung di usia yang lewat. Paling penting adalah ibu-ibu sentiasa memastikan diri dalam keadaan yang sihat agar risiko penyakit kronik dapat dielakkan dan menjadikan kehamilan adalah suatu yang tidak sukar.

Pastikan pengambilan nutrisi adalah mencukupi sepanjang kehamilan. Ketahui Nutrisi Penting Untuk Kehamilan Yang Sihat

Semoga Bermanfaat

Untuk bantuan nutrisi kehamilan dan pencarian set berpantang terbaik saya boleh dihubungi :

Aniey Yusoff

SMS/whatsapp : 013.777.3122

SID Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai dan kawasan sekitar

You may also like...

4 Responses

  1. fidah shah says:

    Kebanyakan orang tidak mahu mengambil risiko hamil pada usia lewat. Tapi, saya rasa dengan adanya teknologi modern (dan ubat-ubatan) in shaa Allah, risiko ini dapat dikurangkan.
    Thanks for the info…at least there is still hope to those who are still trying to increase the number of family members…:)
    fidah shah recently posted…Jiwa Yang MerdekaMy Profile

  2. nurul says:

    InsyaAllah dengan nutrisi yang seimbang ketika hamil dan medical check up yang teratur akan memudahkan kehamilan lewat 40-an ni
    nurul recently posted…Penyakit Gout dan penawarnyaMy Profile

  3. arni says:

    Rasanya takde masalah kot cuma kena kena pantau dari segi pemakanan dan juga vitamin yang diambil
    arni recently posted…Masih Ingat Dengan Prince Naseem Hamed? Foto Terkininya Pasti Mengejutkan Anda!!! (7 foto)My Profile

  4. Faridah Bt.Ali says:

    Assalam.. sya fhm dan maklum ttg risiko hamil pd usia 40an.. namun kita x dpt lari dr hasrat atau keinginan utk mndpt chaya mata. Prkhwinan terdahulu sya tdk mmpunyai chya mta. Dan skrg sya bru sja berkhwin kli ke2. Sya melahirkan hasrat utk hamil ttpi suami x bersetuju. Apa pendapat penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge