Sihat Itu Nikmat Yang Harus Kita Syukuri

Di kala kita mendengar perkhabaran tentang sahabat atau jiran atau saudara mara tentang keadaan mereka yang ditimpa sakit malah melihat sendiri derita mereka disaat itu, barulah kita sedar betapa mahal dan luar biasanya nikmat yang telah Allah Taala berikan kepada kita.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu : “demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu. Dan demi sesungguhnya! Jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” ~ surah ibrahim 14:7 ~

Nikmat sihat membolehkan manusia dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawabnya dengan baik. Tidurnya nyenyak dan makan minumnya juga sempurna. Malah untuk bekerja dan melakukan ibadat juga dapat dilakukan dengan sempurna.

Bersyukur amat penting bagi mengingatkan nikmat Allah apalagi nikmat kesihatan yang merupakan perkara paling penting dalam menentukan kebahagiaan manusia dalam kehidupan.

Namun sayangnya, manusia hari ini kadang-kadang lupa akan nikmat yang tidak terkira ini ketika mereka masih sihat. Setelah sakit barulah mereka merasakan betapa kesihatan itu mahal harganya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “dua nikmat yang selalu dipersia-siakan oleh sebahagian besar manusia iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang” ~ riwayat al-Bukhari no.6412

Mungkin antara dialog yang selalu kita dengar “masa sakit la baru nak solat, nak bernazar macam-macam, baru nak mengaji al-quran, baru nak berzikir. Dulu masa sihat tak ada maknanya nak buat semua tu. Belajar masa dah sakit, susah. Malah dua kali lebih susah berbanding masa sihat”

Amat menyedihkan apabila manusia yang diciptakan sebagai mekanisme yang sempurna bersikap acuh tidak acuh dan bersikap ambil mudah dalam menjaga tubuhnya sendiri. Kegagalan kita menjaga fizikal tubuh akan mengundang pelbagai penyakit.

Sedarlah, kita hanya memiliki SATU sahaja tubuh badan yang dapat kita gunakan untuk menjalani kehidupan di bumi ini. Kita harus menjaganya dengan baik umpama menatang minyak yang penuh.

JANGANLAH kita meracuni tubuh sendiri, menghancurkannya, membuatnya cacat dan terseksa. Kita MENGISI paru-paru dengan asap dan mengisi perut dengan makanan yang berlebihan serta minuman berbahaya.

Merokok salah satu cara manusia merosakkan badan sendiri

Merokok salah satu cara manusia merosakkan badan sendiri

Kita mengganggu kerja saraf kita dengan pelbagai pil untuk membuat kita tidur dan pelbagai pil lain untuk membuat kita terjaga. Kita menghilangkan rasa sakit tetapi tidak mencari kenapa sakit itu datang. Apa yang telah kita lakukan sehingga sakit itu datang.

Alangkah nikmatnya sekiranya kita menggunakan kesihatan untuk memperbanyak ibadah dan berbuat kebajikan.

Mensyukuri Nikmat Terbesar Pemberian Allah iaitu Kesihatan

Mensyukuri Nikmat Terbesar Pemberian Allah iaitu Kesihatan

Kita akan dihisab nanti atas nikmat kesihatan ini iaitu bagaimana kita mensyukurinya, bagaimana kita menggunakannya? Adakah dalam ketaatan atau dalam kemaksiatan kepada Allah SWT.

Syukur lisan pula dapat dilakukan dengan cara mengakui kenikmatan tersebut dan melafazkannya. Manakala syukur dengan anggota badan dilakukan dengan menggunakan kesihatan itu dalam ketaatan dan menghindarkannya daripada kemaksiatan.

Hargailah kesihatan kita kerana hilangnya harini maka cacatlah ibadah kita. Sebelum ini kita tidak pernah  tinggal solat berjamaah dari satu masjid ke masjid yang lain, solat tahajjud, dhuha, taubat tetapi apabila nikmat kesihatan ditarik balik dan menjadikan kita terlantar. Adakah semua ini mampu kita lakukan dengan sempurna lagi?

Satu peringatan untuk diri yang selalu lalai. Semoga kita semua sentiasa di bawah nikmat kesihatanNya selalu.

Love,

Ibu3A ~ AnieyYusoff  013.7773122

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge