Stress? Jom Atasi Dengan 11 Makanan Anti Stress Ni

Korang stress? Biasalah tu kan..hidup mana tak ada stress. Bosan jugak hidup tanpa stress ni kan? Paling penting cara bagaimana kita nak hadapi stress agar ia tidak mengganggu kehidupan dan perasaan kita. Jangan selalu stress..nanti senang dapat tekanan darah tinggi tau.

Apa yang korang selalu buat bila stress? Tidur? Makan? Shopping? Mengaji? Solat? 90% kajian kata bila stress, makanan menjadi ‘tempat’ melepaskan stress! Tapi pandai-pandailah pilih makanan sebab tak semua makanan baik untuk kurangkan stress. Alang-alang nak redakan stress jom kita ketahui jenis-jenis makanan yang boleh membantu kita bila stress.

Stress

1. Coklat

Coklat mengandungi kadar tryptophan dan pengambilannya membantu badan kita membentuk serotonin untuk membuatkan perasaan dan fikiran lebih tenang. Tapi janganlah pula mengambilnya dalam kadar berlebihan pula. Cukup sekadar 6-7 gram per hari.

2. Sarapan

Sila jangan skip sarapan sebab mengikut kajian, sarapan itu penting untuk mengisi badan dengan bahan bakar selepas ‘berpuasa’ semalaman. Ia adalah sumber tenaga untuk seharian. Pilih sarapan yang mengandungi protien tinggi seperti telur, kacang dan bijian.

3. Teh 

Teh hijau atau chamomile adalah pilihan terbaik bagi meregangkan otot. Theanine (asid amino) yang ada dalam teh ini dapat memberi kesan yang menenangkan. Manakala bisabolol (bahan aktif yang terdapat dalam chamomile essential oil) mengandungi anti iritasi, anti radang dan anti microbial yang baik untuk mengatasi gangguan tidur dan rasa panik.

Teh Hijau

4. Air – Penghilang stress secara semulajadi

Kajian menunjukkan kaitan yang kuat antara dehidrasi dan depresi. Sebanyak 85% jaringan otak terdiri daripada air. Oleh itu, rajin-rajinlah cukupkan keperluan air mengikut keperluan masing-masing sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.

5. Makanan Laut

Bersedia untuk ubah mood korang sebab pengambilan udang, tuna atau kerang yang mengandungi serotonin dan asid amino (tyrptophan) dapat membantu mengurangkan keresahan dan mengembalikan mood yang happy.

6. Yogurt

Yogurt baik untuk pertahanan badan kerana ia mengandungi bakteria baik untuk menjaga saluran penghadaman dan ketahanan badan.

7. Epal

Kulit epal mengandungi phytochemicals (antioksidan) untuk mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Makanlah buah dengan kulit asalnya tetapi pastikan ia dicuci dulu dengan air besrsih atau pun direndam seketika dengan cuka epal.

Epal

8. Brokoli

Sayur brokoli mengandungi kadar potassium yang tinggi yang membantu mengembalikan stamina dan menguatkan otot.

broccoli

9. Susu

Segelas susu sebelum tidur mampu membuatkan tidur lena kerana kandungan kalsium membantu meredakan ketegangan otot. Juga boleh menambahkan pengambilan tablet kalsium dengan Vitamin D. Ostematrik sangat membantu

10. Makan Sedikit Tetapi Kerap

Hormon stress boleh mendorong pengeluaran kolesterol dalam badan dan jika berlebihan ia boleh menyekat pembuluh darah yang mengakibatkan serangan jantung dan strok. Dengan makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap boleh membakar metabolisme, menstabilkan gula darah dan membantu mengurangkan kolesterol.

11. Pengambilan B-compleks

Keadaan stress, Migrain, tension dan sakit kepala semuanya adalah berkaitan dengan saraf. Pengambilan lengkap vitamin B dengan 8 kumpulannya amat membantu meredakan saraf-saraf yang ketegangan sekaligus menghilangkan sakit migrain, sakit kepala, stress dan eangkatan dengannya.

Semoga Bermanfaat

Aniey Yusoff

You may also like...

10 Responses

  1. permatamama says:

    bolehlah cuba tips yang diberikan ni,tq

  2. Sue Bee says:

    Nice info ni. Tak tau la SB epal merah boleh kurangkan stress..yg info paling best..makan sikit tapi kerap…hehee..suka sesangat
    Sue Bee recently posted…Pisang Goreng sedap dan rangupMy Profile

  3. fidah shah says:

    Lately ni, memang selalu jugak stress..Bagus juga tips ini. Thanks 🙂

  4. Bila pening suka tengok ikan dalam akuarium. Memang melegakan juga.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted…2 Tahun Penyusuan Terindah – Arif – Bahagian 1My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge